Ahli Parlimen Pn Tuntut Peruntukan Rm3 5 Juta Setahun Kata Rosol


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters-24 Mar 2024, 11:12 AM

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid berkata ia dikemukakan dalam draf tawaran perjanjian baharu kerajaan Madani.
Rosol Wahid berkata jumlah itu wajar dipersetujui bersama tambahan peruntukan RM300,000 setahun bagi perbelanjaan pengurusan pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun untuk wakil rakyat pembangkang dalam draf tawaran perjanjian baharu kerajaan Madani, iaitu jumlah sama pernah disalurkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pasca PRU14.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, berkata jumlah itu wajar dipersetujui bersama tambahan peruntukan RM300,000 setahun bagi perbelanjaan pengurusan pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen.

Katanya, ia penting untuk mereka memenuhi keperluan kebajikan, infrastruktur serta pendidikan rakyat di kawasan masing-masing.

“Seorang Ahli Parlimen boleh memohon sehingga RM3.5 juta setahun mengikut nilai disalurkan kerajaan PH pada 2019. Jumlah itu pula dibahagikan kepada RM2 juta untuk tujuan pembangunan kawasan serta RM1.5 juta untuk geran, sumbangan dan perbelanjaan mengurus kawasan Parlimen.

“Peruntukan ini penting untuk membantu orang miskin, ibu tunggal, tujuan pendidikan serta membiayai projek membuat jalan dan sebagainya,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau mengulas sama ada semua 69 Ahli Parlimen pembangkang termasuk bekas presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah dimaklumkan mengenai inti pati draf tawaran peruntukan pembangunan terbaru itu.

Terdahulu di Dewan Rakyat Khamis lalu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan itu daripada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Selain itu, Rosol berkata setakat ini belum ada arahan daripada Hamzah untuk memanggil semua Ahli Parlimen Bersatu atau gabungan bagi membincangkan draf berkenaan.

Namun, beliau berpendapat tiada keperluan untuk perkara itu memandangkan Hamzah sudah diberi mandat oleh mereka dan dua wakil delegasi untuk menelitinya.

“Setakat ini, belum ada apa-apa mesyuarat atau maklumat yang kami terima sebagai Ahli Parlimen PN. Kami hanya dapat tahu bahawa Datuk (Seri) Hamzah sudah mendapat draf peruntukan itu ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

“Namun, saya berasa tiada keperluan untuk memaklumkan perkara berkenaan kerana kami sudah menyerahkan mandat kepada pimpinan tertinggi bagi membuat sebarang keputusan. Apa saja yang mereka persetujui, kami terima,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, beliau secara prinsipnya bersetuju dengan pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, dengan nilai sama seperti diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu dalam membincangkan kaedah persetujuan terbaik selain mencari titik persefahaman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/ahli-parlimen-pn-tuntut-peruntukan-rm35.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Tmiyc Pulih Bukan Sebab Lawatan Ahli Parlimen Muar Kata Menteri

Projek Tmiyc Pulih Bukan Sebab Lawatan Ahli Parlimen Muar Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 395 hits
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi melawat projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre di Muar yang lewat siap daripada jadual PETALING JAYA Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan tidak wajar buat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed ...
Perbincangan Isu Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang Dalam Masa Terdekat

Perbincangan Isu Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Whip serta wakil parti pembangkang dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai isu peruntukan Menurut beliau perbincangan melibatkan pe...
Bekas Ahli Parlimen Mengaku Bersalah Kerana Mencuri

Bekas Ahli Parlimen Mengaku Bersalah Kerana Mencuri

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 149 hits
BHarianonlineGolriz Ghahraman berkata tekanan berkaitan kerja telah menyebabkan beliau bertindak dengan cara yang benar benar di luar tabiat Foto AGENSIWELLINGTON Bekas Ahli Parlimen New Zealand Golriz Ghahraman hari ini mengaku bersalah at...
Usd120 Juta Pinjaman Kwap Kepada Src Masuk Akaun Peribadi Najib Kata Saksi

Usd120 Juta Pinjaman Kwap Kepada Src Masuk Akaun Peribadi Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 162 hits
Saksi berkata Najib Razak menerima jumlah wang itu dari Blackstone Asia Real Estate Partners syarikat ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low KUALA LUMPUR Najib Razak menerima USD120 juta daripada hasil pinjaman Ku...
Bersatu Suram Tidak Akan Kekal Dalam Landskap Politik Negara Ahli Parlimen Bukit Gantang

Bersatu Suram Tidak Akan Kekal Dalam Landskap Politik Negara Ahli Parlimen Bukit Gantang

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 147 hits
Prestasi Bersatu dalam PRU yang lalu bukan kerana parti itu kuat tetapi ia disebabkan kelemahan parti politik lain yang didominasi Melayu iaitu Barisan Nasional ketika itu Masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia suram dan parti itu tidak ...
Bella Berhak Hidup Tenang Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz Rakan Artis Banjiri Komen Bella Dengan Kata Sokongan

Bella Berhak Hidup Tenang Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz Rakan Artis Banjiri Komen Bella Dengan Kata Sokongan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 159 hits
Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama akres Ruhainies isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah pun hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari Rabu bagi prosiding cerai terhadap s...
Yang Pasti Pemimpin Berprofil Tinggi Mahu Masuk Pkr Itu Bukanlah Ahli Parlimen Atau Adun

Yang Pasti Pemimpin Berprofil Tinggi Mahu Masuk Pkr Itu Bukanlah Ahli Parlimen Atau Adun

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 266 hits
Mungkin benar apa yang dinyatakan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ini ramai individu berstatus profil tinggi akan menyertai PKR Kata beliau pihaknya memang ada menerima permohonan daripada pemimpin pemimpin pembangkang yang m...
Pemimpin Pas Hidup Senang Lenang Dengan Pencen Berlapis2 Hingga 4 Pencen Adun Exco Mb Ahli Parlimen Menteri

Pemimpin Pas Hidup Senang Lenang Dengan Pencen Berlapis2 Hingga 4 Pencen Adun Exco Mb Ahli Parlimen Menteri

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 143 hits
Pemimpin PAS hidup senang lenang dengan pencen berlapis2 hingga 4 pencen Adun Exco MB Ahli Parlimen Menteri GURU PASTI PATUT DIBERI SKIM PENCEN SEPERTI FATWA HAJI HADI Ahmad Mursi 1 Pemimpin PAS tidak patut lepas tangan kebajikan hampir 10 ...
Kewarganegaraan Saifuddin Yakin Ahli Parlimen Akan Sokong Pindaan Perlembagaan

Kewarganegaraan Saifuddin Yakin Ahli Parlimen Akan Sokong Pindaan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 197 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sedang mengadakan siri penjelasan kepada Ahli Parlimen berkaitan cadangan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan hak kewarganegaraan kanak ka...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter