Dytm Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor Selaku Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat



Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke SAY ASPIRE Pitch Finale bertempat di Sunway Resort Hotel Petaling Jaya. SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.

Ini merupakan kali keempat program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui agensi baginda Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Program SAY ASPIRE edisi pada tahun ini bermula Mac sehingga Mei 2023 dan memberi impak kepada 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global. Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam.

Program SAY ASPIRE ini merupakan kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth Community, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh DYTM Raja Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa.

Usahawan-usahawan di Selangor hendaklah melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale. Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport:




Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda SelangorYBrs. Encik Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADEYBrs. Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME CorporationYBrs. Dr Nurliza Mohd Mydin, Ketua Pegawai Strategi EXIM BankYBrs. Puan Wan Norma Wan Daud, pakar eksport dari Malaysian Exports Academy

SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil.

Antara 10 syarikat yang telah bertanding pada SAY ASPIRE Pitch Finale Edisi Ke-4 adalah:
NO

NAMA SYARIKAT

PRODUK / PERKHIDMATAN

1

MY INNOVATIVE WELLNESS SDN BHD

Bijirin & snek sarapan sihat

2

GLOBAL HALTECH SDN BHD

Ujian kit halal

3

RESPECTED CITIZEN SDN BHD

Kosmetik

4

NIBOU INDUSTRIES (M) SDN BHD

Dadih, yogurt

5

ELMA FOOD MANUFACTURING SDN BHD

Kopi 3-dalam-1, minuman bijirin, yogurt

6

MGR MALAYSIA SDN BHD

Biskut & snek ringan

7

XIERRA HOLDING SDN BHD

Pakaian sukan

8

INAH RASA SDN BHD

Pes masakan

9

H&S DELIGHT (M) SDN BHD

Kiub masakan

10

PROSURV RESOURCES

Pes masakan

PEMENANG TEMPAT PERTAMA: HALTECH GLOBAL

Produk: Ujian Kit Halal



Global Haltech ialah kumpulan yang menawarkan “TOTAL HALAL TRADE EKOSISTEM”. Mereka menawarkan pendekatan yang sistematik dan mampan dengan menyepadukan latihan, ujian dan menyediakan alat perdagangan. Global Haltech juga berfungsi sebagai penyambung pasaran yang menghubungkan pengeluar FAR EAST dengan dunia.

Global Haltech memegang teguh slogan dan moto iaitu 'Trust but Verify', memfokuskan dan mengetengahkan kepada dunia konsep rantaian nilai halal "dari makmal ke rak".

PEMENANG TEMPAT KEDUA: MGR MALAYSIA SDN. BHD.

Produk: Biskut & Snek Ringan



Syarikat MGR MALAYSIA SDN BHD ditubuhkan bagi membangunkan komuniti membuat pendapatan sampingan dengan mengeluarkan produk-produk makanan ringan yang sedap dan berkualiti di bawah jenama CHEMILAN.


Ianya dibentuk bagi membantu orang ramai yang ingin mengubah hidup mereka dengan memperolehi pendapatan tambahan dengan pilihan produk TGC dan produk bermusim yang mudah dijual dengan modul latihan dan bimbingan yang terbukti berjaya membantu usahawan yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan menggunakan teknik ZERO COST MARKETING. Kini, telah mempunyai lebih 4000 Usahawan dibawah bimbingan dan tunjuk ajar mereka.


PEMENANG TEMPAT KETIGA: H&S DELIGHT (M) SDN BHD

Produk: Kiub Masakan



Jenama H&S Delight (M) Sdn Bhd menggunakan 'Delish' adalah singkatan dari 'Delicious' yang bertujuan untuk menawarkan kepada pengguna global rangkaian produk makanan yang lazat lagi selamat, sihat dan berkhasiat dengan menggunakan teknologi makanan inovatif dan kreatif terkini



Tagline syarikat 'Global Brand, Local Taste' adalah selaras dengan Visi dan Misi untuk menjadi jenama global dari segi produk makanan berkualiti tinggi dan keselamatan yang memenuhi piawaian dan pensijilan antarabangsa. Pada masa yang sama mempromosikan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai pendekatan model perniagaan.

KATA ALONGMURNI

Tahniah AM ucapkan buat para pemenang yang terpilih dalam program SAY ASPIRE Pitch Finale. Secara peribadi AM sendiri merasakan 10 syarikat yang bertanding masing masing punyai potensi dan kekuatan WOW faktor tersendiri. Semestinya Program SAY ASPIRE ialah satu program pengembangan perniagaan untuk syarikat sedia eksport untuk menembusi pasaran luar negara melalui pembangunan perniagaan dan strategi eksport dengan matlamat akhir untuk melahirkan juara global dan memperbesar impak sosial. AM berharap program seumpama ini akan berterusan dalam menggalakkan dan memberi impak positif dalam pertumbuhan ekonomi negara.




 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/05/DYTM-Raja-Muda-Selangor-Perkenan-Menobatkan-3-Usahawan-Selangor-Selaku-Pemenang-Program-SAY-ASPIRE.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Menarik Di Jom Heboh Selangor Generasi Muda Shah Alam 2023

Aktiviti Menarik Di Jom Heboh Selangor Generasi Muda Shah Alam 2023

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 374 hits
Karnival Jom Heboh kembali untuk edisi tahun 2023 dan menjadi lebih bermakna apabila turut meraikan sambutan ulang tahun TV3 yang ke 39 Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda akan diadakan tiga hari berturut turut bermula 2 Jun hingga 4 ...
Good Virtues Co Bersama Uitm Bimbing Usahawan Muda Ke Dunia Sebenar

Good Virtues Co Bersama Uitm Bimbing Usahawan Muda Ke Dunia Sebenar

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 279 hits
Baru baru ini jenama penjagaan peribadi halal terkemuka Good Virtues Co bersama Universiti Teknologi Mara telah menjalankan program Do Good Challenge bagi memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran usahawan dunia sebenar ...
Senarai Juara Pemenang Dangdut Akademi Asia Dari Musim 1 Sekarang

Senarai Juara Pemenang Dangdut Akademi Asia Dari Musim 1 Sekarang

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 334 hits
D Academy Asia adalah sebuah program tv nyanyian dangdut yang diikuti oleh peserta dari beberapa negara di Asia yaitu Indonesia Malaysia Brunei Darussalam dan Singapura Sepanjang dianjurkan dari tahun 2015 Program D Academy Asia ini banyak ...
Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 288 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jemaah Menteri mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan berhubung penggunaan kalimah Allah kepada Majlis Raja Raja kata Anwar Ibrahim Perdana menteri dalam kenyataan berkata keputusan...
Tugasan Harian Sebagai Usahawan Kedai Kopi

Tugasan Harian Sebagai Usahawan Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 413 hits
Sebagai seorang usahawan kedai kopi tugasan harian anda mungkin akan melibatkan beberapa perkara berikut 1 Membuka Kedai Datang ke kedai awal pagi untuk membuka kedai memeriksa stok kopi dan bahan bahan lain yang diperlukan untuk menyediaka...
Bangkitnya Usahawan Kerana Richworks

Bangkitnya Usahawan Kerana Richworks

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 314 hits
Bangkitnya Usahawan Kerana RichWorks Salam uolls Ty rasa semua pembaca blog sedia maklum yang negara kita sejak dua menjak ini dilanda dengan pelbagai jenis ujian Dari datangnya virus Covid 19 yang sudahpun memakan hamper 2 3 tahun dan pali...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi