Efek Ramping Segera Dengan Shapee 2 Way Body Shaper
Body Shaper Shapee yang Selesa
Shapee 2 Way Body Shaper | Rata-rata kaum hawa mementingkan bentuk tubuh masing-masing kan? Bagi Mai, bentuk badan yang yang menarik dapat menambah tahap keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Masalahnya, apabila sudah dapat bentuk badan idaman, kadangkala bahagian perut pula buncit. Anda juga begini?
Mai dah dapat penyelesaian terhadap masalah ini. Pakai Shapee 2 Way Body Shaper, ramping pinggang dan kempis bahagian perut dengan segera. Seronoknya! Sebelum ini, Mai pernah mencuba beberapa body shaper tapi ini antara body shaper yang selesa dipakai.
Betul.. selesa sangat. Nak pakai dalam tempoh lama pun tak kisah kerana material fabriknya yang lembut dan nipis mempunyai liang udara yang membenarkan pengaliran udara berlaku. Secara tidak langsung membuatkan kulit selesa dengannya. Tak rasa panas pun ketika memakainya.
Body shaper yang dibuat daripada nylon dan spandex sesuai dengan kulit dan boleh meregang tanpa rosak. Kain luarnya berwarna beige dan lapisan kain bahagian dalamnya berwarna putih. Talinya boleh dilaras mengikut kesesuainya pemakai.
Apa yang menariknya dengan body shaper ini adalah ia direka untuk sentiasa "mengurut" mikro zon sasaran anda dan menjana haba untuk meningkatkan peredaran darah dan metabolisme untuk pembakaran lemak pada setiap pergerakan badan. Maknanya dapatlah ia membantu mengurangkan masalah perut buncit serta membentuk badan pada bahagian perut ke dada
Kalau anda nak tahu, 2 Way Body Shaper ini boleh digunakan untuk dua cara yang berbeza dan kedua-dua cara itu mempunyai fungsi yang berbeza. Ia boleh dipakai sama ada dengan bentuk U atau V pada dada.
Bentuk U - dipakai untuk menaikkan payudara
Bentuk V - dipakai untuk memadatkan payudara.
Bentuk V
Bentuk UMudah saja cara nak memakainya. Sarungkan dari bawah, bermula dari kaki. Sampai pada bahagian punggung, tarik perlahan-lahan hingga ke atas. Pakai dalam tempoh 5 ke 8 jam sehari.
Harganya mampu milik, RM85 sahaja, terdapat dalam pelbagai saiz. Siapa berkebaya pada hari raya nanti? Eloklah kalau pakai sekali dengan Shapee 2 Way Body Shaper ini supaya dapat sorok perut buncit yang comel dan lemak-lemak disekelilingnya itu 😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2019/04/efek-ramping-segera-shapee-2-way-body-shaper.html