Ok, ni dah berada di jalan yang betul. Kami masuk simpang menuju ke Kuala Tahan tadi sekitar pukul 11.45 pagi. Beginilah rupa laluan ke Taman Negara, berkelok-kelok dan turun naik
Alhamdulillah kami sampai ke Kuala Tahan sekitar pukul 12.50 tengah hari. Dah lapar sangat...terus menuju ke kedai makan di hadapan sekolah
Kami ambil nasi yang siap dibungkus bersama lauk ayam. Ada pilihan ayam goreng, ayam masak lemak, ayam kicap. Walaupun ringkas, tapi terasa sedap dan menyelerakan. Harga makan tengahari kami ni RM10. Masa tengah makan ni nak tergelak dengar mat salih meja sebelah sebut order 'nasi ayam kick up' (merujuk kepada nasi ayam kicap)
Sebelum turun ke bawah untuk menyeberangi sungai, kami mencari tempat beli permit di lokasi seperti 7 tahun lalu. Tapi dah takde. Bila tanya orang, rupanya permit perlu dibeli di dalam kawasan Taman Negara (lepas menyeberangi sungai).
Pemandangan dari atas, kena turun tangga. Di seberang sungai sana kawasan Taman Negara, yang juga menempatkan Mutiara Taman Negara (satu-satunya resort yang beroperasi dalam Taman Negara)
Untuk ke seberang sana, bayaran RM1/hala. Perkhidmatan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Tiada masa tertentu untuk bot jalan dan tak perlu menunggu, kami datang dan terus naik bot
Walaupun sekejap je naik bot sekadar nak ke seberang, tapi saya tetap rasa seronok dan teruja
Dah sampai ke Taman Negara, kena mendaki anak tangga naik ke atas. Beginilah pemandangan dari atas. Menarik
Kami menuju ke Park Centre yang dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan untuk membayar permit dan membeli tiket menaiki Canopy Walkway
Permit masuk masih RM1, walaupun pada hujung tahun lalu ada diwar-warkan kenaikan permit kepada RM30. Menurut staf kaunter, keputusan tu sedang dikaji semula. Jadinya buat masa sekarang permit masih kekal RM1. Kami juga membayar untuk lesen kamera RM5 (termasuklah menggunakan kamera pada handphone). Tiket Canopy Walkway RM5.
Permit masuk, lesen kamera dan tiket Canopy Walkway. Permit dan lesen sah bagi tempoh 30 hari.
Apa yang menarik kat Taman Negara ni? Inilah dia...banyak!
Peta Rintis Teresek - laluan yang paling sesuai dan mudah untuk kami bergerak tanpa bantuan guide. Kami akan bermula dari no.1 Park Centre dan terus menuju ke no.7 Canopy Walkway. Menuruf staf kaunter tadi, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit untuk kami ke Canopy Walkway yang terletak 1.9 km dari Park Centre. Jika kami terus ke sana, Insya Allah sempat sebelum Canopy Walkway tutup pada pukul 3 petang. Kami mula bergerak pada pukul 2.17 petang. Saya berserah kepada Allah...kot tak sempat, terpaksalah datang esok pagi pulak (ada sebab saya nak mengelak datang pagi)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |