Doa Pendinding Dan Ayat Penggerak


Doa Pendinding Dan Ayat Penggerak | Doa ini sangat besar manfaatnya apabila diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ia dapat Terhindar Daripada Bahaya, Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan, Terhindar Daripada Sihir, Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus.
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
DOA: Doa Pendinding Dan Ayat Penggerak Audio
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal3. Berbahaya4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal
3. Selamat dari bahaya
4. Tidak melarat, Menjadi Senang


Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita


Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://edigitaldoa.blogspot.com/2016/03/doa-pendinding-dan-ayat-penggerak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Postingan Terakhir Pramugari Lion Air Citra Novita Di Facebook Ramai Ucapan Duka Cita Dan Doa

Ini Postingan Terakhir Pramugari Lion Air Citra Novita Di Facebook Ramai Ucapan Duka Cita Dan Doa

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 601 hits
Pesawat Lion Air JT 610 penerbangan Jakarta Pangkalpinang dipastikan jatuh di perairan Karawang Dikutip TribunSolo com dari Tribunnews com pesawat ini membawa 188 penumpang dengan rincian 178 penumpang dewasa 1 penumpang anak anak dan 2 bay...
Baca Doa Ini Jika Anda Selalu Dibenci Orang Doa Pengaasih Niatkan Kepada Siapa Yang Hendak Disayangi

Baca Doa Ini Jika Anda Selalu Dibenci Orang Doa Pengaasih Niatkan Kepada Siapa Yang Hendak Disayangi

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1598 hits
BACA Doa Ini Jika Anda Selalu Dibenci Orang Doa Pengaasih Niatkan Kepada Siapa Yang Hendak DisayangiBACA Doa Ini Jika Anda Selalu Dibenci Orang Doa Pengaasih Niatkan Kepada Siapa Yang Hendak Disayangi
Doa Menangani Suami Panas Baran

Doa Menangani Suami Panas Baran

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 617 hits
Tidak semestinya Itu dah mungkin perangai semula jadinya sebagai isteri kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya Insyaallah Cuba cari punca ken...
Bacaan Wirid Doa Selepas Solat

Bacaan Wirid Doa Selepas Solat

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 1460 hits
Ini adalah panduan wirid dan doa selepas solat Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid zikir dan doa selepas solat fardhu Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa terse...
Sister Freja Masuk Islam Dihina Terus Oleh Ibunya Mohon Doa

Sister Freja Masuk Islam Dihina Terus Oleh Ibunya Mohon Doa

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 394 hits
Assalamu Alaykum berkirim pesan buat semua saudara saudarinya disini bagi sister ini hal penting tentang Islam ia ingin bercerita dan mengharapkan banyak kiriman doa agar dirinya dan sauadara saudarai kita muslim selalu tegar dan istiqomah ...
27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa Kepentingan Doa Dalam Menyelesaikan Masalah

27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa Kepentingan Doa Dalam Menyelesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 345 hits
Bilakah waktu terbaik untuk berdoa Dan apakah kepentingan doa kepada kita dalam menyelesaikan masalah kehidupan Artikel ini akan menyenaraikan beberapa perkara penting berkaitan doa seperti Waktu terbaik untuk berdoa Adab dalam berdoa Syara...
Percakapan Terakhir Ayu Minta Doa Ibu Agar Selamat Sampai Pangkalpinang

Percakapan Terakhir Ayu Minta Doa Ibu Agar Selamat Sampai Pangkalpinang

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 336 hits
Sama dengan keluarga korban lain Ning berharap jenazah anaknya dapat ditemukan oleh petugas gabungan Bagi dia musibah itu tak dapat ditolak dan menjadi pelajaran bagi manusia
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik