Ds Najib Pernah Tawarkan Malaysia Yang Gah Dan Makmur Cuma Rakyat Yang Memilih Malaysia Seperti Yang Ada Hari Ini


RAKYAT TIDAK MELIHAT APA YANG ADA JAUH DI HADAPAN DS NAJIB, TETAPI HANYA MEMILIH UNTUK MELIHAT DAN MENILAI APA YANG ADA DI SEKELILINGNYA...

Salah satu keistimewaan bekerja dengan perdana menteri adalah berpeluang untuk mendengar dengan telinga sendiri wawasan dan harapannya untuk negara.
Untuk mendapatkan ruang masa bersama Najib Razak, untuk “tangkap” moodnya untuk bercerita tentang falsafah dan wawasannya untuk Malaysia tidak mudah kerana beliau teramat sibuk, dan mana masa terluang beliau bermain golf (itu pun semakin jarang menuju Pilihan Raya Umum ke-14) dan berehat bersama keluarga.
Namun, saya berpeluang mendengar beliau menceritakan harapannya.
Pertama kali, selepas suatu mesyuarat di kediamannya, di mana hampir semua telah pulang dan tinggal hanya tinggal dua, tiga orang.
Berhubung Transformasi Nasional 2050, saya bertanya, “Tuan, bagaimana anda mahu melihat Malaysia pada 2050?”
Beliau menjawab, “Saya mahukan Kuala Lumpur menjadi bandar raya utama dunia, lengkap dari segi prasarana untuk semua penghuninya, mudah pergi kerja, mudah untuk beriadah.
 
“Saya mahukan rakyat bergaji tinggi, ini bermakna mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi (lebihan pendapatan untuk perbelanjaan tidak wajib); suatu populasi yang membaca, berbudaya tinggi, mengunjungi teater dan pameran seni, dan kita ada perkhidmatan kesihatan yang bertaraf dunia.
“Pentingnya Kuala Lumpur dibangunkan sebegitu kerana kita sudah melihat bagaimana New York, London, dan Tokyo menjadi pemangkin kepada pembangunan seluruh negara; sebuah bandar raya sebegitu akan menarik bakat-bakat yang terbaik yang bersaing untuk menjadi terbaik.
“Penting juga adanya institusi-institusi seni dan kebudayaan, muzium bertaraf dunia, dan taman-taman yang cantik lagi terkenal.
“Saya fikir kita mesti mengurangkan penggunaan tenaga fosil dan kereta seperti di Eropah; kereta api mesti menjadi pilihan rakyat yang pertama bila hendak melakukan perjalanan.
“Di mana landasan keretapi itu lalui, di situ akan ada pembangunan. Bagaimanakah AS berjaya menguasai wilayah baratnya? Mereka membukanya dengan membina landasan kereta api dari timur. Sebab ini juga saya mahukan Lebuh Raya Pan Borneo.”
Begitulah jauhnya pandangan Najib.
 
Kali kedua saya dapat bersamanya untuk suatu masa yang panjang adalah di dalam pesawat kerajaan dari Kuala Lumpur ke Langkawi – lebih kurang 45 minit.Pada masa itu, Najib menceritakan kesedihannya konsep 1Malaysia bagaikan tidak diserapi rakyat.
Katanya, “Untuk Malaysia menjadi negara maju, setiap bangsa dan suku kaum mesti menyumbang. Setiap orang ada kelebihan, kita perlu gemblengkan bakat dan kemahiran masing-masing untuk mencipta suatu sinergi yang sangat kuat, barulah kita boleh bersaing dengan berkesan.
“Tetapi untuk ini terjadi, mesti ada kefahaman dan kepercayaan antara kaum.”
Beliau menggeleng tunduk kepala beliau, sambil berkata, “Malangnya, ini sangat sukar untuk dilakukan sekarang.”
Begitulah pandangan Najib.
Menyentuh tentang Kuala Lumpur, Najib tidak menunggu. Usaha-usaha untuk menaikkan taraf Kuala Lumpur pun dimulakan; dengan kawasan sekitar Masjid Jamek, pembinaan semula Taman Tasik (dari belakang Muzium Negara sehingga Istana Selangor), pembinaan Transit Aliran Massa, pemulihan Transit Aliran Ringan dan lain-lain.
Saya masih ingat kata-kata beliau, “Semua ini bukan untuk saya. Saya tidak akan ada lagi pada masa itu tetapi ini untuk anak-anak kita, dan anak-anak mereka, untuk cucu saya dan cucu awak.”
Saya tidak akan lupakan kata-katanya.
Saiful Bahari Baharom adalah bekas pegawai khas kepada perdana menteri, Pejabat Perdana Menteri.

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.suaramelayubaru.xyz/2021/02/ds-najib-pernah-tawarkan-malaysia-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 312 hits
February 10 2021 Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berpendapat Malaysia tidak boleh mengikut tindakan New Zealand yang memutuskan hubungan peringkat tertinggi dengan Myanmar Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata kerajaan pada masa ini...
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

Parti Gerakan Rakyat Malaysia Sah Sertai Gabungan Perikatan Nasional Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat Malaysia sah menjadi parti politik terbaharu diterima menyertai gabungan Perikatan Nasional hari ini Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata perkara pihaknya menerima surat pengesahan yang ditandatangani P...
Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja Frontliner Makan

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja Frontliner Makan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 269 hits
Masyarakat kita sememangnya terkenal dengan sikap pemurah terutamanya buat mereka yang memerlukan dan juga kepada orang yang mereka terhutang budi Walaupun ada ketikanya bantuan itu tidak diminta namun orang kita pasti saja akan mencari jal...
Najib Persoal Laluan Hijau Covid Malaysia Indonesia

Najib Persoal Laluan Hijau Covid Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 280 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan pelaksanaan skim laluan hijau timbal balik Indonesia Malaysia bagi meningkatkan perdagangan antara kedua dua negara Menurut Najib laluan hijau Covid hanya membabitkan negara yan...
Walaupun Dilabel Sop Bebal 76 Rakyat Malaysia Menyokongnya

Walaupun Dilabel Sop Bebal 76 Rakyat Malaysia Menyokongnya

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 235 hits
Biarpun SOP untuk PKP semasa perayaan Tahun Baharu Cina diselar sebagai cela bodoh dan seumpamanya oleh Pemimpin politik baik Kerajaan mahupun Pembangkang namun 76 daripada rakyat Malaysia menyokong SOP tersebut menurut satu kaji selidik Da...
Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 227 hits
Melonggarkan tempoh kuarantin hanya selama tiga hari ke atas menteri yang pulang daripada lawatan di luar negara hanya membuka risiko yang lebih bahaya kata Najib Razak Bekas perdana menteri itu berpendapat keputusan terbaru kerajaan Perika...
16 Nama Nama Rekabentuk Emas Popular Yang Begitu Dekat Dengan Rakyat Malaysia

16 Nama Nama Rekabentuk Emas Popular Yang Begitu Dekat Dengan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 372 hits
Emas menjadi suatu pelaburan jangka masa panjang kebanyakan orang hari ini Semenjak PKP harga emas dikatakan melambung tinggi sampaikan kedai kedai emas di serata negeri dikerumum dan sentiasa dipenuhi orang yang berpusu membeli emas Tapi t...
Minit Mesyuarat Kabinet Najib Tak Pernah Sebut Nama Jho Low Saksi

Minit Mesyuarat Kabinet Najib Tak Pernah Sebut Nama Jho Low Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan 11 Feb 2021 2 30 pmSeorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa nama Low Taek Jho yang berkait dengan 1MDB tidak pernah dijumpai pada minit mesyuarat kabinet semasa pemerintahan bekas pe...
Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

Cuma Kawal Makan 7 Hari Tapi Turun 6kg Boleh Cuba Kaedah Diet Gm Sesuai Untuk Yang Nak Turun Berat Cepat

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 458 hits
Seminggu boleh turun 5kg 8kg Banyak tu Bagi yang perlu menurunkan berat badan dengan kadar cepat mungkin boleh cuba kaedah GM Diet ini Kaedah yang sama juga dicuba oleh Mied Majid sehingga berjaya menurunkan 6kg dalam masa seminggu Ini yang...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur