Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit
Siapa yang suka simpan parut ?rasanya mesti tidak ada seorang pun lagi-lagi kaum wanita kan. Nieyl menang tak suka simpan parut, terutama di kawasan-kawasan yang orang lain boleh nampak iaitu muka , tangan dan juga kaki. Baru-baru ni nieyl kena bisul di bahagian kaki, bila luka bisul tu dah baik, makanya akan tertinggal kesan parut hitam tu. Serius memang rasa tak selesa ada parut , jadinya nieyl pergi ke Watsons dan beli Bio Oil. Sebab ramai kenalan nieyl kata Bio Oil ini sangat elok untuk menyelesaikan apa sahaja masalah kulit.
Kalau korang tengok dekat kotak Bio Oil ni pun dia ada tulis Bio Oil ni sesuai untuk Parut , regangan kulit, tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Nieyl memang sangat jatuh cinta dengan Bio Oil ni. Ramai yang kata botol kecil tapi harga mahal..Ok memang betul harga dia mahal sedikit tetapi berbaloi sangat sebab kita bukan guna untuk minum, guna untuk sapu sikit sahaja di tempat yang bermasalah
Bio Oil ni boleh di sapu sehari 2 kali di tempat yang bermasalah, minimun pemakaian bio oil adalag 3 bulan. So, korang yang baru pakai bio oil ni jangan pula hari ni pakai esok nak parut tu hilang..Memang mustahil lah kan..
Dan lagi satu Formulasi Bio Oil ini adalah kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yang terampai dalam asas minyak. Ia mengandungi ramuan unggul PurCellin Oil™, yang mengubah konsistensi keseluruhan formulasinya, menjadikannya ringan dan tidak berminyak, memastikan bahawa kebaikan vitamin dan ekstrak tumbuhan mudah diserap.
Bio-Oil telah menjalani penilaian keselamatan mengikut Peraturan Parlimen Eropah dan Majlis Produk Kosmetik. Profil toksikologi, struktur kimia, tahap rangkuman dan tahap keseluruhan dos pendedahan harian setiap ramuan yang digunakan telah dinilai dan dianggap selamat untuk kegunaan (termasuk kegunaan oleh wanita hamil). Jadi, tidak perlu risau untuk sapu di kulit anak-anak.
Bio Oil ada 4 botol yang berlainan isipadu nya. Yang macam nieyl beli ini 60ml dengan harga normal RM34.95 tetapi beli dekat watsons time sale lebih murah lagi. Selain itu ada botol bersize 25ml, 125 ml, 200ml . Nieyl dah sebulan pakai Bio Oil ni, Alhamdulillah...kulit kering nieyl di bahagian buku lali nieyl dah makin elok. Nanti bila dah betul-betul nampak perbezaannya nieyl share dengan korang okay.
Okaylah itu je hari ini nieyl nak share dengan korang, semoga apa yang nieyl share ni membantu korang yang ada masalah kulit..♥
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://seindahcerita.blogspot.com/2018/11/bio-oil-pakar-minyak-penjagaan-kulit.html