Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir


Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.“
“Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar  menyuarakan kecaman mereka. Keganasan bukanlah satu jawapan. Satu Strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam satu posting di blognya pada Isnin.
Tunjuk perasaan dalam memperingati pembunuhan Mustafa Tamimi, Nabi Salih, Tebing Barat (16 Disember 2011). (Foto: Oren Ziv) Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun  dikritik oleh mereka yang bercakap mengenai kebebasan dari ketidakadilan dan ‘kedaulatan undang-undang’.
“Israel seperti ada hak istimewa. Jika ada pihak mengkritik Israel ataupun holocaust, dia akan terus dilabelkan sebagai anti Yahudi. Memberi implikasi orang itu tidak berperikemanusiaan ataupun tidak bermoral.Tetapi tindakan tidak berperikemanusiaan secara terang-terangan yang dilakukan Israel tidak dikutuk,” katanya.

Malaysia bukan anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata beliau, sambil menyatakan orang Arab juga adalah kaum Semitik.
“Tetapi kita berhak untuk mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan di mana-mana, oleh sesiapa sahaja. Kita telah mengutuk rakyat Myanmar atas perbuatan mereka terhadap Rohingya. Kita mengkritik banyak negara dan orang atas perbuatan tidak berperikemanusiaan.
Dr Mahathir selar Suu Kyi dalam isu pembunuhan beramai-ramai tentera Myanmar ke atas Muslim Rohingya. (Foto: AFP) “Ramai orang dan banyak negara telah mengutuk kita. Tetapi kita tidak pernah dilabelkan atau melabel orang yang bersuara perkara benar dalam dunia yang bebas,” kata Dr Mahathir.
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah membatalkan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos di Kuching selepas Malaysia menyatakan pendirian tidak akan membenarkan atlet Israel menyertainya.
Bendera Malaysia berkibar megah di Gaza sebagai tanda penghargaan penduduk negara itu terhadap keputusan Malaysia mengharamkan kemasukan atlet Israel. “Malaysia halang dua atlet Israel – AS mengharamkan rakyat lima negara Islam dan merancang untuk membina tembok menghalang rakyat Amerika Selatan.
“Hungary, Poland dan Republik Czech mengharamkan kemasukan pelarian. Perdana Menteri Hungary Viktor Orban merujuk pelarian Syria sebagai ‘Muslim Penceroboh’,” katanya merujuk situasi sekarang yang tidak munasabah.

Menyedari tentang sokongan kuat terhadap Israel, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh melawan Israel selain enggan mengiktirafnya, tetapi menyatakan Kuala Lumpur mempunyai hak untuk menghalang kemasukan rakyat Israel ke negara ini.
“Apabila dunia mengutuk kita kerana perkara ini, kita berhak untuk mengatakan dunia kini bersikap hipokrit. Laungan mereka mengenai hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang hanyalah omong  kosong,” kata Perdana Menteri.
Kepada mereka yang terlupakan sejarah, Dr Mahathir mengingatkan mereka Israel wujud dari sekeping tanah Palestin tanpa sebarang referendum atau pungutan suara diadakan, dengan rakyat Palestin dihalau dari bumi Palestin tanpa sebarang pampasan untuk tanah dan rumah yang dirampas oleh Israel.
Katanya, Israel kemudiannya merampas lebih banyak tanah Palestin supaya Israel menjadi lebih besar, membina lebih banyak penempatan di bumi Palestin tanpa persetujuan negara Palestin.
Pemuda Palestin membaling batu ke arah polis Israel semasa pertempuran di Baitulmuqaddis Timur. (Foto: Times of Israel) “Apabila rakyat Palestin menentang dan melemparkan batu ke arah kereta kebal dan kereta perisai Israel, askar Israel menembak menggunakan peluru hidup terhadap anak-anak Palestin dan menangkap mereka. Mereka ditahan bertahun-tahun tanpa dibicarakan,” katanya.
Dr Mahathir merujuk kepada sekatan secara haram terhadap Gaza, tetapi tidak ada negara yang mengutuk Israel kerana melanggar undang-undang dan tatasusila antarabangsa.
“Kini Israel isytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara mereka. Apabila rakyat Palestin menampar tentera Israel, mereka ditembak mati dan ramai yang ditahan,” katanya sambil menambah rakyat Palestin tidak boleh melawat saudara mereka tanpa terlepas daripada pemeriksaan yang memalukan di pelbagai pusat pemeriksaan yang dibina Israel.

Apabila orang Palestin melepaskan roket yang tidak berkesan ke arah Israel, beliau berkata, Israel akan menggugurkan bom dan menembak peluru berpandu ke arah bandar-bandar dan perkampungan Palestin, menghancurkan sekolah dan hospital serta membunuh dan mencacatkan pesakit dan kanak-kanak.
Katanya, beribu-ribu rakyat Palestin telah dibunuh atau cedera akibat tindakan ketenteraan.
Penduduk Palestin melarikan diri selepas tentera Israel melepaskan gas ketika pertempuran di sempadan Semenanjung Gaza, di utara Jabalia, pada Mei lalu. (Foto: AFP) Semua ini, katanya, adalah jawapan kenapa Malaysia tidak mengiktiraf Israel, tidak mempunyai hubungan diplomatik, tidak membenarkan rakyat Malaysia melawat Israel ataupun sebaliknya.
“Inilah satu-satunya negara di dunia yang dilayan Malaysia seperti ini,” kata Dr Mahathir. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/israel-wujud-dari-sekeping-tanah-palestin-tun-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Tun Mahathir Membuatkan Wajah Pm Israel Berubah Menjadi Merah Menyala Di Mesyuarat Pbb

Ucapan Tun Mahathir Membuatkan Wajah Pm Israel Berubah Menjadi Merah Menyala Di Mesyuarat Pbb

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 571 hits
Muka PM Israel merah padam dengar ucapan ini Raja raja Arab tunduk buat buat tak nampak sebab malu negara mereka yang lagi kaya dan kuat pun tak berani cakap macamni Singa Umat Islam sudah kembali VIDEO ADA DI TENGAH ARTIKEL Ucapan Tun M am...
Tun Mahathir Jawab Mengapa Benarkan Israel Masuk Malaysia Tahun 1997

Tun Mahathir Jawab Mengapa Benarkan Israel Masuk Malaysia Tahun 1997

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 597 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sekali lagi mempertahankan pendirian Putrajaya mengharamkan kemasukan atlet Israel untuk mengambil bahagian dalam acara sukan di Malaysia Kata Tun Mahathir pendiriannya berhubung konflik Pa...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 440 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 603 hits
PUTRAJAYA Dia nak batal batallah Itu jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas Malaysia memutusk...
Israel Tuduh Tun Mahathir Anti Semitisme Larang Kemasukan Atletnya Bertanding

Israel Tuduh Tun Mahathir Anti Semitisme Larang Kemasukan Atletnya Bertanding

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 342 hits
Israel menuduh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad anti semitisme melampau selepas beliau melarang atlet Israel daripada bersaing dalam acara yang melayakkan mereka untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Malaysia didakwa enggan memberik...
Tun Mahathir Kata Israel Penyangak Sama Macam Najib

Tun Mahathir Kata Israel Penyangak Sama Macam Najib

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 428 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Farhan NajibPengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya hari ini di Cameron Highlands hari ini menyamakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Israel Masa Najib dulu saya na...
Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

Israel Negara Penjenayah Kami Tidak Mahu Penjenayah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 494 hits
Israel negara penjenayah kami tidak mahu penjenayah Tun Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Israel BACA Kata Perdana Menteri setiap negara mempunyai hak untuk membenarkan...
Donald Trump Sekat Warga Mexico Apa Salah Kita Sekat Warga Israel Tun Mahathir

Donald Trump Sekat Warga Mexico Apa Salah Kita Sekat Warga Israel Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 369 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilapor mempertahankan pendirian Malaysia mengharamkan kemasukan Atlet Israel sambil membandingkan tindakan itu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang membina tembok tinggi sepanj...
Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

Berita Dari Austria Tun Mahathir Dedahkan Kepada Dunia Barat Israel Sebenarnya Adalah Penjenayah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 487 hits
Lepas kecam di Oxford Tun Mahathir gemparkan lagi dunia barat di Austria apabila beritahu yang Israel adalah penjenayah buatkan wartawan sana terus terkedu Baca selanjutnya ISRAEL ADALAH PENJENAYAH DAN MALAYSIA TAK MAHU ADA URUSAN Perdana m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids