Enam Ahli Parlimen Yang Berpaling Tadah Diberi Peluang Tetapkan Pendirian Semula



Tujuh ahli Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) yang berpaling tadah, diberi peluang menetapkan pendirian masing-masing semula, walaupun keahlian mereka tergugur secara automatik, berkuat kuasa Ahad lalu.
(Berita Harian) – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata tujuh ahli parti yang juga Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi peluang menetapkan pendirian semula, sebelum tindakan pengguguran sebagai keahlian dilakukan
“Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menghantar surat kepada tujuh Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang mengisytiharkan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka diberi tempoh menyatakan pendirian, jika tetap menyokong Anwar, keahlian akan tergugur secara automatik seperti pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya.
Semalam, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dilaporkan berkata RoS sudah meluluskan pindaan perlembagaan parti bagi membolehkan langkah seterusnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen, sekali gus diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).
Pada 2 Mac lalu, BERSATU meluluskan pindaan Perlembagaan yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.
Keputusan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti, selepas enam ahli parlimen parti itu mengisytiharkan menyokong Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun.
Enam Ahli Parlimen daripada BERSATU yang mengisytiharkan menyokong Anwar adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Pada 7 Mac lalu, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari turut mengumumkan memberi dukungan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) BERSATU, berkata berdasarkan pindaan perlembagaan diluluskan RoS, keahlian enam Ahli Parlimen dan ADUN itu secara automatik tergugur.
Bagaimanapun, katanya, Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan persetujuan MPT memutuskan untuk memberi peluang kepada mereka menetapkan pendirian secara rasmi.
“Jika enam ahli parlimen dan ADUN itu tetap dengan pendirian untuk terus menyokong Anwar, keahlian mereka akan tergugur, tetapi kita masih memberi peluang.
“Kita parti yang mengamalkan sikap bertimbang rasa, tidak akan mengambil tindakan tergesa-gesa, sebaliknya masih memberi peluang kepada mana-mana ahli parti untuk kembali menyokong perjuangan parti,” katanya.
Mengenai tindakan seterusnya, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, berkata tindakan susulan akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada enam ahli parlimen dan ADUN berkenaan.
The post Enam Ahli Parlimen yang berpaling tadah diberi peluang tetapkan pendirian semula appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/04/03/enam-ahli-parlimen-yang-berpaling-tadah-diberi-peluang-tetapkan-pendirian-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insya Allah Kedudukan Saya Sebagai Ahli Parlimen Tidak Terbatal

Insya Allah Kedudukan Saya Sebagai Ahli Parlimen Tidak Terbatal

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 341 hits
Pada saya pindaan itu hanya untuk mengikat ahli parti yang belum membuat tindakan Bagaimanapun kita akan membawa perkara ini kepada Speaker untuk menentukan tindakan seterusnya Mohd Azizi Abu Naim berpendirian kedudukannya sebagai Ahli Parl...
Maklum Kepada Speaker Untuk Tentu Status 6 Ahli Parlimen Bersatu Diberitahu

Maklum Kepada Speaker Untuk Tentu Status 6 Ahli Parlimen Bersatu Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 155 hits
Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor berkata perlu ada hitam putih sebelum status 6 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong perdana menteri ditentukan KUALA LUMPUR Bersatu diminta memaklumkan secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul un...
Selamat Tunggu Kejutan Kami Hamzah Beritahu 6 Ahli Parlimen Bersatu Sokong Pm

Selamat Tunggu Kejutan Kami Hamzah Beritahu 6 Ahli Parlimen Bersatu Sokong Pm

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 324 hits
freemalaysiatoday com 03 Apr 2024 06 00 PMHamzah Zainudin berkata kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim akan ditentukan mengikut undang undang Hamzah Zainudin berkata Bersatu tidak akan dedah tindakan seterusnya terhadap...
Ahli Parlimen Pn Tuntut Peruntukan Rm3 5 Juta Setahun Kata Rosol

Ahli Parlimen Pn Tuntut Peruntukan Rm3 5 Juta Setahun Kata Rosol

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 336 hits
freemalaysiatoday com 24 Mar 2024 11 12 AMAhli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid berkata ia dikemukakan dalam draf tawaran perjanjian baharu kerajaan Madani Rosol Wahid berkata jumlah itu wajar dipersetujui bersama tambahan peruntukan RM...
Pemikiran Terkini Tentang Ekonomi Syariah Inovasi Peluang Dan Tantangan

Pemikiran Terkini Tentang Ekonomi Syariah Inovasi Peluang Dan Tantangan

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 404 hits
Ekonomi syariah adalah bagian penting dari sistem keuangan global yang semakin berkembang pesat Ini adalah bidang yang tidak hanya memahami prinsip prinsip ekonomi konvensional tetapi juga berupaya untuk menjalankan prinsip prinsip ekonomi ...
Ramai Ambil Peluang Tol Percuma Aliran Trafik Mungkin Meningkat Di Lebuhraya

Ramai Ambil Peluang Tol Percuma Aliran Trafik Mungkin Meningkat Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 347 hits
Jalan raya di bandar Kuala Lumpur mulai lengang dan sudah tidak terlalu banyak kenderaan seperti selalu Kebanyakan warga kota sudah berangkat pulang ke kampung halaman masing masing Artikel di portal melaporkan aliran trafik dijangka mening...
Kafe Tanah Aina Faereena Janji Mulut Tak Pakai Notis Komunikasi Sudah Diberi Ir Razali

Kafe Tanah Aina Faereena Janji Mulut Tak Pakai Notis Komunikasi Sudah Diberi Ir Razali

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Semua urusan permohonan tanah kerajaan negeri perlu melalui prosedur yang betul supaya ia jelas bagi kedua dua pihak dalam perjanjian hitam putih Ia termasuk perjanjian mulut tanpa dokumen seperti didakwa oleh pengurusan Kafe Tanah ...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati

Solidariti Rakyat Laungan Justice For Zara Bergema Di Tengah Kuala Lumpur

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keramat Hati Ayah

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Bukan Tumpang Populariti Marsha Milan Banyak Bantu Saya Fanzi Ruji

Air Kumbahan Limpahi Hospital

Lirik Lagu Harry Nona

Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai