Dulu Masa Anak Kecil Jarang Main Dan Bergurau Dengan Mereka Luahan Menyentuh Hati Dari Lelaki Bergelar Bapa


Siapa yang tidak terasa lelah dan penat bila punya anak kecil, apa lagi yang berderet-deret. Kiri dan kanan diaju dengan soalan tanpa henti. Ada yang menangis, ada yang meminta makanan malah tak kurang juga yang bertanya soalan demi soalan. Namun semua ini cuma sementara. Sampai satu saat semua ini pasti jadi kenangan.
Momen indah ini sebaiknya ibu bapa jangan lepaskan peluang untuk merasai setiap detiknya. Inilah momen paling indah dan dirindui apabila mereka membesar kelak.
Perkongsian seorang rakan bergelar bapa, Ropizam San ini amat menyentuh hati. Benar masa tidak boleh diundurkan lagi. Jadi ingat untuk ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil, just enjoy the moment! 
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Kredit Foto: Ropizam San Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka,” luah beliau.
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh. Kalau pun boleh, masa teramat terhad!!!”.

“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar.Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada.”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Peruntukkan Masa Sebaiknya!
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.

Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merenget bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham.
Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah.

Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang”.
Ya Allah, pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya, mereka memang tak suka orang macam saya yang asyik-asyik benda-benda kekeluargaan gini je. Ahahahaha.
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
Kredit: Ropizam San
The post “Dulu Masa Anak Kecil, Jarang Main Dan Bergurau Dengan Mereka’, Luahan Menyentuh Hati Dari Lelaki Bergelar Bapa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/dulu-masa-anak-kecil-jarang-main-dan-bergurau-dengan-mereka-luahan-menyentuh-hati-dari-lelaki-bergelar-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maafkan I Sebab Jarang Sangat Cakap Sayang Dan Rindu You Luahan Sayu Bapa 3 Anak Kehilangan Isteri Buat Selamanya

Maafkan I Sebab Jarang Sangat Cakap Sayang Dan Rindu You Luahan Sayu Bapa 3 Anak Kehilangan Isteri Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 697 hits
Kehilangan isteri tercinta akibat jangkitan kuman Ogos lalu bapa kepada tiga orang anak ini berkongsi luahan sayu di Facebook Tambah menyedihkan apabila anak anak sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu seawal usia kecil Terbaru ketika me...
Aku Berjaya Dapat 6a Tapi Tak Sempat Nak Tunjuk Kat Abah Luahan Sedih Dari Hati Seorang Anak Yang Rindukan Ayahnya

Aku Berjaya Dapat 6a Tapi Tak Sempat Nak Tunjuk Kat Abah Luahan Sedih Dari Hati Seorang Anak Yang Rindukan Ayahnya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 678 hits
Sebak membaca luahan kerinduan seorang anak terhadap bapanya yang telah meninggal dunia seminggu selepas beliau selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah Insan yang selalu berada di sampingnya itu tidak pernah berputus asa mela...
Matanya Kadang Kadang Juling Silap Kami Beri Anak Main Handphone Sejak Dari Kecil

Matanya Kadang Kadang Juling Silap Kami Beri Anak Main Handphone Sejak Dari Kecil

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 694 hits
Matanya kadang kadang juling silap kami beri anak main handphone sejak dari kecil Adalah berbahaya jika ibu bapa mendedahkan penggunaan gajet kepada anak kecil kerana ia boleh menjejaskan deria penglihatannya Lebih teruk lagi apabila mereka...
Persembahan Nyanyian Ibu Dan Anak Ini Sangat Menyentuh Hati Dan Mempesonakan

Persembahan Nyanyian Ibu Dan Anak Ini Sangat Menyentuh Hati Dan Mempesonakan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 338 hits
Apabila anda mendengar kumpulan muzik keluarga pasti terbayang difikiran anda imej lederhosen lagu lagu unik dan senyuman lebar Tetapi ketika seorang ibu Welsh bernama Mel memutuskan untuk turut serta dalam uji bakat Britain s Got Talent be...
Masa Kecil Anak Bermanja Merengek Menangis Itu Tandanya Allah Nak Matangkan Kita Dan Pasangan

Masa Kecil Anak Bermanja Merengek Menangis Itu Tandanya Allah Nak Matangkan Kita Dan Pasangan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 422 hits
Sibuk sekali pun kita dengan kerja luangkanlah masa dengan anak anak Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis bergaduh...
Ni Je Jalan Terakhir Yang Abi Mampu Buat Nak Gelagat Bapa Berniqab Sambil Susukan Anak Buat Ramai Geli Hati

Ni Je Jalan Terakhir Yang Abi Mampu Buat Nak Gelagat Bapa Berniqab Sambil Susukan Anak Buat Ramai Geli Hati

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 690 hits
Ni je jalan terakhir yang abi mampu buat nak Gelagat bapa berniqab sambil susukan anak buat ramai geli hati Adalah bukan sesuatu yang mudah untuk kita memujuk seorang bayi yang sedang menangis lebih lebih lagi sekiranya bayi itu sejenis yan...
Fateh Kuat Adam Corrie Kongsi Momen Khatankan Anak Masa Umur 5 Bulan

Fateh Kuat Adam Corrie Kongsi Momen Khatankan Anak Masa Umur 5 Bulan

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 312 hits
Adam Fateh Lee anak kepada pelakon Adam Corrie walau pun baru berusia 5 bulan sudah dikhatankan Fateh anak kuat kata si ayah Adam Corrie melaksanakan khatan untuk bayinya di sebuah hospital di ibu negara telah memuatnaik gambar cahaya matan...
Bapa Gantung Dan Dera Anak Kerana Isterinya Lari Dari Rumah

Bapa Gantung Dan Dera Anak Kerana Isterinya Lari Dari Rumah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 306 hits
The ReporterViral di media sosial video seorang bapa tergamak mengantung anaknya secara terbalik di tingkap mengundang kemarahan netizen Dalam kejadian yang berlaku di Sta Rosa Laguna Filipina itu lelaki terbabit bertindak mengantung kaki a...
Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 602 hits
Bila nak masuk tahun baru mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska Ok TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri