Ekonomi Bumiputera Doa Wajib Disertai Usaha



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Dr Mahathir: Untuk jadi tuan Melayu kena kuatBUMIPUTERA Melayu, kerana mereka beragama Islam, boleh berdoa dan bersolat hajat meminta kebaikan daripada Allah.
Tetapi untuk berjaya mereka tetap perlu berusaha kuat kerana rezeki dan kejayaan tidak datang bergolek.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Itu adalah antara peringatan dan pesanan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika merasmikan Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 di ibu negara semalam.Saya boleh merasakan runtunan perasaan Dr Mahathir kerana beliau amat konsisten dengan mesej ini dan di akhir-akhir ini seolah-olah menjadi obsesi beliau.Sebagai salah seorang yang berdekad-dekad lamanya mendengar mesej Dr Mahathir itu – bermula dengan membaca secara haram cebisan manuskrip “The Malay Dilemma” pada akhir tahun 1960-an - saya sering tertanya-tanya adakah orang Melayu faham dan peduli rintihan beliau itu?Apakah orang Melayu faham dan peduli kepada seruan “Marilah solat” (حي على الصلاة ) dan “Marilah menuju kejayaan” (حي على الفلاح) yang dilaungkan oleh muazzin sekurang-kurangnya lima kali sehari?Hari ini ramai orang Melayu menunaikan solat (sembahyang), berdoa panjang dan menghadiri pelbagai kuliah agama. Orang Malayu berpusu-pusu menampilkan "kearaban" mereka.  Tetapi berapa ramai yang bertaburan di muka bumi untuk mencari kejayaan sambil mengingati Allah?Yang kita tahu ramai mengambil kesempatan daripada kelepasan waktu mengerjakan sembahyang fardu dan sembahyang Jumaat untuk tidur di surau dan masjid atau pergi membeli-belah.Ertinya ada orang Islam yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh majikan, termasuk majikan bukan Islam, bagi mengerjakan sembahyang untuk tujuan yang bercanggah dengan perintah Allah.Jadi tidak hairanlah, walaupun masjid penuh melimpah pada hari Jumaat dan berpuluh ribu mengerjakan Haji serta Umrah setiap tahun, masih ramai orang Islam Malaysia, khususnya orang Melayu tidak berasa apa-apa untuk melakukan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi kemungkaran.Zaman dulu lain. Masjid lengang. Di kampung saya pada tahun 1950-an dan 60-an amat kerap solat Jumaat terpaksa ditukar menjadi solat Zuhur kerana tidak cukup jemaah.Palulah gendang raya sekuat mana pun, kaki judi tetap bermain pakau dan terup di bilik belakang kedai kopi Cina atau dalam belukar di tengah sawah.Orang Islam ditangkap kerana tidak sembahyang Jumaat atau bermain judi adalah perkara biasa.Tetapi pada masa yang sama, kakitangan awam, polis dan penguat kuasa bukan sahaja tekun bekerja tetapi mereka juga tidak rasuah. Perkhidmatan awam Malaya (kemudiannya Malaysia) adalah antara yang terbaik di dunia.Hari ini rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa begitu berleluasa dalam perkhidmatan awam sehingga kerajaan baru Pakatan Harapan sukar memisahkan di antara pegawai yang bersih dengan yang korup.Ternyata ilmu yang lebih tinggi dan kealiman yang tersebar luas – ada yang solat hingga kematu dahi dan siang malam berpakaian Arab – tidak menjadikan Melayu beriman dan berjaya. Ada orang beritahu saya, Melayu itu Muslim tetapi tidak semua Muslim itu Mukmin.Jadi, macam kata Dr Mahathir, bagaimanakah orang Melayu hendak menegakkan ketuanan mereka jika mereka menjadi kuli kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam?Kata Perdana Menteri, bangsa yang lemah tidak boleh mengaku tuan.“Apa erti ketuanan Melayu kalau Melayu menjadi pemandu dan yang duduk di belakang adalah orang bukan Melayu?” tegas beliau.Ada Melayu BerjayaNamun saya akui bukan semua Melayu dan Bumiputera gagal.Sejak Merdeka, khususnya selepas pelaksanaan Rancangan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), orang Melayu dan  kaum Bumiputera lain mencapai kejayaan luar biasa dalam bidang sosioekonomi.Tetapi orang bukan Bumiputera jauh lebih maju dan berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan kesan limpahan, tirisan dan lelehan daripada DEB.Ketirisan berlaku secara berleluasa dan teruk kerana sifat rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh elit politik dan pentadbiran Bumiputera sendiri.Akibatnya, pembangunan ekonomi Bumiputera menjadi seperti apa yang didendangkan oleh Almarhum P Ramlee “walhasil balik asal, itu pasal tak hasil”.Sedikit kejayaan dan kekayaan yang dikecap oleh orang Melayu tidak mengubah sikap mereka. Sebaliknya mereka menjadi lebih negatif, dengan yang gagal membenci yang berjaya.Orang yang mendapat bantuan kerajaan tetapi gagal, dilupakan walaupun mereka berhutang berbilion-bilion ringgit dalam bentuk pinjaman PTPTN dan modal perniagaan. Tetapi segelintir yang berjaya dilabel sebagai kroni.Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 membahaskan dan merumuskan banyak cadangan, rumusan dan rancangan.Tetapi semua ini akan gugur menjadi daun kering yang ditiup angin dan akhirnya reput menjadi debu kalau Bumiputera, khususnya Melayu tidak mengubah sikap menjadi orang yang berjiwa maju, bersih, cekap dan amanah.Doa tanpa usaha tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kemiskinan boleh menjadi punca kemungkaran. Tamak dan haloba membuatkan pemerintah mencuri daripada rakyat jelata.Wallahuaklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/09/ekonomi-bumiputera-doa-wajib-disertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonom Dan Pelaku Usaha Puji Konsep Ekonomi Arus Baru Ma Ruf Amin

Ekonom Dan Pelaku Usaha Puji Konsep Ekonomi Arus Baru Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 271 hits
Ekonom senior Core Indonesia Hendri Saparini memuji konsep ekonomi yang dibawa Calon Wakil Presiden nomor 02 Ma ruf Amin Dia menilai konsep ekonomi Ma ruf penuh kejujuran
Doa Makan Yang Di Anggap Biasa Jika Di Amalkan Setiap Hari Anak Boleh Jadi Baik Dan Bijak

Doa Makan Yang Di Anggap Biasa Jika Di Amalkan Setiap Hari Anak Boleh Jadi Baik Dan Bijak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 730 hits
Doa yang hari hari kita buat sebelum makan besar sangat manfaatnya jika di amalkan untuk anak anak Mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu pun kelebihan doa tersebut untuk jadikan anak kita orang yang baik akhlaknya dan bijak Perkongsian dari ...
Doa Untuk Keselamatan Diri Dan Keluarga

Doa Untuk Keselamatan Diri Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1089 hits
Doa Untuk Keselamatan Diri dan Keluarga Ramai umat islam tidak memohon doa lagi lagi untuk keselamatan dunia akhirat ingat doa adalah senjata paling kuat untuk orang mukmin jadi berdoalah kepada Allah jangan kita ego dan sombong untuk menan...
Percakapan Terakhir Ayu Minta Doa Ibu Agar Selamat Sampai Pangkalpinang

Percakapan Terakhir Ayu Minta Doa Ibu Agar Selamat Sampai Pangkalpinang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 336 hits
Sama dengan keluarga korban lain Ning berharap jenazah anaknya dapat ditemukan oleh petugas gabungan Bagi dia musibah itu tak dapat ditolak dan menjadi pelajaran bagi manusia
27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa Kepentingan Doa Dalam Menyelesaikan Masalah

27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa Kepentingan Doa Dalam Menyelesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 345 hits
Bilakah waktu terbaik untuk berdoa Dan apakah kepentingan doa kepada kita dalam menyelesaikan masalah kehidupan Artikel ini akan menyenaraikan beberapa perkara penting berkaitan doa seperti Waktu terbaik untuk berdoa Adab dalam berdoa Syara...
Doa Menangani Suami Panas Baran

Doa Menangani Suami Panas Baran

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 617 hits
Tidak semestinya Itu dah mungkin perangai semula jadinya sebagai isteri kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya Insyaallah Cuba cari punca ken...
Keliling Pesantren Kapolda Jatim Minta Doa Diringankan Jaga Keamanan Pemilu

Keliling Pesantren Kapolda Jatim Minta Doa Diringankan Jaga Keamanan Pemilu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 212 hits
Keliling pesantren Kapolda Jatim minta doa diringankan jaga keamanan Pemilu Memang selama sepekan ini jenderal polisi bintang dua ini terlihat rutin mengunjungi pondok pondok pesantren di Jawa Timur Terlebih pasca insiden pembakaran bendera...
Bagaimana Cara Allah Makbulkan Doa Kita

Bagaimana Cara Allah Makbulkan Doa Kita

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 572 hits
Bagaimana cara Allah makbulkan doa kita Perkara ini memerlukan penjelasan yang tersirat Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu Tetapi di sisi Allah mempunyai makna dan tafsir...
Doa Pendinding Dan Ayat Penggerak

Doa Pendinding Dan Ayat Penggerak

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1888 hits
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan Terhindar Daripada Sihir Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus Rasulullah s a w mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids