Ph Runtuhkan Ph Penjawat Awam Wira Negara Jaga Pentadbiran Kestabilan Negara Dr Asyraf
Zylan Moha
 
 KUALA  LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf  Wajdi Dusuki memuji dan mengucapkan syabas kepada penjawat awam yang  bertugas dengan penuh amanah dan profesional bagi memastikan kelancaran  pentadbiran serta kestabilan negara walaupun kerajaan Pakatan Harapan  (PH) runtuh.
“Kalian wira sejati… Terima kasih dan syabas  buat Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha  kementerian-kementerian dan seluruh warga penjawat awam yang terus  menjalankan tugas dengan penuh amanah dan profesional di tengah-tengah  negara berhadapan dengan krisis politik,” ujarnya dalam satu catatan  ringkas di FacebooTambah  Dr Asyraf lagi, penjawat awam adalah Wira Negara sebenar yang  memastikan kelancaran pentadbiran dan kestabilan negara walaupun  runtuhnya kerajaan PH yang bergolak sesama sendiri lantaran rakus  berebut kerusi ‘takhta’ Perdana Menteri.
“Moga Allah berkati dan rahmati kalian,” doanya lagi.
Untuk rekod, isu perebutan jawatan Perdana Menteri, pergolakan  dalaman PH hingga kemuncaknya tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad  meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM), PPBM keluar PH dan 11 Ahli Parlimen PKR  termasuk Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Aznin Ali keluar parti  mengakibatkan berkuburnya PH pada 24 Feb lalu.
Ekoran runtuhnya PH dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir, Ketua  Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengeluarkan kenyataan bahawa  dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir itu, maka secara automatik  terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana  yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa  Billah Shah.
Sebelumnya, Mohd Zuki telah mengumumkan Tun Dr Mahathir sebagai  Perdana Menteri Interim, juga atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Semalam, kira-kira 90 Ahli Parlimen dipanggil menghadap Yang  di-Pertuan Agong di Istana Negara dan bakinya hari ini yang julung kali  diadakan, bagi menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan baharu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin  menjelaskan proses temu bual itu akan dilakukan sendiri oleh Yang  di-Pertuan Agong dan disaksikan Mohd Zuki. – UMNO ONLINE
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ph-runtuhkan-ph-penjawat-awam-wira.html