Artis Pun Berdebar Menanti Drama Politik Negara


NADIA AZAM



Penyanyi Aishah mengaku drama politik yang tercetus sejak Ahad menjadi semakin menarik untuk diikuti perkembanganya.

Pun begitu, Aishah, 55, berkata, biarlah apa jua situasi politik berlaku dalam negara, semuanya diharapkan agar selesai dengan secepat mungkin.

“Seboleh-bolehnya cepat selesaikan. Selepas itu fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk rakyat. Beri apa rakyat nak,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin itu pada masa sama menyatakan kebimbangannya sekiranya negara ini jatuh pada tangan ahli politik yang salah.

“Sudah tentu jahanamlah. Kalau dah dia asyik fikir diri sendiri dan karier politik semata-mata susahlah.

“Sedangkan kita nak pemimpin politik yang boleh bantu rakyat, bukannya kejar wang dan kuasa,” katanya yang bergiat bersama Amanah.
Penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah itu berkata, pada awal apa yang berlaku memang membingungkan fikirannya, namun situasi itu berubah semakin jelas apabila setiap pemimpin politik yang terbabit sudah berani menonjolkan sifat mereka yang sebenar.

"Ia menarik, sangat menarik walaupun pada awal ia amat memeningkan kepala kerana susah nak baca apa berlaku. Tapi sekarang sudah semakin jelas, kita boleh tahu siapa sebenar ahli politik yang ini atau yang itu.

“Lebih jelas kerana sudah tahu who is doing what. Saya harap, bila sudah ada pemimpin baru, dia boleh nampak siapa yang boleh diharapkan, dan siapa tidak selepas ni,” katanya.
Istana Negara terus menjadi tumpuan ketika Agong menemu bual seorang demi seorang ahli parlimen.Senario politik diteruskan hari ini, dengan Dr Mahathir Mohamad, meneruskan tugas beliau sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri dan kabinet yang baru.

Landskap politik negara berubah selepas kerajaan PH dibubarkan secara automatik susulan perkembangan drastik BN dan PAS dalam usaha penjajaran semula kuasa dengan gabungan Perikatan Nasional direncana dibentuk untuk menggantikan kerajaan PH.

Mahathir pula dikatakan mencadangkan agar kerajaan perpaduan - iaitu tanpa parti-parti politik - diwujudkan.

Bersatu mengisytiharkan ‘bercerai’ daripada sekutunya dalam PH menyaksikan gabungan itu kini dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Awie harap ekonomi pulih

Vokalis Wings, Awie pula berkata, dia yakin dengan niat dan misi Dr Mahathir yang ingin membangunkan ekonomi serta membersihkan negara daripada imej rasuah.

Bagaimanapun, menurutnya, usaha tersebut tidak dapat dilihat oleh individu yang bekerja dalam satu kelompok dengannya sebelum ini.

“Bila saya lihat kembali Dr Mahathir menghiasi politik dengan menjadi perdana menteri, saya jangka beliau akan dapat bersihkan kemelut dan nama negara.

“Saya tak cakap pemerintahan terdahulu tu teruk. Tapi saya percaya misi dijalankan Dr Mahathir sangat penting, cuma sayangnya, mereka yang berada di bawahnya tak dapat lihat apa beliau lihat,” katanya.
Mengulas gabungan Perikatan Nasional - sekiranya menjadi kenyataan - kata pemilik nama asal Ahmad Azhar Othman itu, dia bersetuju demi kebaikan Melayu.

“Ni perkara penting kepada orang Melayu. Buka mata, ambil iktibar apa berlaku sebelum ni,” katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut maksud di sebaliknya.

Penyanyi Harapan itu juga menyatakan harapannya agar perubahan politik dalam negara dapat memulihkan ekonomi negara seperti suatu ketika dulu.

“Berharap sangat ada hikmah di sebalik apa berlaku, terutama ekonomi negara kembali pulih. Saya nak lihat matawang kita jauh naik melebihi Singapura,” katanya.

Macam undang-undang rimba - Zed

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berharap konflik politik yang sedang segera pulih demi kebaikan rakyat.

Katanya, keadaan negara sekarang boleh diibaratkan seperti menggunakan undang-undang rimba.

“Saya berharap supaya politik berada di landasan, kembali normal. Sekarang kita tak normal, sepatutnya rule of law tapi dah jadi rule of jungle. Ni yang buat rakyat rasa nak marah,” katanya.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Rozaidi Abd Jamil itu berharap perubahan tampuk pimpinan politik dalam negara diharapkan dapat memberi faedah kepada penggiat industri seni.

Katanya, kerajaan baru nanti harus mengambil iktibar dan tidak memberi janji-janji kosong sama seperti PH yang mengabaikan anak seni.

“Lantiklah orang yang boleh buat kerja, bukan diri rasa bagus. Kerajaan letak individu yang konon pandai, tapi tak pandai pula.

“Harap kerajaan baru nanti ambil kira keluhan rakyat khusus penggiat seni,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/artis-pun-berdebar-menanti-drama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suasana Politik Negara Sekarang Penuh Drama Ekstrem

Suasana Politik Negara Sekarang Penuh Drama Ekstrem

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Perkembangan politik negara mutakhir ini didakwa penuh dengan permainan ekstrem dan drama Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau pasti pemimpin politik dan rakyat berasa terkejut dengan apa yang b...
Polis Buru Individu Muat Naik Kenyataan Sensitif Krisis Politik Negara

Polis Buru Individu Muat Naik Kenyataan Sensitif Krisis Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 322 hits
Polis buru individu muat naik kenyataan sensitif krisis politik negara Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Fe
Politik Negara Ibarat Ais Batu

Politik Negara Ibarat Ais Batu

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 296 hits
Kemelut Politik yang menyelubungi Negara lebih seminggu yang lalu boleh dilihat sama seperti ketulan ais batu yang pada asalnya membeku namun menjadi air sedikit demi sedikit Itulah metafora yang paling hampir untuk dijelaskan Sifat Ais Bat...
Pdrm Terus Pantau Perkembangan Politik Negara

Pdrm Terus Pantau Perkembangan Politik Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 321 hits
Polis Diraja Malaysia akan terus memantau perkembangan politik tanah air di negara ini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM sentiasa bersiap sedia untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini Beliau berkata se...
Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 244 hits
APABILA Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dan diikuti 10 pemimpin PKR kerajaan sedia ada telah runtuh Berikutan itu juga Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sebelah tengah hari Bagaimanapun Yang di Pe...
Rakyat Selangor Semakin Matang Amati Politik Negara

Rakyat Selangor Semakin Matang Amati Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 231 hits
KUALA SELANGOR 28 FEB Rakyat di Selangor disifatkan semakin matang dalam mengamati perkembangan politik negara dengan tidak menimbulkan sebarang provokasi mahupun kekecohan hingga mengganggu ketenteraman awam Ketua Polis Selangor Datuk Noor...
Pergolakkan Politik Negara

Pergolakkan Politik Negara

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 254 hits
https t me johortimes klik untuk follow kami di Telegram
Kemelut Politik Negara

Kemelut Politik Negara

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 271 hits
SENARIO SATU Sebelum Muhyidin angkat sumpah sebagai PM kemungkinan YDPA akan perkenan menerima mengadap Tun dan rombongan utk mempersembahkan 117 SD menyokong Tun sebagai PM Jika YDPA berpuashati maka titah perkenan kepada Muhyidin akan dit...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai