Pru15 Ph Mungkin Kalah



Dua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan penilaian pakar startegi PPBM Rais Hussein bahawa gabungan kerajaan itu akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang dengan berkata, ini kerana PH gagal menunaikan janjinya dan melaksanakan pembaharuan asasi. 

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago berkata, keyakinan orang awam kepada kerajaan merudum walaupun PH berjanji untuk mewujudkan sebuah “Malaysia baru”.

“Kita bercakap tentang pilihan raya 2023 walaupun kita belum menunaikan manifesto kita sebelum ini sepenuhnya,” katanya dengan merujuk kepada beberapa bolak-balik berkait dasar dan apa yang disifatkannya sebagai “peralihan PM yang tersangkut dalam lumpur”.

Beliau juga berkata, kelihatan kurangnya fokus untuk merancakkan ekonomi, terutama dari sudut membantu usahawan kecil dan sederhana.

“Rakyat umumnya berasa kita tidak menunaikan janji, selain terjebak dalam isu sampingan seperti kontroversi Dr Zakir Naik dan khat.

“Isu sampingan ini memintas agenda nasional kerana isu yang sepatutnya diutamakan tidak ditangani,” katanya.

Dalam satu forum semalam, Rais berkata, Umno dan PAS akan “menang mudah” jika pilihan raya diadakan sekarang.

Katanya, pemimpin PH tidak lagi mendengar suara rakyat dan gabungan politik itu perlu memandang serius manifestonya bagi mendapat kepercayaan umum.

Santiago berkata, isu mendesak yang perlu ditangani termasuklah isu kehidupan harian seperti gaji, pengangguran dan kos hidup.

Beliau mengingatkan bahawa kelas menengah kini “letih” dengan PH dan mendesak pemimpin kerajaan berubah sikap sementara mereka masih berkesempatan berbuat demikian.

Mengambil maklum bahawa lebih ramai pengundi muda dijangka mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang, Santiago berkata, “mereka (pengundi muda) akan mengundi pihak yang melindungi kepentingan mereka.”

Bagaimanapun katanya, sebahagian besar undi tersebut akan diraih “pihak ke-3” di luar PAS dan Umno, jika pihak itu muncul menjelang pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen PKR Subang, Wong Chen juga berkata, PH berdepan risiko hilang kuasa, tetapi tidak bersetuju bahawa PAS dan Umno akan menang mudah.

Katanya, 2 parti pembangkang itu berkemungkinan merampas beberapa kerusi daripada PH, tetapi mempersoalkan kemampuan mereka untuk bekerjasama sebagai satu kekuatan tunggal.

“Pilihan raya sekarang lebih berkemungkinan menghasilkan Parlimen tergantung tanpa pemenang, tetapi akan menyaksikan ‘jual-beli’ politik yang panas untuk membentuk kerajaan,” katanya kepada FMT.

Wong Chen juga bercakap tentang kegagalan PH melaksanakan “pembaharuan yang sistematik dan asasi” dan apa yang disifatkannya sebagai “masalah yang dibuat sendiri”.

Beliau berkata, usaha untuk memecahkan pemusatan kuasa perdana menteri, memulihkan kebebasan Parlimen dan menyediakan lebih banyak semak dan imbang akan membantu Malaysia beralih kepada sebuah sistem lebih demokratik.

“Sistem yang lebih demokratik akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan inovasi, dan berikutan itu memastikan PH mendapat penggal ke-2.”

Wong Chin Huat dari Institut Jeffrey Cheah mengenai Asia Tenggara bersetuju bahawa PH mungkin hilang kuasa, tetapi adalah disebabkan penurunan peratus keluar mengundi, bukan kerana peralihan sokongan pengundi kepada pembangkang.

Beliau berkata, sekiranya PH kalah dalam pilihan raya esok, ia bukanlah disebabkan PAS dan Umno menawarkan alternatif lebih baik.

“Ramai pengundi yang kecewa dengan ahli politik daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Wong berkata, pertambahan pengundi baru berikutan langkah mengurangkan umur pengudi daripada 21 kepada 18 berpotensi menatijahkan apa-apa juga keputusan.

Katanya, oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem “first-past-the-post”, perubahan kecil undi boleh menghasilkan perubahan kerusi yang drastik.

Jika ini berlaku kata beliau, tidak ada parti komponen PH yang akan terkecuali.

“Setakat 2 bulan lepas, DAP mungkin (boleh bertahan). Tetapi hari ini, DAP juga terdedah kepada risiko,” katanya dengan mengambil kontroversi khat dan isu berkaitan Lynas Corp sebagai contoh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/pru15-ph-mungkin-kalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Kalah Pru15 Mahathir Tidak Perlu Lebih 2 Tahun

Elak Kalah Pru15 Mahathir Tidak Perlu Lebih 2 Tahun

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 419 hits
Kebimbangan tentang kemungkinan PH kalah PRU15 akan datang bukan lagi suara yang disembunyi bunyikan malah sudah boleh didengari di mana mana ketika ini Kalangan pimpinan PH sendiri tidak lagi takut menyatakan hakikat tersebut Di forum terb...
Ph Mungkin Kalah Jika Pru Esok Kata Rais Hussin

Ph Mungkin Kalah Jika Pru Esok Kata Rais Hussin

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 347 hits
Minderjeet Kaur GOMBAK Ketua strategi PPBM Rais Hussin beri amaran Pakatan Harapan tidak lagi mendengar suara rakyat dan ini boleh menyebabkan kekalahan dalam melawan Umno PAS jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat Beliau berka...
Nora Anne Keluarga Mungkin Minta Bedah Siasat Kali Kedua

Nora Anne Keluarga Mungkin Minta Bedah Siasat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 358 hits
Ibu bapa remaja Ireland hargai usaha kerajaan polis MalaysiaBANGI Bedah siasat kali kedua berkemungkinan akan dilakukan ke atas mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin 15 yang ditemukan mati pada Selasa selepas dilaporkan hilang sejak 4 Ogos...
Prudential Gandeng Unicef Genjot Literasi Keuangan Anak Papua

Prudential Gandeng Unicef Genjot Literasi Keuangan Anak Papua

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 379 hits
PT Prudential Life Assurance bersama Unicef dan Pemerintah Kabupaten Supiori menggelar program Literasi Kelas Awal Program ini dihadirkan tersebut bertepatan dengan peringatan Hari Anak Nasional 2019
Rekaan Gopro Max Pula Tertiris Mungkin Model Kemas Kini Gopro Fusion

Rekaan Gopro Max Pula Tertiris Mungkin Model Kemas Kini Gopro Fusion

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 281 hits
Semalam rekaan telah tertiris dengan ura ura ia akan dilancarkan sekitar September Hari ini laman PhotoRumour melaporkan rekaan kamera GoPro Max pula tertiris selepas ia memasuki laman pensijilan peranti Kementerian Komunikasi Jepun Dari re...
Mungkin Diadakan Di Britain Atau Perancis Keluarga Nora Anne Mahu Bedah Siasat Kali Kedua

Mungkin Diadakan Di Britain Atau Perancis Keluarga Nora Anne Mahu Bedah Siasat Kali Kedua

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 253 hits
Mungkin Diadakan Di Britain atau Perancis Keluarga Nora Anne Mahu Bedah Siasat Kali Kedua
Pm Tunggu Siasatan Polis Status Pr Zakir Naik Mungkin Ditarik

Pm Tunggu Siasatan Polis Status Pr Zakir Naik Mungkin Ditarik

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 346 hits
Kerajaan menunggu keputusan siasatan polis sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap Dr Zakir Naik Tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara keputusan yang dipertimbangkan terhadap penceramah bebas itu termasuk menarik semula st...
Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 313 hits
Utusan Melayu Berhad berdepan risiko tutup operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu lagi Hasil perbincangan wakil Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia dan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu jika aset milik Ut...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong