Perkembangan Blog Yang Dulu Hinggalah Sekarang
Perkembangan blog yang dulu hinggalah sekarang | Hai semua.. Pernah tak korang terfikir kenapa blog korang mampu bertahan sampai sekarang? Setiap blog pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu terpulang pada setiap blogger untuk buat penambahbaikan pada blog sendiri atau pun tak. Nak cipta sebuah blog tak semudah yang orang diluar sangka.. Ia perlukan kesabaran dan usaha yang berterusan. Apa orang cakap "the more you give, the more you get back"..
Bertungkus lumus kita untuk kejayaan sesebuah blog. Lagi banyak kita curahkan dalam pembinaan blog, lagi banyaklah kita dapat.. Antaranya pendapatan dengan blog. Betul ke orang cakap dengan blog boleh buat duit? Yes! kalau kita betul-betul berusaha. Duit tak kan datang bergolek kalau kita tak cuba melangkah.. Apa yang busyra maksudkan?
Tahun 2010, busyra start create akaun gmail semata-mata untuk buat blog! That time tak ada langsung dalam fikiran busyra yang buat blog boleh dapat duit. Nope! Dalam entri yang lepas busyra pernah cakap yang blog ini dicipta disebabkan oleh seorang yang bergelar kakak.. Busyra terpengaruh dengan kakak busyra, sebab dia pun ada blog.. haha. Oh lupa.. nama pertama blog busyra adalah "Busyra Takiyudin", which is nama tu memang nama penuh sendiri.
Nama "Itsme Busyra" ni baru je ditukar pada tahun ini.. Walaupun nama blog ditukar tapi domain blog masih tetap sama dengan busyratakiyudin.. Korang tau tak sejak tahun 2010 sehingga 2015, busyra hanya menggunakan platform blogspot saja.. tak penah beli mana-mana domain lagi. Tapi pada 25 Oktober 2015, barulah busyra decide untuk membeli domain sendiri iaitu dot com.. Betul tak apa busyra cakap diawal perenggan tadi.. Kita kena banyak memberi bila kita ambil keputusan untuk jadi seorang blogger.
Bak kata Celia Abernethy :
"Apabila anda meminati blog, anda perlu membayar untuk hosting web anda. Begitu juga dengan apa-apa iklan yang anda ingin lakukan.. semuanya perlu dibayar, jika anda ingin blog itu terus terlihat pada semua orang"
Lebih kurang macam tu lah maksudnya.. busyra singkatkan kata-kata dari beliau.. Korang pergi lah baca tentang Celia.. Seronok juga kita baca tentang blogger luar ni. Boleh jadikan satu pembakar semangat.. haaaa. berbalik pada story domain sendiri, busyra spend RM45 untuk setiap tahun.. Okay lah tu kan, bukan untuk sebulan tapi setahun. Maksudnya pada setiap tahun 23 Ogos, busyra perlu membuat pembayaran pada syarikat domain. Kalau tak dalam masa sebulan busyra tangguh bayar, blog tak boleh di akses masuk..
Busyra yakin dah ramai blogger yang bertukar dari blogspot ke dot com.. Tahniah buat semua blogger yang dah berjaya buat macam tu. Maksudnya dah ada satu peningkatan dalam blog korang. Tapi kepada blogger yang masih belum bertukar, tak salah pun dalam dunia blog untuk terus kekalkan blogspot.. Masing-masing ada pendapat sendiri..
Selain dari ada domain sendiri, busyra dah berjaya buat duit melalui adsense. Pada 14 Februari 2017 iklan adsense berjaya keluar di blog busyra.. Happy sangat masa ni.. Mana tak nya, ini adalah impian semua blogger... dan ini jugalah pembakar semangat blogger untuk terus menulis entri.. Alhamdulillah rezeki busyra masa ni, selepas 4 hari request adsense.. berjaya.. Masing-masing blogger ada dugaan dan cabaran sendiri. busyra ada pernah baca sampai sebulan request, ada yang 3 hari je.. Macam-macam situasi. Lain orang lain rezekinya..
Apa niche blog busyra?
Pernah ada beberapa orang kawan busyra bertanyakan soalan ni. Sebenarnya blog busyra berkisarkan tentang apa? Okay macam ni, dunia blog sebenarnya macam-macam kita boleh cerita. Mungkin ada sesetengah blogger memang betul-betul fokuskan niche.. Tapi untuk busyra apa saja yang terlintas dalam fikiran nak tulis dan ada topik nak berkongsi, busyra terus tulis.. Apatah lagi zaman sekarang waktu pandemik macam ni. semua duduk dirumah, kalau nak fikirkan niche alamatnya tak berupdate lah blog kita kan?
Busyra akui, busyra memang suka niche food.. rasa satu kepuasan bila busyra dapat update topik ni.. Kata Firas Kazma "Food Blogging is more than just a hobby" .. busyra setuju sangat.. Ia lebih dari sekadar hobi dimana bila kita dapat tangkap gambar makanan dan terus menulis dalam blog. Busyra seorang suka memasak walaupun terkadang masakan tu biasa-biasa saja.. kita rasa satu nikmat boleh kongsi resepi dengan orang lain.. busyra suka semangat Firas Kazma di mana beliau kata :
"Selepas makanan dirasa dan diambil gambar, Firas menghabiskan banyak masa untuk membuat dan menyempurnakan content. Saya akan mengkaji trend untuk mendapat idea dalam menyunting foto dan membuat video. Beberapa jam saya membuat kajian supaya gambar kelihatan cantik dan kapsyen yang menarik"
Hopefully, one day busyra boleh buat macam beliau.. Ambil gambar yang menarik dan cantik! Gambar yang cantik, salah satu tips yang membuatkan pembaca untuk terus stay di blog kita..
Alhamdulillah, overall busyra beryukur dengan kejayaan blog busyra dari dulu hinggalah sekarang.. Sedikit demi sikit perubahan tu busyra nampak. InshaAllah kedepan akan ada banyak lagi yang busyra akan perbaiki. yang penting, usaha dan berdoa pada DIA..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.busyratakiyudin.com/2021/07/perkembangan-blog-yang-dulu-hinggalah.html