Harga Durian Mahal Nekad Tanam Sendiri Durian Kunyit Di Halaman Rumah
Ini bukan lakonan atau cerita rekaan semata-mata. Ini kisah benar dan benar-benar berlaku. Alamak saspens la pula. Aksi dalam gambar itu menunjukkan saya sedang menggemburkan tanah pada sebatang pokok durian kunyit. Di halaman rumah saya ada ditanam sebanyak 3 batang pokok durian kunyit. Ketinggian ketiga-tiga pokok tersebut sudah melepasi ketinggian saya sendiri
Banyak juga pokok menjalar yang sesuka hati memanjat pokok durian ini. Kalau tidak dibuang, boleh penuh nanti pokok durian ini dengan pokok menumpang. Mungkin boleh juga disebut sebagai tetamu yang tidak diundang
Alang-alang sudah dibersihkan bahagian perdunya, kita siram dengan sedikit air baja. Siraman kasih-sayang ini diharap dapat menyuburkan pokok durian kunyit ini. Kalau tak silap, usianya sudah melewati 3 tahun. Panjang umur dan murah rezeki harap-harap pokok ini berbuah nanti
Kalau dapat diperhatikan, itulah sebaris 3 batang pokok durian kunyit. Dua sudah siap digemburkan tanah, tinggal sepohon lagi dihujung sana. Berpeluh juga dibuatnya merumput dan menyangkul walaupun tidak banyak
Eh sudah berbuahkah pokok durian saya? Ini gambar buah durian kunyit yang dibeli di kedai. Sebiji buah durian kunyit ini harganya RM32. Makan seorang pun tidak cukup, apatah lagi kalau hendak makan satu keluarga. Harga durian sekarang antara RM25 hingga RM30 sekilogram. Kalau tidak mengidam, rasanya boleh tangguhkan dulu keinginan itu. Saya sendiri sudah beberapa kali terkena membeli durian yang berjenama seperti Musang King, IOI, dan seumpamanya yang tidak memuaskan hati. Kadang-kadang isi dan rasa tidak setanding dengan harga. Maklumlah, isi dalam kulit kita bukannya nampak
Durian belum berbuah, kita makan ubi kayu dululah. Besar sungguh ubi kayu berhampiran pokok durian ini. Sayangnya ubi ini macam sudah lama dan tidak boleh dimakan. Pokok ubi kayu yang tidak ditanam ini subur pula ia. Sekian dulu cerita pasal pokok durian kunyit. Kalau panjang umur dan pokok durian ini berbuah nanti, saya akan masukkan postnya di blog ini suatu masa nanti
Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaramida7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kembaraminda7.com/2021/07/harga-durian-mahal-nekad-tanam-sendiri.html