Eh Produk Makanan Ke Ubat Ni


Eh! Produk Makanan Ke Ubat ni | Trend pengambilan produk makanan kesihatan di Malaysia semakin hari semakin popular dalam sesetengah golongan masyarakat. Lambakan produk makanan kesihatan yang terdapat dalam pasaran telah menyebabkan kekeliruan kepada pengguna kerana pengguna tidak dapat membezakan sama ada produk tersebut adalah produk ubat atau produk makanan. 
Tambahan pula, produk makanan kesihatan juga didapati sering kali membuat tuntutan-tuntutan perubatan yang tidak munasabah dan ini telah menimbulkan persoalanan sama ada produk tersebut selamat diambil

Menurut Akta Makanan 1983, “makanan” meliputi setiap barang yang dikilang, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman. Ini termasuklah roti, susu, gula-gula, minuman kordial, serbuk kopi campuran dan sebagainya. 
Berdasar Akta Jualan Dadah 1952 pula, produk yang digunakan untuk tujuan perubatan ke atas manusia atau haiwan dikelaskan sebagai ubat. 
Antara contoh tujuan perubatan termasuklah mengurangkan simptom, menyembuh, mencegah penyakit, kontraseptif, mengawal berat badan, mengekalkan atau mengembalikan kualiti kesihatan dan sebagainya. 
Oleh itu, ubat bukan sahaja merujuk kepada ubat yang digunakan di hospital sahaja malah ia juga termasuk ubat tradisional yang mengandungi bahan semula jadi seperti herba dan produk-produk homeopati. 
Sebagai contoh, kapsul yang mengandungi herba kacip fatimah dikelaskan sebagai ubat tradisional dan hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan tertentu seperti yang disokong oleh kajian yang sah sahaja. 
Sering terjadinya kekeliruan dalam kalangan pengguna terhadap pengkelasan sesuatu produk makanan apabila pengeluar sesuatu produk mula memasukkan bahan-bahan lain seperti bahan herba atau bahan aktif yang diketahui mempunyai nilai perubatan ke dalam produk tertentu dan membuat tuntutan perubatan berdasarkan kepentingan bahan herba atau bahan aktif tersebut. 
Contohnya, kacip fatimah dicampur dengan kopi yang dikelaskan sebagai makanan. Namun, tiada bukti kukuh yang didokumentasikan untuk menunjukkan nilai perubatan produk campuran ini.   
Masyarakat perlu mengambil maklum bahawa produk makanan adalah di bawah kawalan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) manakala produk ubat pula dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Kedua-dua bahagian ini adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bagi syarikat yang tidak dapat mengenal pasti kelas produk mereka sama ada adalah ubat atau bukan ubat, mereka boleh mengemukakan permohonan pengkelasan produk kepada NPRA. Pengkelasan produk ini adalah penting terutamanya bagi produk kombinasi kerana ia melibatkan aspek pengawalan di bawah akta dan peraturan yang berbeza. 
Dari segi pendaftaran produk, produk yang dikelaskan sebagai ubat perlu didaftarkan dengan NPRA sebelum dibenarkan untuk dijual dalam pasaran bagi memastikan ia telah dinilai dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Bagi produk makanan pula, ia tidak perlu berdaftar dengan KKM, tetapi pihak syarikat harus mematuhi akta dan peraturan yang ditentukan. 
Iklan produk makanan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Selain itu, iklan produk ubat yang disiarkan melalui mana-mana platform sama ada digital atau pencetakan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU). Bagi setiap iklan yang telah dilulus oleh LIU akan diberi nombor KKLIU yang wajib dipamerkan pada setiap iklan yang disiarkan. 
Tip Pengguna Bijak
• Pengguna dinasihati sentiasa berwaspada semasa memilih produk makanan yang mempunyai tuntutan seperti “berkesan menyembuhkan pelbagai penyakit”, “berkesan menurun berat badan dalam tempoh yang singkat” dan sebagainya. Ini kerana produk tersebut dikhuatiri mungkin mengandungi bahan terlarang yang tidak dibenarkan dalam produk makanan.  
• Sekiranya sesuatu produk mempunyai tuntutan perubatan, pengguna boleh menyemak status pendaftaran produk tersebut dengan KKM melalui laman sesawang NPRA (https://www.npra.gov.my) sebelum membelinya. Produk ubat yang tidak berdaftar dengan KKM tidak dapat dijamin keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.   
• Setiap produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran yang khusus dan label keselamatan hologram. Kedua-dua ciri ini perlu dipaparkan pada bungkusan produk tersebut. 
• Orang awam dinasihati agar sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang produk kesihatan termasuk ubat tradisional

Sekiranya orang awam mendapati sesuatu produk makanan membuat tuntutan perubatan atau disyaki mengandungi bahan terlarang, boleh mengemukakan aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM melalui talian 03-78413200 atau Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di negeri masing-masing atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (SisPAA) KKM secara dalam talian agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh KKM

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).  

Petikan : Akhbar Metro Ahad, 24 November 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2019/11/eh-produk-makanan-ke-ubat-ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 988 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Kkm Rampas 2 135 Produk Makanan Yang Kononnya Boleh Sembuhkan Pelbagai Penyakit

Kkm Rampas 2 135 Produk Makanan Yang Kononnya Boleh Sembuhkan Pelbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 283 hits
https ift tt 2XKX3a9 Kementerian Kesihatan Malaysia menyita 2 135 produk makanan bernilai RM60 494 53 yang mempunyai akuan boleh merawat penyakit pada label dan pengiklanan produk dalam operasi khas dua hari di seluruh negara bulan lepas Ke...
10 Makanan Penutup Indonesia Dari Sumatra Hingga Papua

10 Makanan Penutup Indonesia Dari Sumatra Hingga Papua

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 192 hits
Indonesia kaya akan keberagaman Inilah yang membuat kuliner Indonesia penuh warna begitu pula dengan makanan penutup atau dessert nya
7 Resep Makanan Enak Yang Dimasak Dengan Teflon Dari Ayam Bakar Sampai Pizza

7 Resep Makanan Enak Yang Dimasak Dengan Teflon Dari Ayam Bakar Sampai Pizza

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 293 hits
Resep resep makanan enak yang bisa dimasak dengan teflon mulai dari ayam bakar pizza sampai martabak manis
10 Makanan Kebangsaan Negara Negara Di Asia

10 Makanan Kebangsaan Negara Negara Di Asia

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 453 hits
Setiap tempat mempunyai tarikan makanannya yang tersendiri Kredit Foto Nasi Padang dinamakan sempena bandar asalnya Padang di Sumatra adalah 100 Indonesia Nasi padang adalah hidangan dengan nasi kukus yang dipadankan dengan lebih daripada s...
Nasi Goreng Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan Betul Ke

Nasi Goreng Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan Betul Ke

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 403 hits
Ramai tak tahu yang kita mungkin boleh mendapat keracunan makanan daripada nasi goreng Jangan tak caya pulak ye Tapi ia bukan dari hidangan nasi goreng berkenaan TETAPI disebabkan oleh cara nasi tersebut disimpan sebelum digoreng Yang ni ya...
10 Cara Penyajian Makanan Ini Absurdnya Bikin Geleng Kepala

10 Cara Penyajian Makanan Ini Absurdnya Bikin Geleng Kepala

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 709 hits
Tak sedikit orang yang senang makan di restoran atau di kedai kedai makan Selain karena menunya banyak dan kamu nggak perlu repot masak makanan di restoran ini juga biasanya memiliki cara penyajian yang unik Setiap restoran biasanya menyaji...
Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1207 hits
Hai guys dah lama rasanya tak update pasal makanan kat sini So kali ini ada tempat makan baru kat Bangi iaitu Kotak Ya Kotak Pelikkan macam dah takde nama lain kotak yang dorang pilih Tak sure kanapa cafe ini pilih nama kotak sebagai nama k...
Usus Bersih Asas Tubuh Sihat Meh Kebalkan Tubuh Dengan 7 Makanan Ini

Usus Bersih Asas Tubuh Sihat Meh Kebalkan Tubuh Dengan 7 Makanan Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 314 hits
USUS yang sihat adalah asas tubuh yang sihat Penyakit yang disebabkan oleh kotoran tubuh kita banyak terdapat dari usus besar Sayangnya ramai kita merasa kurang mengambil peduli kesihatan pencernaan ini Faktanya sekitar 70 peratus sel sel y...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik