Dua Suspek Ditahan Bawa Parang Di Kawasan Kuil


Sidang media Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor kes rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights. – Foto fail The Malay Mail
Kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights menyaksikan jumlah tangkapan meningkat kepada 21 individu setakat ini, berbanding 17 orang semalam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaru menyaksikan dua lelaki ditahan lewat petang semalam manakala dua lelaki lagi ditahan awal pagi tadi dan kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan kuil tersebut.
“Dua suspek yang ditahan pagi tadi ditahan bersama senjata parang yang ditemui di dalam kenderaan yang mereka naiki. Kesemua suspek yang ditahan akan direman dari semasa ke semasa bermula hari ini,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, hari ini.
Menurut Mazlan, dalam rusuhan yang tercetus awal pagi tadi seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Subang Jaya mengalami kecederaan selepas diserang ketika sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di luar kawasan kuil berkenaan.
Beliau berkata, sehingga hari ini juga, sebanyak 23 kenderaan telah dibakar dan sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dirosakkan oleh kumpulan perusuh.
Menceritakan mengenai kronologi kekecohan terbaharu yang berlaku di kuil itu, Mazlan berkata pada pukul 10.57 malam tadi dua buah kenderaan telah dibakar berhampiran kuil dan pada 1.10 pagi sebuah kenderaan lain ditarik keluar dari kawasan kuil serta dibakar di tepi jalan raya.
“Sejurus selepas itu pada 1.20 pagi sebuah kenderaan lain turut dikeluarkan dari kawasan kuil serta dibakar. Dalam keadaan itu, seorang anggota JBPM yang sedang memadam kebakaran telah mengalami kecederaan akibat diserang dan beliau kini sedang dirawat di hospital.
“Sejurus selepas kejadian di kuil pada 2 pagi, kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi kuil iaitu di One City Mall, kumpulan ini telah memecahkan cermin-cermin di bangunan itu, rosakkan sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah van yang selepas itu dibakar, selain sebuah motosikal dan beberapa peralatan di showroom di pusat membeli belah itu turut dirosakkan,” katanya.
Menurut Mazlan, kekecohan yang berlaku di One City Mall masih tiada tangkapan setakat ini, namun pihaknya akan mencari individu bertanggungjawab secepat mungkin berdasarkan maklumat yang diterima.
Beliau berkata pihaknya juga mempunyai petunjuk mengenai dalang kekecohan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Mazlan berkata kes disiasat di bawah pelbagai undang-undang berkaitan termasuk khianat, pencerobohan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Beliau dalam pada itu memberi amaran kepada pihak-pihak yang masih berdegil supaya berhenti mengambil tindakan tidak mengikut lunas undang-undang dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kegusaran awam.
Mazlan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian rusuhan itu dan suspek terlibat supaya menghubungi balai bolis berhampiran atau Hotline IPK Selangor di talian 012-600999. – Bernama
KLIK BACA: Bomba Selangor nafi anggotanya Muhammad Adib mangsa rusuhan kuil meninggal dunia akibat dipukul
KLIK BACA: PM DR Mahathir: Perusuh dan dalang rusuhan KUIL akan terima hukuman tegas
KLIK BACA: Najib nak klentong siapa, buang maklumat Jho Low, OSA laporan audit?
KLIK BACA: Kalau tak faham ICERD batal ‘gari dan lokap’ saja ubatnya…jatuhkan Tun Mahathir
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
The post Dua suspek ditahan bawa parang di kawasan kuil appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190454/dua-suspek-ditahan-bawa-parang-di-kawasan-kuil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Suspek Edar Kokain Ditahan Di Pendang

Dua Suspek Edar Kokain Ditahan Di Pendang

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 220 hits
Dua suspek edar kokain ditahan di Pendang Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 2 Dec 2018 3 56PM middot
Enam Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Kekecohan Di Kuil Seafield

Enam Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Kekecohan Di Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 393 hits
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor KUALA LUMPUR Polis menahan enam lagi individu hari ini berhubung kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Isnin lalu Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata tang...
Gambar Perusuh Merosakkan Bangunan One City Kawasan Kuil Sri Maha Mariammam

Gambar Perusuh Merosakkan Bangunan One City Kawasan Kuil Sri Maha Mariammam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 717 hits
Tindakan kumpulan perusuh merosakkan bangunan yang dipercayai milik pemaju One City Development Sdn Bhd disifatkan sesuatu yang melampau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau kecewa dengan apa yan...
Insiden Kecoh Di Kuil 17 Lelaki Ditahan

Insiden Kecoh Di Kuil 17 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 367 hits
Seramai 17 lelaki tempatan ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman kata Tan Sri Fuzi Harun Foto oleh Firdaus LatifSHAH ALAM 26 Nov Seramai 17 lelaki tempatan ditahan setakat ini bagi membantu siasatan...
Eina Bawa Dua Beradik Dapatkan Rawatan Pakar Kulit

Eina Bawa Dua Beradik Dapatkan Rawatan Pakar Kulit

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Pelakon Datin Paduka Eina Azman bersyukur hasrat membantu dua beradik yang menghidap penyakit kulit serius dipermudahkan apabila dia berpeluang membawa mereka bertemu pakar sebentar tadi Eina berkata luahannya yang dimuat naik ...
Polis Tahan Dua Lelaki Kes Gaduh Di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman

Polis Tahan Dua Lelaki Kes Gaduh Di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 1173 hits
Lima parah dalam satu pergaduhan di dalam kawasan kuil di Putra Heights Subang jam 3 pagi tadi membabitkan 2 kumpulan lapor Astro Awani Pergaduhan dipercayai bermula di luar kawasan kuil berkenaan namun meleret ke dalam kuil sebaik mangsa c...
Jadi Tersangka Korupsi Proyek Lorong Dua Pejabat Dinas Koperasi Makassar Ditahan

Jadi Tersangka Korupsi Proyek Lorong Dua Pejabat Dinas Koperasi Makassar Ditahan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 207 hits
Indikasi tindak pidana korupsinya soal kekurangan volume pengadaan barang diduga ada mark up harga dan perbuatan memecah pengadaan barang jasa menjadi beberapa paket
Rusuhan Di Kuil 18 Kereta Dibakar Polis Tahan Dua Lelaki

Rusuhan Di Kuil 18 Kereta Dibakar Polis Tahan Dua Lelaki

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 663 hits
Dua lelaki berusia lingkungan 30 an ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Putra Heights awal pagi tadi Bernama memetik Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor sebagai berkata d...
Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 379 hits
Anggota polis mengarahkan kumpulan berada berhampiran kuil untuk beredar Sinar Harian
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi