Alce Nero Perkenal 3 Produk Baharu Pemakanan Sihat Organik Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo


Alce Nero Perkenal Tiga Produk Baharu Pemakanan Sihat Bebas Organik Pestisid, Bahan Cemar Dan GMO |  Komitmen Organik Alce Nero bagi menambah pilihan pemakanan sihat semasa PKP 3.0 dengan produk organik bebas pestisid, bahan cemar dan GMO. 

Diasaskan pada tahun 1970-an, Alce Nero merupakan perintis perladangan organik di Itali.  Dibangunkan oleh koperatif petani muda yang bimbang akan kesan negatif pertanian komersial yang intensif, Alce Nero telah berkembang sebagai salah satu jenama makanan organik terkemuka di negara berkenaan, dengan kehadiran yang semakin bertambah di pasaran global.
Inspirasi Alce Nero 
Dalam Bahasa Itali, ‘alce’ bermakna elk atau rusa besar, manakala ‘nero’ adalah warna hitam. Alce Nero dinamakan mengikut dukun puak Lakota, Chief Black Elk (1863-1950) yang telah memberi ilham kepada para pengasas jenama ini melalui kecintaan beliau terhadap Bumi, komitmennya untuk hidup secara harmoni bersama alam semula jadi serta menghormati tradisi yang diamalkan. Logo jenama ini telah diolah untuk menggambarkan Chief Black Elk berkuda sambil menyebarkan mesej pengawasan ekologi.
Visi Organik
Visi organik Alce Nero adalah ‘dari ladang kami ke hidangan anda’ dengan hanya beberapa langkah di antaranya kerana ahli-ahli koperatif Alce Nero memanfaatkan kaedah pertanian dan perkilangan tradisional bersama penyelidikan berteknologi terkini.
Asal-Usul dan Kebolehkesanan
Alce Nero adalah unik kerana petani kami merupakan pengeluar dan pemegang yang berkepentingan. Oleh itu anda akan sentiasa dapat mengetahui asal-usul setiap produk kerana ia tertera pada label yang disediakan. Kesemua produk berasal daripada ladang-ladang kami, ditanam tanpa menggunakan pestisid atau bahan kimia sintetik, tidak mencemarkan alam dan tiada organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) bagi memenuhi standard pensijilan organik di peringkat global. Kesemua rangkaian produk Alce Nero telah menerima pengiktirafan organik daripada badan-badan terkemuka seperti Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun.
Alce Nero Menambah Kepelbagaian Sajian FMCO Anda
Produk Organik yang dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada pergerakan makanan sihat menyediakan pelbagai kebaikan. Sambil kita kekal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) ini, sebahagian besar daripada kita khususnya kanak-kanak, pasti menyukai kepelbagaian dan keseronokan pada hidangan yang disediakan.


Tiga Pasta Organik Baharu Alce Nero!
Kami memperkenalkan tiga pasta baharu Alce Nero - Organic Tricolore Spaghetti; Organic Tricolore Kids Pasta Sport Shapes dan Organic Whole Wheat Spaghetti. Alce Nero Organic Tricolore Spaghetti dan Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti dijual pada harga RM8.20 setiap pek, sementara Alce Nero Organic Kids Pasta Sport Shapes pada harga RM5.90. Pasta Alce Nero boleh didapati di bahagian makanan organik iaitu Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Village Grocer dan rangkaian AEON terpilih.



Pasta Organik Tricolore Alce Nero
Pasta tricolore Alce Nero - Organic Tricolore Spaghetti dan Organic Tricolore Kids Pasta Sport Shapes - didatangkan dalam tiga warna - neutral, hijau (berperisa bayam) dan jingga (berperisa tomato). Pasta Alce Nero adalah ditarik dengan gangsa, kaedah penyemperitan pasta Itali secara tradisional yang menghasilkan pasta bertekstur lebih kasar dan berliang, membentuk permukaan ideal bagi sos untuk melekat. Pasta Organik Tricolore Alce Nero akan menyerikan sebarang hidangan, dan merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan sayur-sayuran sihat dan berserat tinggi dalam cara yang tidak menakutkan dan penuh enak kepada anak-anak yang cerewet makan.



Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti
Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti atau Spageti Gandum Penuh Organik Alce Nero menggunakan semolina gandum penuh durum organic yang diperbuat dengan mengisar keseluruhan bijirin tanpa dimasukkan sebarang bahan lain. Mata air dari Pergunungan Dolomite digunakan untuk menyediakan doh tersebut bagi rasa yang lebih halus. Pasta gandum penuh ini kaya dengan serat dan ideal untuk dihidangkan bersama sos-sos tomato Alce Nero.
Resipi Pasta Organik Alce Nero dengan kelainan Pasta membolehkan daya imaginasi anda bebas untuk berkarya di dapur. Pilih satu hidangan, rempah yang sesuai dan pasta bagi mencipta satu hidangan unik yang menyelerakan.



Spaghetti Pad Thai dengan Pasta Gandum Penuh

Pad Thai seringkali dipanggil sebagai makanan jalanan kebangsaan Thailand. Gantikan Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti untuk mendapatkan tekstur dan rasa gigitan seperti mi Pad Thai biasa, tambahkan ramuan berprotein dan sayur-sayuran bagi sajian yang lebih sihat dan lazat. Rebus Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti mengikut arahan pada pek. Sementara spageti tersebut masak, panaskan sedikit Alce Nero Extra Virgin Oil di kuali, tumis bawang yang telah dicincang, diikuti ayam dan udang yang diperap. Kemudian, masukkan sedikit air asam jawa, gula perang, penambah perasa stok ayam, cili padi dan sos ikan. Masukkan spageti yang telah dimasak, taburkan daun kucai yang telah dipotong dan tauge. Hias dan perah limau pada hidangan. Selamat menikmati sajian fusion Itali anda!
Ayam Masak Masam Manis bersama Spageti Tricolore
Terperap di rumah tidak semestinya kita harus sentiasa berasa bosan dengan rutin harian. Serikan hari anda dengan Alce Nero Tricolore Spaghetti untuk sajian ayam masak masam manis ini. Sediakan ramuan ayam masak masam manis. Perap ayam semalaman untuk rasa yang lebih menyerlah. Potong sayur-sayuran kegemaran anda: Kami menggunakan cendawan, lada benggala merah, lobak merah dan kacang hijau. Rebus spageti dan kacang hijau dan ketepikan sebentar. Sediakan sos masam manis dengan mencampurkan kicap cair, cuka, sos tomato, gula perang dan tepung jagung. Goreng ayam yang telah diperap dan keluarkan daripada kuali. Dalam kuali yang sama, goreng dengan pantas sayur yang telah disediakan. Masukkan ayam, pasta, kacang hijau dan sos yang telah disediakan sebelum ini dan gaul dengan sempurna.
Hidangkan sajian anda dalam piring berasingan dan makan malam telah sedia! Pasta tricolore menambah warna dan rasa pada hidangan kegemaran Asia ini. 
Minestrone Pasta Sports Shapes
Minestrone adalah hidangan klasik menenangkan hati dari Itali yang digemari kanak-kanak. Jika anak anda seorang yang cerewet makan, anda boleh ‘menyorokkan’ lebih banyak sayur-sayuran dalam hidangan minestrone berbanding hidangan yang kurang berkuah lain. Menggunakan Alce Nero Organic Tricolore Sport Shape Pasta dalam resipi ini meningkatkan rupa hidangan yang pasti dapat menarik perhatian Si Kecil. Pasta yang mengandungi bayam dan tomota ini turut membantu dari aspek kandungan serat. Hidangan dalam satu periuk ini juga adalah pilihan terbaik jika anda tidak mempunyai masa yang banyak. Dalam sebuah periuk, tumis bawang, saderi dan lobak merah yang telah dipotong dalam minyak zaitun sehingga lobak merah lembut. Tambahkan bawang putih yang telah dicincang dan garam. Kemudian, masukkan kacang hijau, sos pasta Alce Nero, air dan masak sehingga mendidih. Masukkan kacang pea dan Alce Nero Organic Tricolore Sport Shapes, masak sehingga pasta al dente - kira-kira 10 minit. Hidangkan ketika masakan masih panas bersama parutan keju parmesan dan daun selasih. 
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Alce Nero di https://alcenero.asia/recipes.html atau layari laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan laman Instagram Alce Nero https://www.instagram.com/alceneromy/ untuk resipi-resipi lain yang menarik dan mudah disediakan.


Mengenai Alce Nero
Alce Nero ditubuhkan pada tahun 1970-an apabila dua koperatif petani muda dari Itali memutuskan untuk merintis revolusi penanaman organik di negara itu, menghasilkan makanan berkhasiat dan pada masa yang sama, menjaga alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah penanaman lama dengan penyelidikan paling terkini terhadap kesihatan dan alam sekitar. Teknik-teknik yang digunakan terus berkembang, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan intipati ringkas bahawa Alce Nero  diwujudkan daripada: kecintaan terhadap makanan, menghormati alam sekitar dan pengharaman penggunaan bahan-bahan kimia sintetik.
Hari ini, Alce Nero merupakan jenama organik No 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam setiap peringkat penghasilan, membenarkan kami menguatkuasakan prinsip jenama pada setiap proses dan mengesan dengan tepat asal-usul makanan yang dihasilkan. Alce Nero juga dikenali atas pengiktirafan organik yang diterima daripada badan-badan pensijilan ketat dari Kesatuan Eropah dan Jepun.
Di Malaysia, Alce Nero menyediakan rangkaian pasta organik, minyak zaitun extra virgin, sos pasta, jem dan madu. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.alcenero.asia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/06/alce-nero-perkenal-3-produk-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komitmen Organik Alce Nero Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo

Komitmen Organik Alce Nero Bebas Pestisid Bahan Cemar Dan Gmo

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 252 hits
Komitmen Organik Alce Nero Bebas Pestisid Bahan Cemar dan GMO Memperkenalkan Tiga Produk Pasta Baharu Untuk Menambah Pilihan Pemakanan Sihat Semasa PKP 3 0 Diasaskan pada tahun 1970 an Alce Nero merupakan perintis perladangan organik di Ita...
Nespresso Melancarkan Kopi Organik Baharu Reviving Origins Kahawa Ya Congo

Nespresso Melancarkan Kopi Organik Baharu Reviving Origins Kahawa Ya Congo

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 323 hits
Pencinta kopi di Malaysia akan segera dapat menikmati kopi organik baru sambil membantu menghidupkan semula salah satu kawasan pertanian yang paling rapuh di dunia Kopi Reviving Origins KAHAWA ya CONGO dari Nespresso adalah campuran bermusi...
Cari Makanan Organik Dan Sihat Di Fresh Bulk

Cari Makanan Organik Dan Sihat Di Fresh Bulk

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pemilihan makanan sihat untuk diet bisa membantu menurunkan berat badan saat dimasukkan ke dalam diet dan pola makan sehat Makanan yang menyediakan protein dan serat bisa sangat membantu untuk menjaga ber...
Tular Disebabkan Produk Mukanya Jadi Bahan Eksperimen Tak Sangka Sampai Dapat Cecah Nilai Ini

Tular Disebabkan Produk Mukanya Jadi Bahan Eksperimen Tak Sangka Sampai Dapat Cecah Nilai Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 169 hits
Lelaki atau perempuan masing masing menginginkan kulit wajah yang cantik mulus dan terhindar daripada anasir jahat yang terdiri daripada jerawat bintik hitam dan putih Kotoran ini akan memberi kesan yang besar kepada kulit muka sekaligus me...
Sissy Iman Bebas Chord

Sissy Iman Bebas Chord

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 474 hits
C m Ku wanita bukan siapa siapaF mTiada harta ataupun cintaBMama bilang untuk pilih dia E Oh please oh please G Aku tak sukaC mKu wanita juga manusiaF mPunya hati dan juga seleraBAku bukannya perisik cinta E Oh please oh please G Aku tak su...
Pulak Dah Takiyuddin Hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Pulak Dah Takiyuddin Hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 232 hits
Malang sungguh nasib PAS Bukan setakat menteri malah exco MP Adun PAS yang memerintah pada hari ini terus menerus dipertikaikan tindakan mereka Mungkin ini petunjuk yang tuhan mahu memberikan amaran kepada mereka supaya tidak lebih berkata ...
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 161 hits
Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof ROHANIZA IDRIS BHKUALA LUMPUR Jawatankuasa Khas Bebas Darurat tidak terletak di bawah kuasa Jemaah Menteri atau Perdana Menteri sebaliknya berdiri sendiri dan bertanggungjawab kepada Yan...
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Jalankan Tugas Pakar

Beri Ruang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Jalankan Tugas Pakar

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 179 hits
Kewujudannya dapat kurangkan risiko salah guna kuasa oleh kerajaan BANGI Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 perlu diberikan kebebasan dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Muhammad Fath...
Bpom Temukan Pelanggaran Produsen Ivermectin Gunakan Bahan Baku Ilegal

Bpom Temukan Pelanggaran Produsen Ivermectin Gunakan Bahan Baku Ilegal

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 164 hits
Badan Pengawas Obat dan Makanan mengatakan salah satu produsen Ivermectin PT Harsen tidak memenuhi sejumlah syarat terkait Cara Pembuatan Obat yang Baik dan Cara Distribusi Obat yang Baik untuk obat ivermectin
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia