Etnik Uyghur Asal Usul Identiti Dan Sejarah


Isu dan persoalan berkaitan masyarakat Uyghur di China hampir setiap hari dikongsikan oleh pelbagai pihak dan media, berkenaan seksaan serta tekanan yang berlaku ke atas mereka. Ada juga yang berkata bahawa semua itu hanyalah mitos dan rekaan pihak barat, yang berusaha mahu memburukkan kerajaan China.


Artikel ini bukanlah untuk membincangkan berkenaan isu tersebut, tetapi untuk menjelaskan serba sedikit berkenaan asal-usul, salasilah dan identiti masyarakat Uyghur yang kini diberikan perhatian dunia.

Selepas membaca artikel ini, sekurang-kurangnya anda akan lebih jelas mengapa mereka boleh berada dalam situasi yang melanda mereka ketika ini.

Siapa masyarakat Uyghur?

Istilah 'Uyghur' membawa makna penyatuan atau kerjasama. Diambil daripada perkataan Turki dan cara menyebut perkataan 'Uyghur' adalah 'OY-Ghur'.

Sejarah orang Uyghur sebenarnya sangat panjang, dengan rekod pertama Uyghur dicatatkan buat kali pertama 17,000 tahun dahulu dengan kewujudan Empayar Uyghur di kawasan daerah Mu.

Masyarakat Uyghur melalui empat fasa besar dalam sejarah mereka dengan semua catatan boleh dibahagikan kepada zaman atau era tersebut;

Zaman pra empayar yang berlaku sekitar 300BC hingga tahun 630, zaman empayar yang berlangsung bermula tahun 630 hingga 840, zaman Idiqut atau Qocho yang bermakna 'zaman kekayaan agung' sekitar tahun 840 hingga 1200 dan yang terakhir adalah zaman Mongol bermula tahun 1209 hingga 1600.

Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa penjajahan orang Mongol.

Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera (Silk Road) di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika itu, masyarakat Uyghur mula hilang pengaruh terhadap ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.

Penjajahan oleh Dinasti Qing

Selepas kejatuhan tamadun awal mereka, orang Uyghur berjaya membentuk sebuah negara bernama Turkistan Timur, sebuah negara merdeka yang berkembang naik, namun kedatangan Dinasti Qing menjajah mereka seterusnya melumpuhkan negara tersebut. Ini berlaku pada tahun 1876.

Penentangan masyarakat setempat selama 8 tahun gagal menghalang kawasan mereka daripada diambil alih dan wilayah itu diisytiharkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada wilayah Empayar Manchu pada 18 November 1884, dinamakan semula sebagai 'Xinjiang' yang bermakna 'Wilayah Baru' atau 'New Frontier.'

Kejayaan Parti Nasionalis China menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911 menyebabkan wilayah tersebut betukar tangan, jatuh ke tangan kerajaan China.

Selepas lebih 20 tahun, pemberontakan orang Uyghur dimulakan kembali pada tahun 1933 menerusi penubuhan Republik Islam Turkistan Timur, melalui revolusi yang berlaku dengan bantuan tentera Russia.

Pada tahun 1944, orang Uyghur sekali lagi berjaya merampas kembali wilayah asal mereka di kawasan Ghulja membawa kepada penubuhan kerajaan republik, bebas daripada kawalan kerajaan China.

Perjuangan memerdekakan Turkestan Timur

Kerajaan China tidak berdiam diri melihat saja pemberontakan yang berlaku. Mereka mengambil keputusan menceroboh dan menjajah Xinjiang - merampas semula kuasa daripada kerajaan campuran masyarakat Uyghur yang dibentuk sejak tahun 1946.

Walaupun diberikan autonomi oleh kerajaan China dalam memastikan pemberontakan lebih besar tidak berlaku, sehingga kini masyarakat yang mendiami Xinjiang tetap mahu menubuhkan negara mereka sendiri.

Impian mereka mahu menubuhkan kembali Turkistan Timur atau 'Uyghurstan,' meliputi seluruh kawasan Xinjiang dengan perancangan mahu menjadikan Urumqi sebagai ibu negara mereka.

Nama 'Xinjiang' yang digunakan sebagai nama wilayah tempat mereka tinggal juga dibantah, berikutan elemen budaya Cina yang ada pada nama tersebut tidak mencerminkan identiti sebenar masyarakat mereka.

Makna penuh perkataan Xinjiang yang sebenarnya bermaksud 'sebuah wilayah yang dipulangkan pada negara asalnya' - dikatakan menghina masyarakat asal wilayah tersebut.

Wilayah Xinjiang ketika ini merupakan wilayah yang diberikan autonomi terbesar di China menempatkan masyarakat berbilang kaum seperti orang Uyghur, Han, Kazakhs, Tibet, Kyrgyz, Mongol dan juga Rusia.

Budaya orang Uyghur

Dalam sejarahnya yang panjang, orang Uyghur telah melalui pelbagai perubahan khasnya daripada segi agama.

Pada awalnya mereka menganut kepercayaan seperti ajaran Shaman, Maniche, Kristian, Buddha dan akhirnya secara majoriti menerima ajaran dan cara hidup Islam.

Kerajaan Uyghur secara rasminya menamakan Islam sebagai agama rasmi sejak tahun 960 semasa pemerintahan Sultan Sutuq Bughra Khan.

Berikutan perubahan itu, masyarakat Uyghur mula mengamalkan sistem tulisan Arab bagi menulis bahasa mereka.

Bagaimanapun, perubahan menyeluruh masyarakat Uyghur memeluk Islam mengambil masa beratus tahun lamanya - dengan hanya pada tahun 1450 orang Uyghur secara majoritinya memeluk Islam.

Di bawah pemerintahan kerajaan China sekarang, dikatakan bantahan mula timbul berikutan kedatangan orang Han ke dalam wilayah itu, yang setakat ini mewakili 40 peratus jumlah penduduk Xinjiang.

Perkara itu dilihat seperti cuba melemahkan pengaruh penduduk asal ke atas tanah mereka sendiri.

Projek-projek pembinaan yang dilakukan juga mengubah sistem sosial masyarakat Uyghur, dengan orang-orang Han mendominasi ekonomi; memegang jawatan-jawatan penting dalam industri sehingga mengakibatkan orang Uyghur tidak mendapat tempat dalam mencorak wilayah mereka sendiri.

Aktviti agama Islam juga mula dikawal pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai autonomi. Pembinaan masjid dan sekolah agama perlu mendapat kebenaran khas kerajaan China.

Pada tahun 2014, kerajaan tempatan Xinjiang mengumumkan larangan kepada mana-mana penjawat awam Muslim daripada berpuasa semasa bulan Ramadan.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi memaksa kumpulan pemisah yang dinamakan sebagai Gerakan Islam Turkistan Timur mengambil langkah lebih agresif menentang kerajaan China.

Kerajaan China pula nampaknya seakan-akan tidak lagi mampu bersabar dengan ancaman yang dibawa bangsa yang satu masa dahulu - berupaya menubuhkan sebuah empayar besar dan disegani dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
4 Negara Yang Sangat Anti-IslamSejarah Penghapusan Etnik Rohingya
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/10/asal-usul-etnik-uyghur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beyblade Asal Usul Dan Sejarah Permainan Popular Ini

Beyblade Asal Usul Dan Sejarah Permainan Popular Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 688 hits
Beyblade adalah sejenis permainan sangat popular ketika ini yang menyerupai gasing dan tahukah anda ia telah diperkenalkan pada tahun 1990 oleh dua orang pereka iaitu Hiro Morita dan Takafumi Aduchi di Jepun Sama seperti kita yang mempunyai...
Asal Usul Awayday

Asal Usul Awayday

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 1751 hits
Jika anda seorang kasual teres ultras malaya ataupun firm firm yang tak register korang sudah semestinya familiar dengan term awayday The post appeared first on
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 538 hits
Mari sama sama kita ketahui 7 asal usul nama tempat di beberapa daerah di negeri Sabah yang sangat unik 7 Asal Usul Nama Tempat di Sabah1 MenggatalUntuk pengetahuan kita semua nama Menggatal diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang bu...
Bola Sepak Piala Emas Raja Raja Misc Cipta Sejarah Muncul Juara

Bola Sepak Piala Emas Raja Raja Misc Cipta Sejarah Muncul Juara

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 433 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rpk Bercakap Tentang Sejarah Umno Dan Pas

Rpk Bercakap Tentang Sejarah Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 304 hits
Raja Petra Kamarudin bercakap tentang sejarah UMNO dan PAS pada tahun 1946 dan 1951 dan sebab apa logiknya UMNO dan PAS kembali semula
Mengejutkan Ubah Sejarah Malaysia Dan Agung Agungkan Komunis

Mengejutkan Ubah Sejarah Malaysia Dan Agung Agungkan Komunis

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 555 hits
Amat mengejutkan apabila ada usaha untuk mengubah sejarah negara Malaysia dan mengagung agungkan pengganas komunis Dan perkara ini berlaku di depan batang hidung Maszlee Malik menteri pendidikan PH Ianya dalam bentuk komik dan akan disebark...
Sejarah Kenapa New Zealand Enggan Bergabung Untuk Membentuk Sebuah Negara Dengan Australia

Sejarah Kenapa New Zealand Enggan Bergabung Untuk Membentuk Sebuah Negara Dengan Australia

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 404 hits
Orang Kiwi sangat menghargai kemerdekaan mereka namun 120 tahun yang lalu satu keputusan sahaja boleh menidakkan kemerdekaan tersebut dengan menjadi salah satu negeri Australia Orang Australia mendakwa bahawa New Zealand adalah sebahagian d...
Ini Sejarah Kenapa Ltte Gerakan Gerila Merbahaya

Ini Sejarah Kenapa Ltte Gerakan Gerila Merbahaya

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 307 hits
Harimau Pembebasan Tamil Eelam adalah salah satu daripada beberapa kumpulan gerila yang berjuang menentang kerajaan Sri Lanka bagi mencapai kemerdekaan di utara dan timur kepulauan itu yang mana majoriti penduduknya berketurunan Tamil Secar...
Sejarah Penubuhan Bank Bumiputra

Sejarah Penubuhan Bank Bumiputra

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 672 hits
Kongres Ekonomi Bumiputra yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah diadakan di Kuala Lumpur selama 3 hari dari 4 hingga 6 Jun 1965 Kongres yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Jalan Ampang Kuala Lump...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025