Empat Finalis Bakal Berentap Di Pentas Akhir Ratu Hijabista Malam Ini


Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba. Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor). *Sila rujuk lampiran untuk butiran lanjut mengenai finalis akhir
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab. Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di https://ift.tt/2G3QECD, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/10/empat-finalis-bakal-berentap-di-pentas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Bakal Dinobatkan Gelaran Ratu Hijabista 2020 Saksikan Aksi Kemuncak Malam Ini

Siapa Bakal Dinobatkan Gelaran Ratu Hijabista 2020 Saksikan Aksi Kemuncak Malam Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 629 hits
Setelah tujuh minggu mengharungi cabaran demi cabaran kini Ratu Hijabista bakal melabuhkan tirainya malam ini Namun siapakah pemilik gelaran Ratu Hijabista 2020 Empat finale ini Fiffy Afrina Qila Shahirah Mellya Azizi dan Tina Aziz bakal be...
Finalis Ratu Hijabista Mira Filzah Kena Masuk Kampung Masak Gamat Jadinya

Finalis Ratu Hijabista Mira Filzah Kena Masuk Kampung Masak Gamat Jadinya

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 273 hits
Episod keempat rancangan realiti Ratu Hijabista menyaksikan para finalis yang cantik manis telah diberi satu tugasan iaitu memasak hidangan tradisional Gulai lemak Cili Api Ikan Keli Ya Bukan mudah untuk dinobatkan sebagai Ratu Selain rupa ...
Kes Meningkat Kerajaan Laksana Pkpdb Di Empat Daerah Sabah Bermula Tengah Malam Ini

Kes Meningkat Kerajaan Laksana Pkpdb Di Empat Daerah Sabah Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 378 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 1 195 kes positif jangkitan COVID 19 di daerah Lahad Datu Tawau Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020 Daripada jumlah itu Lahad Datu telah merekodkan sebanyak 24...
Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam

Jangan Biarkan Bayi Baru Lahir Tidak Menyusu Melebihi Empat Jam Terutama Waktu Malam

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 268 hits
Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama Apa bezanya Susu ...
Astra 11th Satu Indonesia Awards 2020 Telah Tetapkan 23 Finalis Untuk Lanjutkan Proses Seleksi Tahap Akhir

Astra 11th Satu Indonesia Awards 2020 Telah Tetapkan 23 Finalis Untuk Lanjutkan Proses Seleksi Tahap Akhir

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 252 hits
Lewat program ini Astra ingin mengapresiasi mereka yang berkarya dalam diam agar bisa menginspirasi lebih banyak anak muda
Qila Penuntut Uitm Sandang Gelaran Ratu Hijabista Musim Pertama

Qila Penuntut Uitm Sandang Gelaran Ratu Hijabista Musim Pertama

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 974 hits
Penantian penuh debaran selama tujuh minggu akhirnya sampai ke penghujung Pada malam ini tuah ternyata milik Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman gadis manis yang berasal dari Kelantan dan juga yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komu...
Hiburan Terlanjur Body Shaming Sherry Alhadad Usop Minta Maaf Secara Langsung Di Pentas Akhir Big Stage 2020

Hiburan Terlanjur Body Shaming Sherry Alhadad Usop Minta Maaf Secara Langsung Di Pentas Akhir Big Stage 2020

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 411 hits
Akibat terlanjur kata bernada Body Shaming terhadap pengacara Sherry Alhadad ketika pentas akhir Big Stage 2020 malam tadi penyanyi Usop tampil membuat permohonan maaf ketika siaran langsung kepada pengacara tersebut dan seluruh rakyat Mala...
Tiada Bunga Lima Jejaka Kuasai Pentas Akhir Big Stage 2020

Tiada Bunga Lima Jejaka Kuasai Pentas Akhir Big Stage 2020

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 363 hits
Jika kebiasaannya ada wanita yang menjadi seri tetapi Big Stage 2020 kali ini tampil kelainan apabila lima jejaka yang akan menguasai pentas akhir program tersebut source
Pelajar Uitm Juara Pertama Ratu Hijabista 2020 Qila

Pelajar Uitm Juara Pertama Ratu Hijabista 2020 Qila

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 967 hits
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Qila telah dinobatkan juara Ratu Hijabista musim pertama di pentas akhir berlangsung pada malam 30 September 2020 Qila atau nama sebenarnya Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman 21 menewaskan 3 lagi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat