Empat Geng Pecah Rumah Lumpuh Selepas Polis Tahan Sembilan Suspek




SUNGAI PETANI: Polis berjaya melumpuhkan kegiatan empat kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah selepas menahan sembilan lelaki berumur antara 20 dan 37 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Kuala Muda, baru-baru ini.

 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzly Abu Shah berkata kesemua mereka yang terdiri daripada anggota kumpulan ‘Geng Anchui’, ‘Geng Kavi Baba’, ‘Geng Alif’ dan ‘Geng Kevin’ ditahan dalam operasi antara 21 Okt hingga Isnin lepas.

 
Beliau berkata tangkapan pertama membabitkan empat anggota Geng Anchui pada 27 Okt lepas ekoran kes pecah rumah yang dilaporkan enam hari sebelum itu di Taman Seroja, di sini.

 
“Empat suspek berumur antara 25 dan 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Seroja dan Taman Bandar Baru kira-kira pukul 7.00 petang dan polis menemui seunit komputer riba, seunit cakera keras, mesin rumput, sebuah 'chainsaw' dan tong gas yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.

 
“Semakan mendapati tiga daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau serta dua rekod berkaitan dadah, dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis methmaphetamine. Hasil curi dipercayai akan dijual dan digunakan untuk membeli dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 
Adzly berkata dua anggota Geng Kevin Baba yang masing-masing berusia 33 dan 37 tahun pula ditahan di sebuah rumah di Taman Petani Jaya, Ahad lepas yang sebelum itu telah memecah masuk sebuah restoran di Taman Kampian, di sini pada 30 Okt lepas.

 

“Geng ini melarikan tiga unit televisyen, set karaoke, enam kotak pembesar suara, 150 karton minuman keras menggunakan lori, membabitkan kerugian lebih RM60,000. Polis juga sedang giat mengesan dua lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas," katanya.

 
Katanya polis juga berjaya menahan dua anggota Geng Alif dan seorang anggota Geng Kevin berusia antara 20 hingga 27 tahun yang melakukan jenayah pecah rumah di dua lokasi iaitu di Lagenda Height dan Taman Jerai Indah, di sini pada Isnin lepas.

 
Beliau berkata susulan penahanan sembilan suspek itu, pihaknya percaya telah berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini sejak bulan lepas, dan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 
Dalam perkembangan lain, Adzly berkata pihaknya telah melakukan 56 serbuan dengan 72 tangkapan antara 1 Jan hingga 31 Okt lepas menerusi 'Ops Dadu Khas' bagi membanteras kegiatan judi atas talian di daerah ini.

 
Katanya 22 individu yang ditahan berumur 18 tahun dan ke bawah dengan sembilan daripada mereka masih bersekolah.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/empat-geng-pecah-rumah-lumpuh-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Dua Suspek Guna Motosikal Penghantar Makanan Foodpanda Disyaki Seludup Air Ketum Di Kl

Polis Tahan Dua Suspek Guna Motosikal Penghantar Makanan Foodpanda Disyaki Seludup Air Ketum Di Kl

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 464 hits
Polis Diraja Malaysia telah menahan dua suspek penghantar makanan yang disyaki menyeludup air ketum di Jinjang Kuala Lumpur Menurut laporan ringkas Bernama beberapa bungkus air ketum berkenaan dijumpai di dalam beg penghantar makanan terseb...
Terdapat Kesan Gigitan Pada Lengan Dan Badan Polis Tahan Suspek Yang Juga Rakan Sekolah Surya

Terdapat Kesan Gigitan Pada Lengan Dan Badan Polis Tahan Suspek Yang Juga Rakan Sekolah Surya

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 561 hits
967 total views 967 views today Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail 19 di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu Telemong di sini semalam Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi S...
Polis Tahan Semula 22 Suspek Macau Scam

Polis Tahan Semula 22 Suspek Macau Scam

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 348 hits
BERNAMA Ipoh Seramai 22 suspek Macau Scam yang ditahan polis di Perak akhir bulan lalu ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan lain Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Hasbullah Abd Rahman berkat...
Empat Suspek Punca Kematian Polis Ditahan

Empat Suspek Punca Kematian Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 336 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukan pemandu kereta Myvi dan janda yang menyewakan kereta tersebut kepada suspek yang berjaya di berkas pada sidang akhbar di IPK Johor di sini UTUSAN RAJA JAAFAR ALI JOHOR BAHRU Sera...
Polis Perancis Tahan Suspek Cuba Lancar Serangan Tikam

Polis Perancis Tahan Suspek Cuba Lancar Serangan Tikam

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 270 hits
Polis Perancis tahan suspek cuba lancar serangan tikam Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2020 11 19PM
12 Sindiket Tumpas 138 Individu Diberkas Selepas Polis Tahan Addy Kana

12 Sindiket Tumpas 138 Individu Diberkas Selepas Polis Tahan Addy Kana

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 371 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata selain terlibat dalam Macau Scam Addy Kana juga membantu dalam jenayah pelaburan pertukaran mata wang asing dan penipuan perjudian dalam talian dilakukan sindiket dari China...
Dipercayai Bunuh Isteri Anak Lelaki Tikam Diri Semasa Polis Pecah Masuk Rumah

Dipercayai Bunuh Isteri Anak Lelaki Tikam Diri Semasa Polis Pecah Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 395 hits
DIPERCAYAI BUNUH ISTERI ANAK LELAKI TIKAM DIRI SEMASA POLIS PECAH MASUK RUMAH KUALA LUMPUR Seorang wanita kelahiran Malaysia dan anak lelakinya ditemui mati di kediaman mereka di Brentford Barat London semalam Polis London memecah masuk ke ...
Polis Tahan 72 Pengunjung Disko Di Serdang

Polis Tahan 72 Pengunjung Disko Di Serdang

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 287 hits
Oleh Seramai 72 pengunjung disko dan 11 pekerja ditahan melanggar PKPB FOTO IHSAN POLISKUALA LUMPUR Sebuah pusat hiburan yang dikesan sering beroperasi sehingga jam 2 pagi setiap hari termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di...
Ppbm Muar Tuduh Puad Panjangkan Cerita Selepas Titah Agong Akan Lapor Polis

Ppbm Muar Tuduh Puad Panjangkan Cerita Selepas Titah Agong Akan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 226 hits
October 28 2020 1 25 PMPETALING JAYA PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno Puad Zarkashi yang dituduh seolah olah hendak panjangkan lagi cerita selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik Setiausaha Edzhar...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah