Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel


Duta Palestin ke Malaysia H E Walid Abu Ali berucap ketika Majlis Pelancaran Kempen #WeAreAllMary Gerakan Solidariti untuk Pembebasan Wanita Al-Quds semalam. — Foto oleh Bernama

KUALA LUMPUR — Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata suara lantang Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dan negara di seluruh dunia bagi memperjuang nasib rakyat negara itu.

“Saya secara peribadi sedih melihat bagaimana Malaysia dan Dr Mahathir dibiarkan bersendirian berhubung isu baru-baru ini, yang mana, malangnya, turut menyaksikan negara-negara Arab lain turut mendiamkan diri dalam perkara itu.

Loading...

“Ini tidak sepatutnya berlaku, jadi saya berharap mereka yang percayakan demokrasi, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa untuk (sekurang-kurangnya) tampil ke hadapan dan menunjukkan solidariti dengan Malaysia dan pemimpinnya.

“Saya harap kita dapat elakkan ‘double standards’ apabila timbul isu Israel dan Palestin.”

Duta itu berkata demikian kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan perenang Israel mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Walid ditemui di luar pelancaran kempen #WeAreAllMarry, anjuran bersama Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) serta Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), yang berlangsung di sini semalam.

Walid merasmikan kempen global itu, yang dipelopori sebuah organisasi berpangkalan di Turki, The International Union of Al-Quds Cultural Education and Research (UKAED), yang menyaksikan penyertaan lebih 30 negara termasuk Indonesia, Brazil, Kenya, Kanada, United Kingdom, Pakistan dan Rusia.

Mengulas hubungan dua hala, Walid berkata rakyat Palestin sentiasa berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap perjuangan Palestin selama tujuh dekad.

Di bawah kepimpinan semasa Dr Mahathir, yang beliau sifatkan sebagai tegas dalam menonjolkan isu Palestin, Walid juga berkata sokongan pendidikan adalah satu daripada tonggak utama bagi hubungan dua hala.

Merujuk kempen #WeAreAllMarry yang menggariskan satu projek bagi menyediakan biasiswa pendidikan kepada sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin dalam kalangan negara peserta, Walid berkata beliau bersyukur dengan usaha yang ditunjukkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang bekerja dengan penuh dedikasi untuk Palestin.

“Malaysia sentiasa menjadi penyokong kuat, secara politik, kepada Palestin. Mereka sentiasa menunjukkan solidariti mereka di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Tiada sebarang keraguan tentang perkara ini.

“Tonggak kedua ialah sokongan pendidikan. Kami mempunyai kira-kira 2,000 pelajar Palestin di universiti-universiti Malaysia, di semua peringkat.

“Mereka diberikan layanan yang sama dengan rakyat Malaysia. Di sinilah Malaysia sekali lagi menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin.

“Oleh kerana kami benar-benar yakin bahawa pendidikan adalah alat untuk membebaskan Palestin, maka di mana sahaja kami berada, kami akan berusaha mencari pendidikan dan kami amat bersyukur atas sokongan yang telah diberikan kepada kami, setakat ini,” katanya.

Pada Isnin malam, menerusi satu posting blog yang keras bertajuk ‘A Genocidal State,’ Dr Mahathir berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang perlu dikecam.

“Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. 

“Keganasan  bukanlah satu jawapan. Satu strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin,” kata perdana menteri dalam posting di blognya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/duta-palestin-sedih-hanya-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 469 hits
Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat ...
Tun Mahathir Jawab Mengapa Benarkan Israel Masuk Malaysia Tahun 1997

Tun Mahathir Jawab Mengapa Benarkan Israel Masuk Malaysia Tahun 1997

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 595 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sekali lagi mempertahankan pendirian Putrajaya mengharamkan kemasukan atlet Israel untuk mengambil bahagian dalam acara sukan di Malaysia Kata Tun Mahathir pendiriannya berhubung konflik Pa...
Dr Mahathir M Sia Kutuk Israel Tapi Bukan Anti Yahudi

Dr Mahathir M Sia Kutuk Israel Tapi Bukan Anti Yahudi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 367 hits
Tetapi kami berhak untuk mengutuk tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan menindas di mana mana pun juga oleh sesiapa sahaja jelas perdana menteri
Ucapan Tun Mahathir Membuatkan Wajah Pm Israel Berubah Menjadi Merah Menyala Di Mesyuarat Pbb

Ucapan Tun Mahathir Membuatkan Wajah Pm Israel Berubah Menjadi Merah Menyala Di Mesyuarat Pbb

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 566 hits
Muka PM Israel merah padam dengar ucapan ini Raja raja Arab tunduk buat buat tak nampak sebab malu negara mereka yang lagi kaya dan kuat pun tak berani cakap macamni Singa Umat Islam sudah kembali VIDEO ADA DI TENGAH ARTIKEL Ucapan Tun M am...
Israel A Criminal State That Deserves To Be Condemned Dr Mahathir

Israel A Criminal State That Deserves To Be Condemned Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR As he highlighted the cruelties inflicted against the Palestinians Tun Dr Mahathir Mohamad said Israel is a criminal state that deserves to be condemned I appeal to those who sympathise with the Palestinian cause to voice their...
Walaupun Di Sebelah Masjid Mahathir Membalun Najib Dengan Mengatakan Najib Sama Penyangak Macam Israel Viral Hancing

Walaupun Di Sebelah Masjid Mahathir Membalun Najib Dengan Mengatakan Najib Sama Penyangak Macam Israel Viral Hancing

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 427 hits
Begitulah cara seorang Perdana Menteri tua melepaskan geram terhadap Najib Razak begitu amarah terhadap Najib sehingga di hari Jumaat yang mulia ini tidak lekang bahasanya menuduh najib perompak penyamun penyangak serta pencuri Begitu marah...
Tun Mahathir Kata Israel Penyangak Sama Macam Najib

Tun Mahathir Kata Israel Penyangak Sama Macam Najib

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 424 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Farhan NajibPengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya hari ini di Cameron Highlands hari ini menyamakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Israel Masa Najib dulu saya na...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 434 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Ulama Dedah Kenapa Mahathir Ditakuti Israel Dan Barat

Ulama Dedah Kenapa Mahathir Ditakuti Israel Dan Barat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 923 hits
Dr Mahathir bin Mohamad seorang tokoh yang tidak asing dalam dunia politik sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa Pernah menjawat jawatan Perdana Menteri terlama Malaysia sejak 1981 hingga 2003 dan kini selagi lagi terpilih sebaga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti