Durian Duri Hitam Paling Mahal



Durian duri hitam paling mahal
Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun harga durian tidak terjejas malah terus naik dengan menyaksikan durian duri hitam (black thorn) merekodkan harga paling tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mohamad Mustahapa Awang berkata, pada masa ini harga runcit purata durian duri hitam adalah RM86 sekilogram diikuti durian musang king de­ngan harga RM61.65 sekilogram.
“Berdasarkan harga purata menyaksikan durian duri hitam naik kepada RM86 pada Jun tahun ini berbanding RM68 pada Jun tahun lalu, dengan harga ini tiga biji durian duri hitam yang berat sebiji dua kilogram mencecah lebih RM500.
“Antara faktor durian itu harganya tinggi adalah kerana tidak banyak pengeluaran di mana kebun besar yang menghasilkan durian duri hitam, pada masa ini hanyalah di Kulim Bandar Baharu, jadi ramai yang ingin mencubanya,” katanya di sini semalam.
Tambahnya, berdasarkan pemerhatiannya bentuk buah durian duri hitam yang sempurna membuatkan buah ber­kenaan nampak cantik dan menjadi pilihan orang ramai.
Menurut Mohamad Mustahapa, durian musang king yang berada di tempat kedua merekodkan harga purata RM61.65 sekilogram pada Jun tahun ini berbanding RM46 pada Jun tahun lalu.
“Sehingga Jun lalu durian udang merah berada di tempat ketiga dengan harga purata RM40.50 sekilogram diikuti durian IOI (RM33.95), durian D24 (RM32.80) dan durian kampung dengan harga purata RM17.60 sekilogram,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, harga raja buah itu juga bergantung kepada pengeluaran di satu-satu kawasan yang me­nyaksikan harga akan turun sekiranya berada di puncak pengeluaran.
Tambahnya meskipun berlaku kenaikan harga berban­ding tahun lalu, namun harga raja buah itu dilihat masih belum mencapai tahap maksimum dan permintaan terus meningkat dari semasa ke semasa.
“Berdasarkan pemerhatian saya di Raub baru-baru ini saya lihat harga buah durian musang king tidaklah tinggi sangat apabila dijual dengan harga RM35 sekilogram, mungkin di sesetengah tempat yang tidak banyak durian ini harganya akan tinggi.
“Jadi sebagai pengguna kita perlu bijak memilih membeli buah durian yang ditawarkan dengan harga berpatutan,” ujarnya. K Online
Durian duri hitam paling mahal
Baca Artikel Menarik :
Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow Resepi asam pedas ikan pari Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19 Layari Laman Facebook MYKMU
Kibar #BenderaPutih Jika Perlu Bantuan

The post Durian duri hitam paling mahal appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/29/durian-duri-hitam-paling-mahal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balikpulau Durian Duri Hitam Rm400 Jadi Rebutan Ahli Perniagaan

Balikpulau Durian Duri Hitam Rm400 Jadi Rebutan Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 439 hits
PEKEBUN durian Tan Chee Keat memerhatikan durian duri hitam di dusunnya di Titi Serong Balik Pulau Pulau Pinang Adakah anda sanggup berbelanja sehingga RM400 hanya untuk sebiji durian Black Thorn atau lebih popular dikenali sebagai duri hit...
Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 652 hits
Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata mata Ini kisah benar dan benar benar berlaku Alamak saspens la pula Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit Di halaman rumah saya ada di...
Akmal Ketua Paling Lemah Dan Tidak Efektif Dalam Sejarah Amk

Akmal Ketua Paling Lemah Dan Tidak Efektif Dalam Sejarah Amk

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi dan beberapa bekas pemimpin lain yang dipecat membidas Akmal Nasir ialah Ketua Pemuda parti itu yang paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah sayap berkenaan Ini menyusul rombakan pu...
Yang Hampir Paling Layak Rafizi

Yang Hampir Paling Layak Rafizi

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 352 hits
Kj dan Nurul masing ada fakta sejarah mempertahan kemungkaran tidak berani bercakap benar Politik Malaysia Tak AKAN Aman jika PM seseorang yang banyak isu peribadi dari segi akhlak dan amanah Sekurang kurangnya Kj kini berani mempersoalkan ...
1 Jam Video Call Mana Yang Guna Data Internet Paling Banyak Google Meet Zoom Atau Microsoft Teams

1 Jam Video Call Mana Yang Guna Data Internet Paling Banyak Google Meet Zoom Atau Microsoft Teams

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 984 hits
MAKAN DATA INTERNET PALING BANYAK Dengan berkembang majunya PdPR versi wajib nampak muka wajib dengar suara maka abam kongsikan 3 platform video call yang menjadi pilihan ramai Dan berapa banyak data Internet yang digunakan untuk 1 jam puny...
Jom Kenali Budak Yang Mendapat Gelaran Paling Cantik Di Dunia

Jom Kenali Budak Yang Mendapat Gelaran Paling Cantik Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 461 hits
Gadis ini baru sahaja berusia 10 tahun namun memiliki rupa paras yang sangat cantik dan menawan Dia mendapat jolokan kanak kanak tercantik di dunia wajahnya sebelum ini sering menjadi ikon dan juga model untuk jenama terkenal dunia seperti ...
Penyanyi Hidu Bunga Wangi Tidak Sengaja Racuni Diri Dengan Narkotik Paling Menakutkan

Penyanyi Hidu Bunga Wangi Tidak Sengaja Racuni Diri Dengan Narkotik Paling Menakutkan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 264 hits
Ramai orang yang memang pantang apabila jumpa bunga pasti benda pertama yang mereka lakukan adalah untuk cuba menghidu jika bunga tersebut mempunyai bau yang wangi walaupun mereka sedar bunga yang mereka hidu hanyalah bunga hiasan plastik
Vaksin Paling Terbaik Untuk Penyakit Hati Ustaz Syamsul Debat

Vaksin Paling Terbaik Untuk Penyakit Hati Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 312 hits
Vaksin Paling Terbaik Untuk Penyakit Hati Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
5 Resipi Mudah Untuk Sarapan Minum Petang Paling Senang Guna 2 Bahan Saja Tau

5 Resipi Mudah Untuk Sarapan Minum Petang Paling Senang Guna 2 Bahan Saja Tau

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 508 hits
Kadang kadang buntu bila memikir tentang juadah sarapan mahupun minum petang Kalau boleh biarlah yang mudah dan cepat kerana boleh menjimatkan masa Jadi ini adalah lima variasi untuk idea nak sarapan atau minum petang untuk anda ROTI COKLAT...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Pusing Pusing Cuci Mata Dalam Sunway Pyramid

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Keputusan Afc Champions League Elite 2025 2026 Jdt Lawan Shanghai Shenhua 5 November 2025

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Best Low Carb Meat Recipes

Ulasan Buku Anekdot Jalanan Oleh Zainal Rashid Ahmad

Apakah Yang Akan Menyelamatkan Euro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Kotak Drawer Custom Sentuhan Mewah Untuk Produk Eksklusif Anda

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

What Your Gym Shirt Says About You

Pasukan Bola Kalah Pun Nak Mengamuk Apa Punya Dungu