Ecovitta Dedah Rahsia Nyahkuman Dan Pembersihan Tanpa Bahan Kimia


Ecovitta Dedah Rahsia Nyahkuman dan Pembersihan Tanpa Bahan Kimia | Mesin Pembersih Stim Ecovitta EC01S Serba Baharu Menghasilkan Kediaman Lebih Sihat, Bersih dan Selamat. Teknologi berevolusi Ecovitta EC01S memudahkan rutin tiga langkah pembersihan yang terdiri daripada nyahkuman, membersih dan menyegarkan dari sebuah mesin kompak dan pelbagai fungsi. Manfaat kuasa stim ultra-kering, EC01S mampu membunuh sehingga 99.9% kuman, bakteria dan virus - termasuk e-coli, debu hama dan pepijat. Satu lagi kelebihan utama EC01S adalah ia hanya menggunakan air. Ini membenarkan anda dapat menikmati pengalaman ejen pembersihan berkuasa tanpa bau-bauan yang kurang selesa, rasa melekit dan kesan sampingan lain. Gunakan mesin ini untuk menyahkuman bungkusan penghantaran, barangan peribadi dan setiap sudut kediaman anda. EC01S adalah solusi terbaik bagi menangani pandemik COVID-19 dan selepasnya.
Mesin Pembersih Stim Ecovitta EC01S - Ecovitta EC01S Steam Cleaner-Penyelesaian all-in-one untuk pengalaman pembersihan tercepat dan termudah
Ecovitta mendedahkan mesin pembersih stim berevolusi EC01S - penyahkuman, pembersihan dan penyegaran yang lebih efisien tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya. Model terbaharu ini sesuai bagi mereka yang sensitif atau alah kepada bahan pembersih kimia; mengalami masalah resdung atau asma terutama bagi keluarga yang mempunyai bayi, kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Stim ultra-suhu, ultra-kering EC01S membunuh sehingga 99.9% virus dan bakteria, menjadikan ia sebuah alat penting yang perlu ada semasa pandemik COVID-19 dan selepasnya. 
Semasa pandemik COVID-19, usaha untuk menyahkuman setiap objek yang dibawa masuk ke dalam kediaman memberikan perubahan yang ketara dalam kehidupan harian. Namun, ia juga boleh menjadi amat remeh, menyerabutkan dan mengambil masa yang lama. Ecovitta EC01S adalah jawapan anda. Hanya masukkan air ke dalam mesin ini bagi mendapatkan stim berkuasa dan ultra-kering di bawah tempoh 30 saat. Pada suhu melepasi keperluan untuk membunuh 99.9% kuman, Ecovitta adalah alat ideal untuk menyahjangkit dengan cepat dan berkesan. Letakkan Ecovitta anda di pintu masuk untuk menyahkuman bungkusan penghantaran dengan pantas dan efektif. Mesin ini juga sesuai digunakan untuk menyahkuman barangan peribadi dan pakaian. Ia juga memberikan ketenangan minda serta memastikan kesihatan dan keselamatan anda sekeluarga.
 Tanpa Bahan Kimia Hanya Air - Ecovitta EC01S pilihan paling selamat untuk anda dan keluarga. Katakan tidak kepada bahan kimia berbahaya dan isi dengan air paip.
Teknologi Steam Kering Segera - Stim ultra kering dan suhu tinggi EC01S mampu membunuh sehingga 99.9% virus dan bakteria.
Mesin pembersih semua-dalam-satu ini didatangkan dengan tujuh alat tambahan bagi mempelbagaikan fungsi penggunaan tanpa tandingan - termasuk kepala lantai yang sesuai untuk pelbagai permukaan; berus dan tapak luncur bagi permaidani; muncung penyeka bagi cermin dan tingkap; muncung utiliti untuk pembersihan atas ruang lantai dan muncung pemesong bagi pembersihan yang tepat. Gandingkan alat-alat tambahan ini dengan kain microfiber yang direka khas untuk melonggarkan dan menyingkirkan kotoran daripada permukaan - membenarkan anda membersih dan menyahkuman dalam satu pergerakan.

Stim Boleh Laras Untuk Semua Lantai - Kawalan wap yang berubah-ubah membolehkan anda memilih jumlah wap yang tepat untuk pembersihan yang bersih.
Mesin EC01S sesuai untuk pelbagai permukaan termasuk permaidani, berkayu, marmar, jubin, sofa, katil, kaca dan sebagainya. Ini menjadikan ia mesin ideal bagi membersihkan sebarang sudut kediaman anda seperti bahagian dapur, dapur gas, sinki, bilik air, tilam, malah alat permainan. Rasai pengalaman pembersihan luar biasa, EC01S akan menghasilkan kediaman yang segar dan bebas daripada kekotoran dan kuman.
7-in-1 Mesin Pembersih Stim - EC01S membersihkan lebih daripada sekadar lantai, memasang dan melepaskan aksesori dengan mudah berdasarkan keperluan pembersihan anda.

Bermatlamat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan, Ecovitta berhasrat untuk mencipta produk-produk yang lebih sihat kepada pelanggan, insan tersayang mereka serta bumi. Menggunakan hanya air, EC01S tidak menggunakan sebarang bahan pembersih kimia, serbuk, cecair dan sebagainya. Ini mengurangkan kesan menghidu bahan-bahan kimia ini terhadap kesihatan, serta mengurangkan impak kepada alam sekitar ekoran ketiadaan penghasilan sisa kimia. Pada masa sama, pelanggan juga mampu menikmati penjimatan kerana tidak perlu lagi membeli produk-produk pembersihan yang akhirnya akan turun ke longkang.


Lebih berkuasa berbanding sebelum, teknologi penghasilan stim secara pantas EC01S menghasilkan stim ultra-kering di bawah tempoh 30 saat. Bersama tangki air 800ml yang besar, alat pembersih stim ini mampu menjana stim berkuasa selama sehingga 50 minit dengan lancar. Anda hanya perlu menambah air untuk menggunakan ia semula.
Direka dan dibangunkan di United Kingdom, dan dijual di 22 negara, Ecovitta bertujuan untuk mengubah cara kita menjaga kediaman dan alam sekitar. Sejak tahun 1980an, Ecovitta telah menghasilkan dan menjual lebih satu juta alat pembersih stim di seluruh dunia. 
“Sejak beberapa dekad lalu Ecovitta telah menginovasi teknologi stim. Ini telah menjadikan kami sebagai satu nama yang dipercayai industri sebagai satu jenama dan Pengeluar Peralatan Asli (OEM) bagi jenama-jenama terkemuka dunia seperti Hoover, Oreck, Morphy Richards, Bork, dan pelbagai lagi. Kami amat berbangga untuk mengumumkan pelancaran Ecovitta di Malaysia. Model EC10S kami ini direka untuk menyahkuman, membersih dan menyegarkan permukaan dalam satu penggunaan. Tukar alat tambahan yang disediakan ia secara terus menggantikan pelbagai alat dan produk pembersihan biasa. Model terbaharu ini merupakan sebuah mesin semua-dalam-satu yang direka untuk membuatkan kerja-kerja pembersihan lebih mudah dan sihat - satu alat penting bagi setiap kediaman dan keluarga dalam usaha kita menangani pandemik COVID-19 bersama-sama,” jelas En Hashim Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif Ecovitta Sdn Bhd.
“Dengan kadar pencemaran udara dan bahan toksin pada alam sekitar semakin meningkat, terdapat peningkatan keperluan untuk mencari kaedah pembersihan yang bersifat mesra alam. Toksin-toksin yang ditemui dalam produk-produk pembersihan dikenali untuk mencetuskan alahan, menyebabkan reaksi sensitif dan melemahkan sistem imun tubuh. Atas faktor-faktor demikian produk kami ini dikuasakan oleh hanya air, dalam bentuk stim, untuk membersih secara berkesan tanpa penggunaan sebarang bahan kimia. Stim ultra-kering dan bersuhu tinggi ini membolehkan rangkaian produk Ecovitta untuk membunuh sehingga 99.9% kuman, bakteria dan virus tanpa kesan sampingan negatif penggunaan bahan kimia berbahaya,” tambah En Hashim.
Untuk meraikan pelancaran Ecovitta EC01S di Malaysia pada Julai 2021, Ecovitta Sdn Bhd menawarkan pelanggan diskaun 40% sepanjang tempoh prapelancaran, mulai 16 Jun 2021 hingga 6 July 2021. Model Ecovitta EC01S dijual pada harga RM1,299 seunit (RM779 selepas diskaun) dan boleh didapati di laman www.ecovitta.com.my. Penghantaran adalah percuma dengan tempoh percubaan 90 hari tanpa risiko dan jaminan pulangan tunai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2021/06/ecovitta-dedah-rahsia-nyahkuman-dan-pembersihan-tanpa-bahan-kimia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Save Ralph Dedah Sisi Gelap Industri Kosmetik Yang Menggunakan Haiwan Sebagai Bahan Uji Kaji

Save Ralph Dedah Sisi Gelap Industri Kosmetik Yang Menggunakan Haiwan Sebagai Bahan Uji Kaji

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Beberapa hari lalu satu video pendek yang menampilkan seekor arnab putih sebagai watak utamanya menjadi perbualan hangat di media sosial Dalam video berdurasi sekitar tiga minit 53 saat itu arnab putih ya...
Ayam Masak Kurma Resipi Abah Letak Bahan Rahsia Patutlah Sedap Pekat

Ayam Masak Kurma Resipi Abah Letak Bahan Rahsia Patutlah Sedap Pekat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 326 hits
Orang lelaki ni bila masuk dapur dan masak haa memang terangkat la bila makan Sedap tak terkata Lagipun sekarang ini sudah ramai lelaki yang mula masuk dapur menolong isteri kan Kali ini jom kita resipi Ayam Masak Kurma resipi daripada Umi ...
Komitmen Organik Alce Nero Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo

Komitmen Organik Alce Nero Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 220 hits
Komitmen Organik Alce Nero Bebas Pestisid Bahan Cemar dan GMO Memperkenalkan Tiga Produk Pasta Baharu Untuk Menambah Pilihan Pemakanan Sihat Semasa PKP 3 0 Diasaskan pada tahun 1970 an Alce Nero merupakan perintis perladangan organik di Ita...
Alce Nero Perkenal 3 Produk Baharu Pemakanan Sihat Organik Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo

Alce Nero Perkenal 3 Produk Baharu Pemakanan Sihat Organik Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 290 hits
Alce Nero Perkenal Tiga Produk Baharu Pemakanan Sihat Bebas Organik Pestisid Bahan Cemar Dan GMO Komitmen Organik Alce Nero bagi menambah pilihan pemakanan sihat semasa PKP 3 0 dengan produk organik bebas pestisid bahan cemar dan GMO Diasas...
5 Resipi Mudah Untuk Sarapan Minum Petang Paling Senang Guna 2 Bahan Saja Tau

5 Resipi Mudah Untuk Sarapan Minum Petang Paling Senang Guna 2 Bahan Saja Tau

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 317 hits
Kadang kadang buntu bila memikir tentang juadah sarapan mahupun minum petang Kalau boleh biarlah yang mudah dan cepat kerana boleh menjimatkan masa Jadi ini adalah lima variasi untuk idea nak sarapan atau minum petang untuk anda ROTI COKLAT...
Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 209 hits
Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni kredit google manfaat co id Kisahnya disebabkan my hero Irfan yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan suhu sekitar 37 6 C di bahagian leher terlebih sedikit dari paras normal sedikit bat...
6 Bahan Biasa Jumpa Kaya Antioksida Lawan Kuman

6 Bahan Biasa Jumpa Kaya Antioksida Lawan Kuman

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 151 hits
Baru baru ini berlegar di alam maya mengatakan Kenyataan pada asalnya daripada Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu Dr Azizah Mahmood yang mengatakan Maka cerita ini mulalah disensasikan oleh NETIZEN ...
Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 283 hits
Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat Hanya Guna dua bahan sahaja iaitu Coklat dan badam sahaja Benda dah ada yang senang buat apa yang susah dan kalau benda tu buat anak anak suka Tak perlu guna oven tak perlu menguli atau ...
Pizza Cup Guna Roti Keping Mudah Sangat Campur Semua Bahan Masuk Je Air Fryer

Pizza Cup Guna Roti Keping Mudah Sangat Campur Semua Bahan Masuk Je Air Fryer

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 248 hits
Bila terfikir nak buat pizza pasti mama terfikir tentang doh pizza yang perlu diuli Cerewetnya Tapi kali ini apa kata mama cuba buat pizza dengan hanya menggunakan kepingan roti sahaja Lebih mudah dan cepat Anak anak confirm suka PIZZA in a...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Ulangtahun Kelahiran Nagamanja

How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm