Empayar Menyerang Balik


Kepimpinan Bersatu sudah bertindak balas terhadap puak yang mahu gulingkan presiden.
Menurut Ketua Penyelidik Ilham Centre, Yusri Ibrahim, kepimpinan Bersatu sekarang (tanya saya pula sekarang je ke? Bukan sejak dahulu?) disandang oleh ‘aktor-aktor politik yang bijak mengintai, mencatur dan mengambil peluang’.
Kata Yusri, sesetengah orang guna istilah oportunis. Ini termasuk saya yang percaya ramai oportunis dalam kepimpinan Bersatu.
Tetapi, Yusri lebih selesa guna istilah ‘bijak memanipulasi peluang’. Ini katanya, lebih berhemah. Tak apalah – saya mengaku tak berhemah.
Kita diingatkan Yusri bahawa Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin menang kerusi Parlimen Larut pada PRU14 2018 atas tiket Barisan Nasional. Tetapi apabila BN kalah dan Pakatan Harapan bentuk kerajaan beliau lompat keluar Umno masuk Bersatu – sekali gus bawa kerusi Larut yang dimenanginya. Saya ulang menang atas tiket BN/Umno.
Masakan kita sudah lupa waktu itu perdana menteri kerajaan PH ialah Dr Mahathir Mohamad, pengerusi Bersatu. Tidak lama kemudian berikutan konflik dalaman Bersatu (antara Mahathir dan penyokongnya dengan Muhyiddin Yassin dan pasukannya), Mahathir dipecat dan surat pemecatan dikeluarkan Hamzah selaku setiausaha agung Bersatu waktu itu.
Kesetiaan Hamzah berpindah kepada Muhyiddin. Iyalah Muhyiddin presiden dan beliau setiausaha agung. Kini, heboh diperkatakan beliau mahu pula menjatuhkan Muhyiddin walaupun pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu tempoh hari memberitahu si presiden di hadapan perwakilan ‘I am your man’.
Bersatu parti kecil pimpinan Muhyiddin diterima menyertai PH (menurut saya kerana faktor Mahathir) dan menang PRU14 bertanding atas tiket PH. Meskipun menang hanya 13 kerusi Parlimen ramai Ahli Parlimen Bersatu dipilih duduk dalam Jemaah menteri kerana pengerusi mereka perdana menteri.
Yusri juga mengingatkan kita Muhyiddin sendiri menang di Pagoh menggunakan simbol PKR. Selepas 22 bulan usia kerajaan PH, Muhyiddin bawa Bersatu keluar untuk bentuk kerajaan baharu dipimpinnya melalui ‘Langkah Sheraton’ hasil komplot bersama sekutu yang bagi saya boleh dianggap oportunis.
Sehingga sekarang, ada pihak percaya Mahathir bertindak letak jawatan sendirian atas perancangan sendiri bermotif tertentu. Beliau menafikan dan sebaliknya menegaskan beliau berbuat demikian kerana hilang sokongan Bersatu partinya sendiri. Ramai juga penyokongnya percaya Mahathir ditikam belakang. wallahuaklam.
Apa pun ingin saya katakan apa yang Yusri huraikan pada awal penulisan ini ialah untuk memperkukuhkan pandangannya akan wujudnya ‘aktor-aktor politik yang bijak mengintai, mencatur dan mengambil peluang’ dalam kalangan kepimpinan Bersatu.
Itu beliau katakan apabila diminta mengulas konflik terbaru Bersatu rentetan sidang media 29 Sept lalu oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Wan Saiful Wan Jan.
Semalam, Lembaga Disiplin Bersatu memecat Wan Saiful dan menggantung keahlian seorang lagi pemimpin parti iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal. Ini berhubung isu akuan berkanun atau SD dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti.
Bersatu parti kecil memang tidak boleh diibaratkan sebagai entiti atau struktur politik luas. Ertinya ia tidak boleh digambarkan sebagai empayar. Tetapi, saya pilih juga guna istilah empayar untuk menunjukkan kepimpinan parti sudah bertindak balas terhadap puak yang mahu gulingkan presiden.
Lantas tajuk artikel ini – Empayar menyerang balik. Meminjam tajuk satu episod filem Star Wars – The Empire Strikes Back. ‘This I say despite Bersatu is no empire’.
Kata seorang pemerhati politik, dua-dua Wan – Saiful dan Fayhsal – adalah ‘operative’ Hamzah. Buat kerja nak naikkan Hamzah, termasuklah kumpulkan 120 SD.
Kata Yusri apa yang berlaku ialah ‘tip of the iceberg’. Kecil di atas sangat besar dan melebar di bawah. Tanya beliau adakah blok timbalan presiden akan berdiam diri dan reda Wan Saiful dikorbankan atau mereka akan mengatur gerak baharu?
Orang melihat krisis dalaman Bersatu ini, kata Yusri antara blok presiden (Muhyiddin) dan timbalan presiden (Hamzah). “Pada saya itu hanya di atas kertas,” katanya. Lalu apa yang di bawah kertas?
“Pertembungan sebenar adalah antara blok timbalan presiden dan blok setiausaha agung (Azmin Ali).” Saya setuju.
Lalu berkata seorang kawan: “Bab sailang, potong tang kona, Azmin cekap lagi. Bijak dia guna posisi dan manfaat ruang organisasi melalui lembaga disiplin.”
Berkata pula aktivis media Fathi Aris Omar: “Hamzah Zainudin mesti bertindak segera. Jika perlu minta bantuan, panggil sahaja jentera PAS untuk tolong sekat kemaraan pencabarnya.” PAS menurutnya tak suka Azmin jadi setiausaha agung Perikatan Nasional.
Betullah kata Yusri. ‘Tip of the iceberg’. Bukan Bersatu bergasak dengan Bersatu, PAS pun boleh tumpang semangkuk. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/empayar-menyerang-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Balik Cermin Mimpi Antara Bayang Nurani

Di Balik Cermin Mimpi Antara Bayang Nurani

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 139 hits
Di Balik Cermin Mimpi Antara Bayang Nurani JMBELOG Di Balik Cermin Mimpi Antara Bayang Nurani Di balik cermin mimpi aku melihat engkau di dalam engkau aku melihat aku Lagu ini bukan sekadar irama yang menenangkan Ia adalah cermin memantulka...
Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Terhadap Peminjam Ptptn Culas Buat Bayaran Balik

Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Terhadap Peminjam Ptptn Culas Buat Bayaran Balik

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 210 hits
Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Terhadap Peminjam PTPTN Culas Buat Bayaran Balik KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mampu bayar dan bek...
Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 256 hits
Isteri salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Dr Taufiq Mohd Razif iaitu Dr Nabilah Mohd Rubani akui risau keadaan suaminya yang kini dibawah tahanan pihak berkuasa Israel Ya Allah aku serahkan suamiku kepada Mu Dia pe...
Ziarah Pusara Arwah Mak Sebelum Balik Johor

Ziarah Pusara Arwah Mak Sebelum Balik Johor

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 208 hits
Assalamualaikum SA singgah kubur arwah mak sebelum gerak ke Johor Alhamdulillah terjaga kubur arwah mak Abah selalu pergi pagi dan petang kami ni harap weekend je la dapat pergi selebihnya hantarkan doa dari kejauhan aje Tiap kali ke sini t...
Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja

Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 202 hits
Penat balik kerja tapi masih nak masak Jangan risau sis dengan menu express 20 minit kita boleh hidang lauk panas untuk keluarga tanpa perlu berjam jam berdiri kat dapur Sebagai mak walau badan letih hati kita tetap nak tengok encik suami d...
Kesan Rantai Emosi Bila Jeritan Kita Terpantul Balik

Kesan Rantai Emosi Bila Jeritan Kita Terpantul Balik

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 141 hits
Kesan rantai emosi Bila jeritan kita terpantul balik Gambar ni nampak simple tapi mesej dia dalam Kalau tengok betul betul ia tunjuk macam mana satu emosi boleh berpusing balik Dari seorang ibu ke anak dan akhirnya kembali semula kepada ibu...
Di Balik Letupan Itu

Di Balik Letupan Itu

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 269 hits
Di Balik Letupan Itu Monolog Jiwa JMBELOG Di Balik Letupan Itu Malam itu sepatutnya bergema dengan tawa dan cahaya bukan dengan jeritan debu dan darah di dahi manusia Paya Besar yang biasanya tenang bertukar jadi tempat cemas di antara perc...
Woiii Yb Tak Balik Tengok Kampung Ka Apa Makan Gaji Buta Kot

Woiii Yb Tak Balik Tengok Kampung Ka Apa Makan Gaji Buta Kot

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 161 hits
Berlaku di Rakyat merintih sebab terputus bekalan air selama Maaflah ya Ahli Parlimen kamu sedang sibuk Dia ada urusan lebih besar iaitu Soal rakyat tak ada bekalan air ni Kan tugas ahli parlimen PAS cuma untuk je Bukan untuk bantu rakyat R...
Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Pilihan Raya Sabah Paling Gila

Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

Dolla S Too Revealing Outfit Controversy Shifts From Dress Code To Religious Rights Freedom Debate

Beli Sourdough Bread Rendah Glycemic Index Di Pharmacy Alpro Sesuai Untuk Diet

Restoran Seafood D Bendang Sekinchan Tempat Santai Untuk Pencinta Seafood Segar

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siri 08 Throwback Rumah Terbuka Raya Mak Ayah Syukran Berlangsung Dengan Lancar Cuaca Baik Sederhana Penuh Makna

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je

Irresistible Eggplant Minced Beef Recipe Chinese

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Cakaran Manja Pertama Dak Jasmine

Peanut Butter Tanpa Gula Dan Garam Lulus Diet