Elak Kalah Pru15 Mahathir Tidak Perlu Lebih 2 Tahun




Kebimbangan tentang kemungkinan PH kalah PRU15 akan datang bukan lagi suara yang disembunyi-bunyikan, malah sudah boleh didengari di mana-mana ketika ini.Kalangan pimpinan PH sendiri tidak lagi takut menyatakan hakikat tersebut.Di forum terbuka, kenyataan media, perbincangan dalam bilik mesyuarat, sembang-sembang sesama sendiri, malah apa saja ruang untuk berbicara, topik tersebut kian kerap diperkatakan di sana sini.Semalam, Ahli MPT Bersatu, Dr Rais Hussin dalam sebuah forum di UIA tanpa berselindung menyatakan PH akan kalah mudah jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini.Katanya, selain janji manifesto banyak yang tidak ditunaikan, PH didapati tidak lagi menjadi kerajaan yang mendengari suara rakyat.Hari ini, dua Ahli Parlimen PH turut tidak menolak kemungkinan PH akan hilang kuasa dalam PRU akan datang.Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menggariskan dua faktor iaitu tidak menunaikan janji dan gagal melaksanakan pembaharuan asasi sebagai punca utamanya.Kata mereka, dua faktor tersebut menjadikan sokongan rakyat kepada PH terus merudum di sebalik janji pembaharuan Malayia Baru yang dilaung-laungkan sebelum ini.Untuk mengatasi semua itu dan agar pembaharuan lebih cepat dapat dilakukan, walaupun mungkin ada sebab-sebab lainnya, proses peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim tidak seharusnya ditangguhkan lagi melewati tempoh dua tahun.Inilah adalah faktor paling cepat untuk menarik semula sokongan rakyat dan mengelakkan ia terus merudum.Lebih lama Tun Mahathir duduk sebagai Perdana Menteri, percayalah, makin merudum lagi sokongan rakyat kepada PH dibuatnya.Ini kerana Tun Mahathir dilihat banyak berdalih dalam menunaikan janji manifesto dan melaksanakan pembaharuan asasi dalam negara.Tun Mahathir nampaknya masih terperangkap dengan gaya kepimpinan PM4 dan tidak menjiwai sepenuhnya semangat reformasi yang diperjuangkan oleh PH sejak lebih 20 tahun dahulu.Lantaran itu, beliau tidak segan-segan menyatakan Buku Harapan bukan sebuah kitab suci serta bertangguh-tangguh dalam banyak janji yang lain atas alasan kekangan ekonomi, tetapi begitu cepat pula melaksanakan projek yang ada keghairahan peribadi kepadanya seperti projek kereta nasional ketiga.Bagi rakyat, kereta nasional ketiga bukanlah keutamaan untuk negara berbanding PTPTN dan penghapusan tol yang dijanjikan sebelumnya.Lebih lama Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dipercayai akan membawa negara semakin menuju era lamanya sebelum ini, walhal dunia dan persekitaran sudah banyak yang berubah.Mahu tidak mahu, rakyat perlukan pendekatan dan keghairahan baru yang mampu ditonjolkan oleh PH.Di sinilah pentingnya penyerahan jawatan kepada Anwar tidak lagi dilengah-lengahkan.Anwar, berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan semasa menjadi TPM sebelum ini, diyakini mampu mencetuskan idea serta garapan baru untuk rakyat dan negara berdasarkan semangat reformasi yang sudah sebati dalam dirinya.Hanya semangat baru ini yang mampu menyuntik keyakinan untuk PH dapat bertahan menghadapi PRU15 akan datang.Aura Tun Mahathir mungkin diperlukan ketika menumbangkan BN dahulu, tetapi untuk mengisi kemenangan dan memberi kesegaran, negara tidak boleh dibawa menoleh ke belakang dengan gaya kepimpinan lamanya.Perubahan dan pembaharuan adalah jawapan untuk mengelakkan kekalahan dalam PRU akan datang dan ia mesti dilakukan dengan jiwa keberanian bahawa membiarkan Tun Mahathir lebih lama menjadi PM adalah suatu kerugian, sebaliknya tokoh baru akan membawa kesegaran dan keuntungan yang mungkin tidak dinampak sebelumnya. (ShahbudinHusin 29/08/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/elak-kalah-pru15-mahathir-tidak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 53 4 Peratus Daripada 4 860 Individu Berumur Di Bawah 40 Tahun

Lebih 53 4 Peratus Daripada 4 860 Individu Berumur Di Bawah 40 Tahun

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 312 hits
Lebih 53 4 peratus daripada 4 860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun Hasil kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut mendedahkan 22 1 peratus responden penjawat awam mengakui...
5 Artis Jelita Ini Masih Perawan Di Usia Lebih 35 Tahun Ke Atas

5 Artis Jelita Ini Masih Perawan Di Usia Lebih 35 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 548 hits
Wajah cantik sering kali menarik hati lelaki untuk dijadikan pasangan hidup Namun ternyata rupa paras wajah itu bukanlah kunci utama wanita mendapatkan kekasih idaman atau pasangan hidup Yang penting ada pendapatan dan sedikit kesenangan Me...
Pru15 Ph Mungkin Kalah

Pru15 Ph Mungkin Kalah

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 333 hits
Dua ahli Parlimen Pakatan Harapan bersetuju dengan penilaian pakar startegi PPBM Rais Hussein bahawa gabungan kerajaan itu akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang dengan berkata ini kerana PH gagal menunaikan janjinya dan m...
Najib Atau Mahathir Punca Bn Kalah

Najib Atau Mahathir Punca Bn Kalah

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 326 hits
oleh Ab Jalil Backer Setahun selepas kalah masih bermacam teori mengapa BN kalah Cara mudah sudah tentulah menyalahkan pemimpin utama Namun pada hemat saya faktor utama kekalahan BN dalam PRU 14 ialah watak Tun Dr Mahathir sebagai calon Per...
Masya Allah Mumtaz Ya Habibati Lebih 29k Retweets Video Adik Comel Usia 4 Tahun Baca Hadis Terjemahan Al Quran

Masya Allah Mumtaz Ya Habibati Lebih 29k Retweets Video Adik Comel Usia 4 Tahun Baca Hadis Terjemahan Al Quran

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 398 hits
Masya Allah mumtaz ya habibati Lebih 29k Retweets Video Adik Comel Usia 4 Tahun Baca Hadis Terjemahan Al Quran Sehari dua ni viral video seorang kanak kanak perempuan membacakan hadis dan terjemahan Al Quran dengan lancar meskipun baru beru...
Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 540 hits
Bakal menamatkan zaman solonya menjelang tahun 2020 Elly Mazlein tidak kisah bakal suaminya itu 10 tahun lebih muda daripada Menurut Elly sikap The post appeared first on
Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Dan Salam Maal Hijrah

Selamat Hari Merdeka Ke 62 Tahun Dan Salam Maal Hijrah

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 772 hits
SAYANGI MALAYSIA Malaysiaku Bersih Alhamdulillah Masih bernyawa Dah 62 tahun Sekejap je masa Aku dah 26 Ehhh Tiba tiba Banyak perubahan berlaku kepada Malaysia dari tahun ke tahun Harapan aku semoga Malaysia terus aman Selamat dari persengk...
Salam Maal Hijrah 1441h Doa Akhir Dan Awal Tahun

Salam Maal Hijrah 1441h Doa Akhir Dan Awal Tahun

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 2212 hits
Salam Maal Hijrah 1441H Doa Akhir dan Awal Tahun Semoga Allah menerima doa kita semua Doa Akhir Tahun Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW Wahai Tuhan apa yang...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang