Esok Penentu Ismail Sabri Ada Tulang Belakang Besi Atau Tidak Hassan


malaysiakini.com

Diterbitkan: Mar 18, 2022 7:56 PM

PAU 2021 | Esok akan menentukan sama ada Ismail Sabri Yaakob seorang perdana menteri yang memiliki keberanian sebenar serta akan dikenang ramai sebagai wira, atau sebaliknya pemimpin biasa, kata seorang ahli parlimen

Menurut Hassan Abdul Karim, sebelum itu persoalan yang menjadi perhatian orang ialah, adakah naib presiden Umno itu akan diberi peluang menyampaikan ucapan penggulungan.

"Kalau peluang diberikan kepada Ismail Sabri untuk berucap, maka kita lihatlah nanti adakah dia mempunyai tulang belakang sekeras besi waja untuk muncul sebagai seorang perdana menteri yang berintergiti, atau hanya pemimpin kelas tiga saja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli parlimen Pasir Gudang itu menambah setakat ini imej Ismail Sabri boleh dianggap bersih kerana tidak terpalit dengan sebarang skandal atau dakwaan salah laku.

Ismail Sabri juga, katanya, selalu kelihatan tenang dan sabar.

"Pendirian ahli parlimen Bera yang menghormati kebebasan badan kehakiman dalam amalan pengasingan kuasa amat dihormati. Ini antara kekuatan Ismail Sabri.

"Tetapi jika esok Ismail Sabri tunduk dan mengalah kepada Ahmad Zahid Hamidi dan kluster mahkamah, maka punahlah masa hadapan satu-satunya pemimpin Umno yang kelihatan bersih dan boleh diterima rakyat Malaysia.

"Jika itu berlaku akan hancurlah Keluarga Malaysia dibaham harimau ganas kluster mahkamah," katanya.

Bukan keputusan lima orang

Persidangan Agung Umno 2021 yang sedang berlangsung terus dilatari isu desakan agar pilihan raya umum (PRU) diadakan segera. Ia disuarakan secara terang-terangan oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Ahmad Zahid selaku presiden serta timbalannya Mohamad Hasan.

Namun ada kumpulan lain yang menganggap sekarang belum sesuai untuk diadakan PRU ke-15 kerana tumpuan perlu diberikan kepada isu lain termasuk menguruskan pandemik Covid-19 serta kesan yang ditanggung rakyat.

Kerajaan juga sudah menandatangani memorandum persefahaman dengan Pakatan Harapan yang sepatutnya mengikat mereka sehingga parlimen dibubarkan.

Pun begitu dalam MOU tersebut termaktub parlimen tidak boleh dibubarkan sebelum 31 Julai ini.

Kata Hassan, Ismail Sabri mendapat pendidikan sebagai peguam, justeru dia tahu presiden Umno tidak memiliki locus standi untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibubarkan.

Pada masa sama kata Hassan, Ahmad Zahid boleh menjerit sekuat hati di dalam perhimpunan bagi menuntut parlimen dibubarkan tetapi itu tidak ada kesan pada undang-undang.

"Menurut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan Agong hanya boleh dinasihatkan untuk membubarkan parlimen sekiranya keputusan itu hasil mesyuarat perdana menteri dengan kabinet.

"Tentu sekali bukan keputusan PAU atau keputusan lima orang pucuk pimpinan tertinggi Umno," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/esok-penentu-ismail-sabri-ada-tulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Is Ismail Sabri A Strong Or Weak Leader

Is Ismail Sabri A Strong Or Weak Leader

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 163 hits
And now Ismail Sabri needs to turn his attention to his enemies underneath his blanket Spring is here so Ismail Sabri needs to do some serious spring cleaning He needs to get rid of the rats and cockroaches lurking in the dark corners And a...
Tiada Bincang Pru Awal Dalam Mt Umno Kata Ismail Sabri

Tiada Bincang Pru Awal Dalam Mt Umno Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 148 hits
agendaily com18 3 2022Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Fokus Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung malam tadi tertumpu kepada isu berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung esok kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana M...
Ismail Sabri Seru Perwakilan Nyatakan Hasrat Akar Umbi Di Pau 2021

Ismail Sabri Seru Perwakilan Nyatakan Hasrat Akar Umbi Di Pau 2021

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung Umno 2021 bermula hari ini hingga Sabtu menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tun...
The Moment Zahid Hamidi Pushed Ismail Sabri S Arms Away

The Moment Zahid Hamidi Pushed Ismail Sabri S Arms Away

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 271 hits
Not everyone was happy when BN won a landslide at Johor When Ismail Sabri Yaakob walked into the BN s command centre at the Johor Umno Liaison Hall he was greeted with a roaring Bubar Parlimen a sentiment he would strongly resist He was unw...
Kesian Pula Tengok Ismail Sabri Kena Macam Ni

Kesian Pula Tengok Ismail Sabri Kena Macam Ni

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 169 hits
Ihsan NetizenTular di media sosial video yang mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri tidak diberi layanan yang sepatutnya oleh rakan seperjuangannya menimbulkan pelbagai reaksi netizen Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan Ismail Sabri ter...
Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 137 hits
Tindakan UMNO mendesak melalui pentas PAU2021 agar PRU15 diawalkan dan diadakan sebelum pemilihan parti adalah suatu langkah terdesak yang kemungkinan membawa kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipecat daripada parti Menjadi perbual...
Ismail Sabri Yaakob Terima Tekanan Bubar Parlimen

Ismail Sabri Yaakob Terima Tekanan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 348 hits
Ismail Sabri Yaakob Terima Tekanan Bubar Parlimen Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah sekali pun berkata yang dia tidak mahu membubarkan parlimen dakwa Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki Katanya hal itu dinyatakan I...
Apakah Umno Tak Hormat Ismail Sabri Sebagai Pm

Apakah Umno Tak Hormat Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 185 hits
wartarayat com myBy March 19 2022 SEMALAM tular dalam media sosial yang menunjukkan pemimpin pemimpin tertinggi UMNO berdiri beramai ramai semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Dalam gambar itu antaranya ke...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever