Dulu Bangga Rumah Kemas Anak Kecil Diam Depan Tv Rupanya Beri Kesan Bahaya


Pada hari ini, kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti sedentari seperti menonton televisyen, bermain game, menggunakan ipad, ataupun melayari internet. Tambahan pula, terlalu banyak belajar juga merupakan salah satu sebab yang mengurangkan aktiviti fizikal. Sebagai ibu bapa, kita mesti menggalakkan anak-anak kita untuk menjadi aktif.
Menyuruh kanak-kanak duduk diam ibarat mematikan suis kelebihan mereka. Seperti pengalaman ibu ini, dia berkongsi betapa bahayanya kesan apabila anak duduk diam tidak melakukan aktiviti fizikal.

Dulu saya berbangga rumah kemas walaupun anak kecik-kecik lagi. Anak duduk diam je depan TV.
Sampailah saya dapat tau betapa bahaya kesannya.
Kenapa?
Rupanya, smart phone dan TV ada complete package yang menjahanamkan kemahiran fokus anak. Bunyian yang meriah, visual yang laju, warna menyerlah.
Itu dah cukup membuatkan 2 deria paling penting dalam proses fokus terganggu. Malah, disebabkan terlalu lama tak bergerak kerana mengadap skrin, ramai anak-anak zaman sekarang kurang cekap dan tak kuat otot badannya.
Ini pun antara punca utama anak-anak cepat penat berlama-lama duduk di kerusi. Yang teruk terima kesannya nanti adalah cikgu-cikgu. Bukan main susah nak anak-anak kita ni nak tumpu dalam kelas.
Kita tak boleh tidakkan satu perkara ni. Kanak-kanak ni, badan mereka menghasilkan tenaga yang banyak. Nak-nak pula yang banyak makan makanan manis.
Berkumpul-kumpul tenaga. Bila tak guna, habis jadi lemak.
Bagi sesetengah kanak-kanak, tenaga yang tak dilepaskan tu akan buat mereka jadi resah.
Tak keruan. Bila tak tau nak ekspresikan rasa tak keruan tu, mulalah mengamuk tak tentu pasal. Kita juga yang pening nanti.
Ya, smart phone dan TV sangat membantu. Tanpa ‘mereka’ kerja kita mungkin akan terganggu. Tapi, jangan kerana kita nak senang pada hari ini, kita akan menangis di kemudian hari. Bukan tak boleh skrin tu.
Boleh. Anak saya pun ada screen time juga. Tapi kita perlu hadkan. Luaran mungkin tak ada apa-apa. Tapi, kalau dapat diimbas otak anak-anak, kita jugak yang akan seram nanti.
Dr Rizal, pakar otak selalu menulis. Anak yang terlalu banyak tengok tv, bila diimbas otaknya, aktiviti otak tidak berfungsi. Macam otak mati.
Berbeza dengan anak yang ada stimulasi dari pelbagai aktiviti. Aktiviti otak mereka sangat aktif. Otak berkembang sangat pesat!

Kajian secara psikologi juga ada membuktikan, gajet yang terlampau banyak boleh buat kita mudah dapat penyakit mental. Seperti depresi dan anxiety.
Sebab tak berlaku komunikasi dua hala dan kontak mata dengan manusia.
Saya bukan nak menakutkan semua. Tapi saya nak kita untuk tak terleka. Perlu jadi proaktif demi anak-anak kita. Dulu saya pun pening. ‘Habis tu, kalau tak tengok TV, tak tengok fon, anak nak buat apa?’
Rupanya, tak susah fikirkan aktiviti. Hanya sibukkan anak dengan perkara lain.

🟡 Beri mereka bantu buat kerja rumah
🟡 Letakkan sekotak mainan untuk mereka explore
🟡 Sediakan barangan kraf untuk mereka berkreatif (dan menyepah)
🟡 Ajak mereka masak bersama
🟡 Membelek buku
🟡 Melasak dengan aktiviti aktif
🟡 Do a lot of outdoor activities

Ini saya kongsikan antara aktiviti yang saya lakukan dengan anak-anak bila mereka tak guna gajet. TV rumah saya mungkin tak canggih dan tiada siaran. Tapi sedikit pun saya tak menyesal. Sebab anak-anak akan mencari aktiviti lain untuk hiburkan diri sendiri.

Mak yang tak sempurna, tetapi sentiasa berusaha.
Kredit: Wawa Shauqi

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
The post ‘Dulu Bangga Rumah Kemas, Anak Kecil Diam Depan TV’ Rupanya Beri Kesan Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dulu-bangga-rumah-kemas-anak-kecil-diam-depan-tv-rupanya-beri-kesan-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 198 hits
Solat terawih adalah antara keistimewaan bulan Ramadan yang dikurniakan banyak ganjaran pada mereka yang melakukannya
Dulu Tak Pandang Sekarang Nyanyi Siap Tarik Muka Mommy Daddy Dr Say Bangga Perkembangan Luar Biasa Anak

Dulu Tak Pandang Sekarang Nyanyi Siap Tarik Muka Mommy Daddy Dr Say Bangga Perkembangan Luar Biasa Anak

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 188 hits
Doktor selebriti Dr Say Shazril kini boleh menarik nafas lega bila melihat perubahan sulungnya yang disahkan mempunyai mild autism Selepas beberapa sesi terapi bersama pakar ternyata Aezriel atau lebih manja dipanggil Ace menunjukkan perkem...
Gigil Tengok Rumah Bersepah Teruk Jangan Dilarang Biar Anak Berkreatif

Gigil Tengok Rumah Bersepah Teruk Jangan Dilarang Biar Anak Berkreatif

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 208 hits
Ibu ayah mana yang tak pengsan bila melihatkan keadaan rumah yang bersepah teruk dikerjakan anak anak yang seronok bermain Namun janganlah dilarang kerana ketika inilah otak anak berkembang dengan baiknya Pejamkan saja mata Menurut Penulis ...
Diam Jangan Mengada Anak Lepaskan Emosinya Dengan Tangisan Bantu Anak Bukan Marah

Diam Jangan Mengada Anak Lepaskan Emosinya Dengan Tangisan Bantu Anak Bukan Marah

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 196 hits
Hanya disebabkan kita sendiri berada dalam tekanan anak yang menangis kita minta dia berhenti kerana dikatakan mengada ngada Apa yang perlu mak ayah tahu anak menangis kerana dia mahu melepaskan emosinya Malah itu sajalah jalan baginya untu...
Komnas Anak Kunjungi Rumah Haji Faisal Siap Jadi Saksi Sidang Hak Asuh Gala Sky

Komnas Anak Kunjungi Rumah Haji Faisal Siap Jadi Saksi Sidang Hak Asuh Gala Sky

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 168 hits
Komnas Anak anak bersedia menjadi saksi bahwa Gala Sky tumbuh dengan baik saat diasuh oleh keluarga Haji Faisal
Hiburan Senang Nak Pergi Bercuti Hantar Anak Ke Hospital Dakwa Kena Sawan Rupanya

Hiburan Senang Nak Pergi Bercuti Hantar Anak Ke Hospital Dakwa Kena Sawan Rupanya

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 225 hits
Tular di laman hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ikin yang merupakan seorang jururawat yang berkongsi kisah tentang sepasang suami isteri yang menghantar anak mereka di sebuah hospital Menerusi video tersebut pasangan su...
Tahun Lepas Kecil Lagi Fatima Dah Setahun 7 Bulan Fazura Didik Anak Bangun Sahur

Tahun Lepas Kecil Lagi Fatima Dah Setahun 7 Bulan Fazura Didik Anak Bangun Sahur

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 191 hits
Selepas berhempas pulas menggerakkan perniagaan tudungnya Ramadan kali ini kata Fazura dia mahu memfokuskan kepada amal ibadah Tidak hanya bersama suami bahkan kata ibu cantik manis ini lagi dia juga kini mahu anaknya Nur Fatima Aisya menik...
Dulu Kena Rotan Sekarang Dah Tak Boleh Didik Anak Ikut Zaman Contohi Cara Rasullullah

Dulu Kena Rotan Sekarang Dah Tak Boleh Didik Anak Ikut Zaman Contohi Cara Rasullullah

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 171 hits
Mendidik anak di zaman ini bukanlah satu tugas yang mudah untuk digalas Dalam dunia serba mencabar ditambah dengan kecanggihan teknologi hari ini menjadikan tugas kita sebagai mak dan ayah bertambah payah Anak mengamuk tidak dengar kata dan...
Katakan Tidak Pada Dap Dulu Ya Sekrang Tidak Lagi Jika Sering Campurtangan Rumah Orang

Katakan Tidak Pada Dap Dulu Ya Sekrang Tidak Lagi Jika Sering Campurtangan Rumah Orang

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 146 hits
Bila Farhash sindir Rafizi mereka ni senyap Bila penyokong Rafizi serang balas mereka pun tanya kenapa menyerang sesama sendiri Kenapa tak boleh cakap elok elok Bila Guan Eng menganjing Rafizi mereka senyap lagi Tapi bila penyokong Rafizi s...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza