Dulu Tolak Vaksinasi Sekarang Mahu


 

Dulu tolak vaksinasi, sekarang mahu . ISU menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan rakyat terus menjadi perdebatan semua pihak.
Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di negara-negara lain juga.
Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini bersifat tegas menolak vaksinasi dengan pelbagai alasan tetapi kini telah menerimanya bagi memastikan imuniti kelompok berjaya dicapai.
Untuk rekod, lebih 15 juta dos vaksin Covid-19 pertama dan kedua diberikan kepada rakyat negara ini dengan kira-kira 300,000 dos setiap hari.
Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai imuniti kelompok sebelum tahun 2022.
Sinar Harian memaparkan berita beberapa individu yang sebelum ini menilai vaksinasi tetapi akhirnya mengubah fikiran.
Menariknya, mereka yang sebelum ini menolak vaksin akhirnya telah melengkapkan suntikan imunisasi mereka.
 
KISAH 1
Tiga kali Nor Rabiah tolak vaksin kerana takut
KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan swasta di sini mendakwa pernah menolak tiga kali panggilan menerima vaksin Covid-19 kerana ‘takut’ dan terpengaruh dengan khabar angin tentang suntikan tersebut.
Nor Rabiah Mohamad, 40, dari Kampung Panji Alam di sini mengakui semua itu dilakukan atas faktor kurangnya maklumat tepat mengenai kesan suntikan vaksin Covid-19 terhadap individu berpenyakit sepertinya.
“Ketika dapat panggilan suntikan, saya bagi macam-macam alasan kerana bimbang jadi apa-apa lepas disuntik. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai cerita tidak baik mengenai vaksin dipaparkan dalam media sosial,” katanya pada Rabu.
Dia yang mempunyai ketumbuhan di kepala sejak empat tahun lalu berkata, kegusaran terhadap vaksin terpadam selepas doktor pakar yang merawatnya memaklumkan kebaikan vaksinasi sebagai ikhtiar mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, keyakinannya bertambah apabila kedua ibu bapanya yang menghidap penyakit kencing manis sudah menerima vaksin tanpa sebarang kesan sampingan.
 
KISAH 2
Terpengaruh dakyah vaksin ada kaitan agenda agama
SHAH ALAM – Terpengaruh dengan dakyah yang mendakwa vaksin Covid-19 ada kaitan dengan agenda keagamaan menyebabkan orang ramai tidak berani mendapatkan suntikan imunisasi, namun berubah fikiran selepas melihat kadar kematian meningkat.Seorang pekerja swasta, Siti Nur Shafiqah Che Mazlan, 22, mengakui pada awalnya dia sangsi terhadap kebolehupayaan vaksin tersebut dan percaya ia memberi kesan sampingan yang memudaratkan.
“Pada mulanya saya tidak memang percaya suntikan vaksin boleh menghindarkan Covid-19.
“Saya merasakan Covid-19 dan vaksin itu hanyalah agenda Yahudi atau orang bukan Islam untuk memecah-belahkan umat Islam,” katanya.
Bagaimanapun, Siti Nur Shafiqah berkata, dia berubah fikiran setelah melihat kadar kematian dalam negara semakin meningkat akibat pandemik tersebut.
Menurutnya, dengan menerima suntikan vaksin itu, dia berharap dapat pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarganya.
“Saya sudah setahun tidak pulang ke kampung untuk bertemu ibu dan ayah. Saya mengambil vaksin dengan harapan dapat pulang ke kampung.
“Saya sudah penat duduk di rumah. Saya ingin keadaan menjadi seperti dulu di mana kita boleh berjalan ke mana saja tanpa perlu risau akan sebarang risiko,” katanya yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.
Siti Nur Shafiqah berkata lagi, proses penerimaan di pusat penerimaan vaksin (PPV) berjalan lancar, malah pihak petugas kesihatan sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) efisien dan teratur.
 
KISAH 3
Mula dulu berasa ragu-ragu
IPOH – Kerana mahu terus bekerja dengan selamat dan dapat pulang ke kampung, seorang lelaki yang dahulunya ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin kini mengakui tidak sabar untuk menerima suntikan berkenaan.
Din menunjukkan pendaftaran vaksin yang dibuat menerusi aplikasi MySejahtera pada Mei lalu dan masih menunggu janji temu suntikan berkenaan.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 34, berkata, pada awal kempen suntikan vaksin, dia rasa ragu-ragu setelah mendengar dan membaca mengenai keberkesanan vaksin yang dihasilkan.
Menurutnya, berita negatif mengenai kematian selepas menerima vaksin dan keberkesanan mencegah virus Covid-19 mempengaruhi kepercayaannya.
“Ada pelbagai cerita negatif kerana maklumat yang disampaikan tidak konsisten. Pada saya, kenapa nak ambil vaksin kalau boleh dijangkiti semula dan berdepan risiko kematian.
“Apabila difikirkan banyak perkara atau aktiviti terhalang kalau tak ambil vaksin, nak pergi ke mana-mana pun susah, lebih baik ambil sahaja,” katanya.
 
KISAH 4
Takut ambil vaksin sebab berpenyakit
KUALA LUMPUR – “Pada awalnya, saya takut untuk ambil vaksin sebab ada penyakit jantung, namun menerimanya dengan tenang selepas mendapat nasihat doktor,” kata Md Sairudin Deraman, 50.
Peniaga kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang itu mengakui pada peringkat awal berasa berbelah bahagi walaupun mendaftar untuk menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Saya akui agak sukar untuk terima vaksinasi pada peringkat awal tetapi kini persepsi itu berubah selepas diberi informasi tepat daripada pakar,” katanya.
Md Sairudin sebelum ini selesai mengambil dua dos vaksin Covid-19 pada 1 dan 22 Jun lalu di Hospital Machang, Kelantan, kini lebih yakin untuk melakukan aktiviti rutin di rumah atau di luar rumah.
Dulu tolak vaksinasi, sekarang mahu Baca Artikel Menarik :
Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO] Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO] Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat Layari Laman Facebook MYKMU

SPRM nafi tuduhan ke atas Syed Saddiq pertuduhan bermotif politik

The post Dulu tolak vaksinasi, sekarang mahu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/22/dulu-tolak-vaksinasi-sekarang-mahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkembangan Blog Yang Dulu Hinggalah Sekarang

Perkembangan Blog Yang Dulu Hinggalah Sekarang

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 272 hits
Perkembangan blog yang dulu hinggalah sekarang Hai semua Pernah tak korang terfikir kenapa blog korang mampu bertahan sampai sekarang Setiap blog pasti ada kelebihan dan kekurangan masing masing Itu terpulang pada setiap blogger untuk buat ...
Musang King Raub Dulu Buat Karnival Sekarang Ditebang

Musang King Raub Dulu Buat Karnival Sekarang Ditebang

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 271 hits
Maka benarlah kata l Ketua Persatuan Pencinta Alam Pahang Noor Jehan Abu Bakar melalui Sinar hari ini yang berkata ada dalang dari dalam yang menghalalkan penerokaan dan pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini Perasua...
Asyik Berpolitik Turun Lah Padang Dulu Kutuk Khaled Samad Sekarang Apa Macam Tanah Kampung Baru Macamana

Asyik Berpolitik Turun Lah Padang Dulu Kutuk Khaled Samad Sekarang Apa Macam Tanah Kampung Baru Macamana

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 218 hits
Annuar tolonglah turun padang Ahli Parlimen tak setuju penutupan pasar pagi di KL July 17 2021 PETALING JAYA Ahli Parlimen menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa turun padang dan melihat sendiri keadaan perniagaan kecil khususnya ...
Laporan Harakahdaily Dulu Dan Sekarang Berkaitan Ku Nan

Laporan Harakahdaily Dulu Dan Sekarang Berkaitan Ku Nan

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 252 hits
AKHBAR INI AKAN MELINGKUP JUGA SEBAGAIMANA TERJADI KEPADA UTUSAN MALAYSIA DAN NASIB PEKERJANYA W FAUDZIN Tersiar dulu berita tentang kekayaan Ku Nan dalam Harakahdaily Waktu itu parti lebai hebat mewar warkan kekayaan Ku Nan Maklumlah musuh...
Hiburan Dulu Bau Gucci Sekarang Bau Hanyir Ayam Amelina Gigih Cari Rezeki Jual Nasi Ayam

Hiburan Dulu Bau Gucci Sekarang Bau Hanyir Ayam Amelina Gigih Cari Rezeki Jual Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 280 hits
Ratu dangdut terkenal Amelina kini dilaporkan tidak menang tangan menguruskan perniagaan menjual Nasi Ayam Rindu serta Nasi Minyak Asyik sebagai alternatif mencari pendapatan sampingan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kini BACA Adverti...
Sekarang Najib Nak Jadi Hero Dulu Kenapa Tak Bela Kami Dr Kontrak

Sekarang Najib Nak Jadi Hero Dulu Kenapa Tak Bela Kami Dr Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 396 hits
Baru baru ini Datuk Seri Najib Razak cuba menjadi hero dengan menggesa kerajaan supaya tidak kedekut berhubung isu doktor kontrak walhal umum tahu beliau sudah pun menang kes di mahkamah melibatkan tuntutan wang sitaan RM114 juta Begitulah ...
Muktamar Pas Tolak Uec Mahu Sijil Sekolah Tahfiz Woii Lebai Sekarang Pn Dah Lulus Kenapa Diam Tipu Ya

Muktamar Pas Tolak Uec Mahu Sijil Sekolah Tahfiz Woii Lebai Sekarang Pn Dah Lulus Kenapa Diam Tipu Ya

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 516 hits
Perwakilan Muktamar PAS ke 64 sebulat suara mengundi menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu yang diberikan kepada lulusan pelajar sekolah menengah Cina Zulkifli Ismail yang mewakili sayap Ulama b...
Covid 19 Muzium Di London Bertukar Jadi Pusat Vaksinasi

Covid 19 Muzium Di London Bertukar Jadi Pusat Vaksinasi

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 227 hits
COVID 19 Muzium di London bertukar jadi pusat vaksinasi LONDON Muzium London Tate Modern berubah menjadi pusat vaksinasi COVID 19 pada Jumaat bagi menawarkan dos pertama dan dos kedua vaksin Pfizer BioNTech bagi mereka yang berumur 18 tahun...
Vaksinasi Kerajaan Pusat Iktiraf Selvax Selangor Tingkatkan Suntikan Vaksin

Vaksinasi Kerajaan Pusat Iktiraf Selvax Selangor Tingkatkan Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 260 hits
Pelan Vaksinasi Greater Klang Valley untuk mempercepatkan imuniti kelompok penduduk di Lembah Kelang yang terjejas akibat jangkitan Covid 19 ketika ini akan merangkumi program vaksinasi Selangor dalam pelaksanannya Menurut Menteri Besar Sel...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi