E Wallet Yang Selalu Digunakan Rakyat Malaysia
E-Wallet Yang Selalu Digunakan Rakyat Malaysia | Semenjak dunia diserang pandamik Covid-19, pelbagai alternatif dan cara yang di sarankan oleh kerajaan untuk tidak menggunakan apa apa traksaksi sentuhan terutama sekali menggunakan wang tunai di mana mana tempat. Disebabkan itulah, E-Wallet menjadi pilihan orang ramai di dunia termasuklah di Malaysia. Kerajaan pernah memberi bantuan melalui e-wallet bagi memberi pendedahan ini kepada rakyat Malaysia. Anyway, kebanyakan rakyat sebenarnya dah lama gunakan terutama yang tinggal di kawasan bandar. Cik en sendiri pun sebelum ini mempunyai beberapa e-wallet. Korang pula selalunya guna e-wallet apa?
E-Wallet Yang Selalu Digunakan Rakyat Malaysia
Ini antara yang cik en selalu tengok di pasaraya, cafe atau tempat tempat lain di kawasan cik en. Rasanya mungkin di tempat korang pun sama juga kan. Antara E-Wallet Yang Selalu Digunakan Rakyat Malaysia adalah
1. Boost
Yang ini cik en rasa paling popular. Sebelum pandemik lagi, memang cik en banyak nampak sign Boost di kedai dan pasaraya. Kawasan cik en memang ramai gunakan e-wallet jenis ini tapi cik en baru sahaja install dan masih mencuba apa kelebihan yang ada dengan boost ini
2. TNG eWallet
Yang ini rasanya tak kurang popular lagi lagi dikalangan orang luar bandar. Berbanding Boost, TNG ini pernah trending kerana kerajaan pernah menggunakan e-wallet ini dalam pemberian bantuan. Manakala Boost sangat terkenal di kawasan bandar. Awalnya ada cashback tapi sekarang tak ada keistimewaan sangat. Cuma cik en gunakan e-wallet ini untuk pembayaran game online. huhuhuhu
3. GrabPay
GrabPay ini cik en akui memang tak pernah guna. Mungkin grab di kawasan cik en agak kurang tapi semenjak setahun ini, ada kedai menerima pembayaran menggunakan e-wallet ini
4. Wechat Pay
Sesiapa pengguna Wechat maybe banyak gunakan e-wallet ini. Tapi cik en dah lama tinggalkan dunia wechat so cik en tak ada pengalaman sendiri menggunakannya.
5. MAE
Yang ini masih baru. Dibawah Maybank, mereka keluar e-wallet MAE ini dan cik en pernah gunakan beberapa kali. Masih baru jadi tak banyak pilihan yang ada. Maybe akan berkembang memandangkan ianya daripada salah satu bank kegemaran rakyat Malaysia. Cashback ada tapi masa permulaan sahaja. Sekarang macam tak ada je.
Selain daripada diatas, ada juga e-wallet yang digunakan oleh satu satu syarikat atau yang masih baru seperti AEON Wallet Malaysia, GoPayz, Tealive, Starbuck, Razer Pay dan lain lain lagi
Info ini hasil rujukan daripada top pick dalam Apple Store cik en. Tapi untuk maklumat atau info mengenai e-wallet ini, korang boleh baca di Best E-Wallet in Malaysia 2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2021/02/e-wallet-yang-selalu-digunakan-rakyat-malaysia.html