27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa Kepentingan Doa Dalam Menyelesaikan Masalah


Bilakah waktu terbaik untuk berdoa?
Dan apakah kepentingan doa kepada kita dalam menyelesaikan masalah kehidupan?
Artikel ini akan menyenaraikan beberapa perkara penting berkaitan doa seperti:
Waktu terbaik untuk berdoa, Adab dalam berdoa, Syarat doa dimakbulkan Sebab mengapa doa ditolak. Apa yang paling penting, anda akan mengetahui mengapa doa itu penting kepada kita dalam menyelesaikan setiap masalah dalam kehidupan.
Oleh itu anda harus membaca penulisan ini.
InsyaaAllah ia akan memberikan input yang berguna kepada kehidupan kita.

Isi Kandungan: Apakah kepentingan doa? Adab-adab dalam berdoa Syarat doa dimakbulkan Waktu Terbaik untuk berdoa Sebab-sebab doa ditolak Doa adalah tradisi orang soleh  
Apakah Kepentingan Doa Kepada Hidup? Firman Allah SWT:
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-ku, nescaya Aku perkenankan untukmu
— Surah Ghafir ayat 60
Ajaran Islam begitu kaya dengan doa.
Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipanjang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta.
Tanpa diberitahu pun, Allah memang sudah sedia mengetahui segala sesuatu.
Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan.
— Jadi, perlu apa lagi kita berdoa?
Berdoa sebenarnya satu tugas pengabdian.
Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisiNya.
Doa ialah untuk membuktikan sifat kehambaan kita dihadapan Allah SWT.
1. Mengekalkan Hubungan Dengan Allah Setiap Masa Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain.
Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati.
Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmoniaan walaupun dia memiliki segala-galanya.
Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang yang terputus tali.
Doa jua sebenarnya ialah zikir – yakni interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni.
Allah memerintahkan kita agar berdoa untuk mengingatiNya kerana hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Melalui ketenangan itulah hakikat sebuah kebahagiaan.
Demikian yang dijelaskan dalam firman Allah SWT:
Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang
— Surah al-Ra’d ayat 28
Orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup.
Hal ini demikian kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.
2. Keupayaan Melakukan Perubahan Ke Arah Kebaikan Secara Berterusan Manusia perlu sentiasa berubah.
Daripada kurang baik kepada baik.
Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang).
Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia.
Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurniaNya
— Surah al-Syura ayat 26
Doa itu harapan.
Doa ialah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan.
Manakala usaha ialah langkah untuk merialisasikan harapan itu.
Dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir. Dengan berusaha kita melaksanakan sebaik tadbir.
Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, insyaaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.
3. Didampingi Oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita.
Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama-sama kita.
Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya.
Syaitan sentiasa menghasut dengan menimbulkan keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati.
Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang.
Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa mendampingi kita.
Jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita.
Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya.
Oleh sebab itu berdoalah, insyaaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir.
4. Membentangkan Masalah Dengan Jelas Doa ialah langkah pertama untuk menyelesaikan masalah.
Doa secara tidak langsung ialah cara kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan.
Malangnya, ramai orang yang hanya gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Mereka hilang arah, atau tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar.
Doa menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan.
Dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang.
Doa ialah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Dengan berdoa seolah-olah kita “berkata-kata” dengan Allah.
Justeru, semasa kita bermohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita ke hadapan-Nya.
Ini akan memberi kelegaan, malah masalah itu sudah menjadi separuh selesai!
5.  Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Kebuntuan Menurut pakar psikologi, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu menanggung masalah paling sulit dan perit secara bersendirian.
Adakalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk mendengar dan berkongsi masalah kita dengan seseorang.
Namun adakalanya masalah kita terlalu personal yang kita rasa malu atau enggan untuk diceritakan kepada orang lain.
Kadangkala kebimbangan kita terlalu tinggi sehingga tidak dapat berbincang dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat karib.
Pada ketika itu kepada siapa kita hendak mengadu?
Ya sudah pasti kepada Allah.
Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya.
Berdoa memberikan kita berasa “tidak bersendirian” dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup.
 
Adab-Adab Dalam Berdoa Dalam berdoa, terdapat adab-adabnya.
Antara adab dalam berdoa adalah:
Dalam keadaan berwuduk Dalam keadaan menutup aurat Mengadap ke kiblat Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk Tidak tergesa-gesa Dimulai dengan memuji kebesaran Allah Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dimakbulkan. Diakhiri dengan selawat dan salam Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu. Yang paling utama ialah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah SWT.
Apabila kita yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah, tentu kita yakin bahawa Dia akan melayan permintaan kita.
Apabila kita yakin Allah itu Maha Kaya, tentu kita yakin Dia mampu memberikan apa yang kita minta.
 
Syarat Doa Dimakbulkan Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya Tidak melakukan perbuatan maksiat Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik  
 
Waktu Yang Terbaik Untuk Berdoa Sebenarnya tiada halangan masa untuk berdoa.
Namun terdapat beberapa waktu dan keadaan yang lebih afdhal jika kita memanjatkan doa kepada Allah.
Waktu-waktu ini insyaaAllah doa kita akan lebih mudah diterima:
Pada malam al-Qadar (sepuluh malam terakhir yang ganjil dalam bulan Ramadhan) Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wukuf di Arafah) Pada bulan Ramadhan Pada malam Jumaat Pada hari Jumaat Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam. Pada tengah malam Seperdua malam yang kedua (selepas 12 malam) Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam) Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi) Pada waktu sahur (sebelum fajar) Sesudah berwuduk Ketika orang azan untuk solat Antara azan dan iqamat Ketika orang mengucapkan iqamat Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil (peperangan mempertahankan ajaran Islam) Dalam pertempuran di medan perang Pada akhir tiap-tiap solat fardhu Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat) Ketika sedang membaca al-Quran Setelah tamat membaca al-Quran Ketika minum air zam-zam Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi). Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam) Pada waktu turun hujan. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.  
Sebab-Sebab Doa Ditolak Antara sebab doa seseorang ditolak adalah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkara:
Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhanNya Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunnahnya Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepadaNya Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya Mengatakan Syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya. Mengatakan Neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.  
PENUTUP: Doa Ialah Cara Hidup Yang Menjadi Tradisi Orang Soleh An-Nu’man Ibn Basyir meriwayatkan daripada Nabi SAW:
Sesungguhnya doa itu ialah ibadah
— Hadis riwayat Abu Daud (1479)
Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan minum sehinggalah tidur semula.
Semua perlakuan itu ada doanya yang khusus.
Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri juga ada doanya.
Itulah uniknya Islam.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. 
Sila share jika anda rasa ia boleh membawa kebaikan bersama.
The post 27 Waktu Terbaik Untuk Berdoa & Kepentingan Doa Dalam Menyelesaikan Masalah appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/waktu-terbaik-untuk-berdoa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Waktu Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 174 hits
Pada dasarnya semua masa adalah baik untuk melakukan ibadat kerana dalam Islam tidak ada waktu yang buruk atau waktu sial bagi mengerjakan atau memulakan sesuatu pekerjaan yang ada dalam Islam ialah masa yang lebih baik untuk beribadat Demi...
Dalam Soal Zuriat Tak Cepat Tak Lambat Jika Allah Bagi Itulah Waktu Terbaik Buat Kita

Dalam Soal Zuriat Tak Cepat Tak Lambat Jika Allah Bagi Itulah Waktu Terbaik Buat Kita

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 297 hits
Dalam soal zuriat Allah akan bagi pada waktu yang terbaik Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita bersedia pun memang itu adalah waktu yang terbaik Jika lambat dan kita ternanti nanti mengharap dan sedih Memang itulah waktu yang ter...
Anak Yang Kurang Tidur Bahaya Untuk Emosinya Ikuti Saranan Pakar Untuk Waktu Tidur Yang Terbaik

Anak Yang Kurang Tidur Bahaya Untuk Emosinya Ikuti Saranan Pakar Untuk Waktu Tidur Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 347 hits
Tidur merupakan salah satu keperluan asas dalam fungsi badan manusia sebagaimana bernafas makan dan minum Tidur yang cukup and berkualiti adalah salah satu faktor yang penting bagi kesihatan yang baik terutamanya bagi anak kecil yang sedang...
Doa Mohon Tetap Menegakkan Shalat Fardhu 5 Waktu

Doa Mohon Tetap Menegakkan Shalat Fardhu 5 Waktu

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 292 hits
Blog Khusus Doa Menegakkan atau mendirikan shalat 5 waktu dalam sehari semalam adalah kewajiban bagi kaum muslimin muslimat yang baligh dan berakal Shalat 5 Waktu juga merupakan Rukun Islam yang kedua setelah Syahadat yaitu bersaksi bahwa T...
Ini Waktu Terbaik Melaksanakan Akad Nikah Sesuai Anjuran Nabi Muhammad

Ini Waktu Terbaik Melaksanakan Akad Nikah Sesuai Anjuran Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 266 hits
Menikah termasuk perkara yang dianjurkan dalam Islam Setiap laki laki dan perempuan yang sudah siap secara materi dan mental maka sebaiknya mereka untuk segera menikah Namun kapan waktu terbaik melaksanakan akad nikah dalam Islam Dalam kita...
Doa Selamat

Doa Selamat

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 291 hits
Keselamatan di dunia dan akhirat semuanya milik Allah SWT Kita sebagai umatnya hanya boleh memohon kepada Nya agar diberikan keselamatan di dunia dan akhirat Salah satu doa yang diajarkan Oleh Rasulullah SAW yaitu dengan membaca doa selamat...
Allahumma Inni As Alukal Jannah Allahumma Ajirni Mina N Nar Dzikir Dan Doa Sesudah Salam

Allahumma Inni As Alukal Jannah Allahumma Ajirni Mina N Nar Dzikir Dan Doa Sesudah Salam

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 472 hits
Jika kamu melakukan shalat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara dengan siapa pun Allahumma ajirni mina n nar sebanyak 7 kali karena jika kebetulan kamu meninggal pada hari itu maka Allah pasti akan melindungimu dari api neraka Dan jika k...
Doa Rawatan Sakit Pada Anggota Badan Untuk Sakit Tulang Sendi Dan Dll

Doa Rawatan Sakit Pada Anggota Badan Untuk Sakit Tulang Sendi Dan Dll

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 3046 hits
Dari Muhammad bin Ka ab rah a beliau bercerita Ada sebuah pasukan perang telah di kirim menuju arah Romawi Tiba tiba salah seorang dari mereka telah terjatuh dari kudanya sehingga menyebabkan tulang pahanya patah Karena pasukan merasa tidak...
Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 754 hits
Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak Selawat dan Salam ke atas Nabi kita kita Nabi ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa