Ismail Sabri Tidak Mampu Selamatkan Negara Ini Lemah Yang Amat


 
Perdana Menteri telah pun menyampaikan ucapan tahun baru beliau. Dan Yang Di Pertuan Agong pun sudah menyampaikan titah baginda. Tetapi saya masih merasa pilu dan bimbang nasib negara tercinta ini. Saya langsung tidak optimis tentang masa depan kita. Mengapa?
Banyak sebab yang boleh saya berikan tetapi untuk minggu ini memadai hanya dengan satu perkara yang pelik sudah cukup untuk meyakinkan pembaca bahawa Malaysia ini sudah tentu menuju ke arah negara yang akan porak peranda.
Perdana Menteri negara adalah dari parti Umno. Tetapi penyokong kuat beliau ialah Hadi Awang, ketua parti Pas, Mahaiddin Yassin dari Bersatu. Abang Jo dari GPS Sarawak dan Azmin Ali yang mungkin kini dari Parti Bangsa Malaysia.
Saya percaya Umno tak memberi sokongan terhadap Ismail Sabri, kecuali kelompok kluster menteri. Tetapi luar biasanya di Malaysia ini seseorang itu boleh jadi Perdana Menteri tanpa sokongan parti yang mewakili kumpulan rakyat yang terbesar.
Lebih luar biasa ialah beliau juga disokong oleh PH ( yang dikatakan progresif) untuk kekal sehingga satu tarikh baru. Ismail Sabri boleh kekal menjadi Perdana Menteri tanpa mendapat sokongan dari partinya sendiri.
Malaysia telah mencipta satu model kerajaan demokrasi yang unik yang tidak pernah ada di dinia ini, di mana parti-parti rojak bersepakat untuk mengekalkan jawatan masing masing.
Inikah dipanggil kepimpinan demokrasi kuasa rakyat? PH pun selesa dengan kerajaan ini kerana wakil rakyat mereka dapat RM2.5 juta setiap seorang untuk jaga kawasan Parlimen masing-masing.
Apa beza mereka dengan PAS yang dapat jawatan, menteri Umno yang dapat jawatan, GPS yang dapat MA63 dan lain-lain parti yang dapat untung masing-masing?
Kumpulan rojak yang menyokong Ismail Sabri ini tidak mampu melaksanakan tindakan yang tegas untuk mengatasi masalah negara. Ada guru tak mahu ambil vaksin tetapi Menteri Pendidikan takut mengambil tindakan. Menteri Pas tidak mempu mengawal Jabatan Alam Sekitar dan meluluskan projek Lynas tanpa siasatan rapi dan tiada siapa sanggup bersuara.
Menteri Kewangan buat keputusan berkenaan pengeluaran wang KWSP dengan alasan yang dangkal, pun tiada siapa berani menegurnya. Kayu balak sudah habis, minyak Petronas sudah habis untuk biayai projek besar, tapi projek 5G dan pembinaan bangunan tinggi tak ada siapa berani memberi teguran.
Kesimpulannya Perdana Menetri yang dipilih oleh kumpulan rojak ini tidak mampu menunjukkan kuasa dan menyelamatkan negara ini.
Saya lebih rela kita adakan pilihan raya secepat mungkin. Memang ada orang beritahu saya, kalau ini dilakukan, maka kumpulan kluster mahkamah Umno mungkin akan menang. Bagi saya kalau rakyat pilih Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahmad Maslan, kita sepatutnya terima keputusan itu.
Itulah kelebihan demokrasi. Kita hormat keputudsan rakyat. Kita berttindak atas keputusan ramai. Jangan ingat kita sahaja ada moral, tahu apa yang baik untuk negara ini, tahu siapa yang boleh memimpin.
Kalau kita tidak sanggup menerima keputusan rakyat, tidak perlulah kita adakan pilihan raya. Ambil sajalah wang RM900 juta bagi memgurus pilihan raya dan bahagikannya kepada wakil rakyat yang ada, termasuk daripada PH juga. Dengan cara itu mereka akan terus pilih dan sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
ZAID IBRAHIM
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Sumber – https://www.facebook.com/100045060983840/posts/458577848987577/?d=nIII






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/ismail-sabri-tidak-mampu-selamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Amat Berpeluang Cerah Menang Pru15 Jika Ismail Sabri Dijadikan Poster Boy

Bn Amat Berpeluang Cerah Menang Pru15 Jika Ismail Sabri Dijadikan Poster Boy

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 211 hits
Sejak belum dilantik sebagai Perdana Menteri lagi saya sudah sering menulis dengan mengatakan Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin yang tidak cukup keupayaan serta kemampuan untuk menjadi ketua bagi menerajui negara ini Sebagai Perdana Mente...
Hiburan Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran Kwsp Pm Ismail Sabri

Hiburan Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran Kwsp Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 200 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan ketika ini tidak berhasrat unutk meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM10 000 meskipun ramai yang terjejas dengan tragedi b...
Keluarga Ismail Sabri Gagal Urus Bencana

Keluarga Ismail Sabri Gagal Urus Bencana

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 182 hits
Sebab itu saya katakan harus ada suruhanjaya teliti semula seluruh dasar peranan dan tindakan diambil supaya kita tidak berulang dalam hal ini ujarnya dalam satu kenyataan Beliau mengimbas kembali ketika berlaku banjir pad
Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 386 hits
Walaupun beberapa pemimpin utama UMNO terutama Ahmad Zahid Hamidi Najib Razak dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah kerapkali mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu daripada KWSP Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob...
Kesiapsiagaan Negara Hadapi Bencana Lemah

Kesiapsiagaan Negara Hadapi Bencana Lemah

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 192 hits
Beliau berkata NADMA hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai dari negeri Usaha untuk menangani bencana banjir ini menjadi semakin kucar kacir apabila jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan N...
Ismail Sabri Dan Pemandu Kereta Yang Masuk Longkang

Ismail Sabri Dan Pemandu Kereta Yang Masuk Longkang

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 177 hits
Ramai kini bertanya bolehkah urusan negara berjalan seperti biasa tanpa ada Perdana Menteri mengetuai kerajaan Apa sebenarnya keperluan Perdana Menteri kalau keberadaannya pun seperti tidak terasa apa apa Selain hanya Ismail Sabri Yaakob se...
Kpk Klaim Selamatkan Rp35 9 Triliun Uang Negara Dan Daerah Selama 2021

Kpk Klaim Selamatkan Rp35 9 Triliun Uang Negara Dan Daerah Selama 2021

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 206 hits
Kemudian sebanyak Rp11 222 triliun berasal dari pengembalian sertifikat aset milik daerah maupun negara Kemudian sebanyak Rp10 318 triliun merupakan penyelamatan aset daerah Penyelamatan aset ini berupa pemulihan dan penertiban aset yang be...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga