Duit Simpanan Habis Sepanjang Pandemik Covid 19 10 Langkah Jimat Cermat Dan Kembali Menabung


Duit Simpanan Habis Sepanjang Pandemik Covid-19? Bagaimana Cara Berjimat Cermat Dan Kembali Menabung | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pandemik covid-19 yang terjadi lebih kurang dalam tempoh dua tahun telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan kita. Walaupun pandemik sudah makin pulih tetapi keadaan ekonomi semakin mencabar. Peningkatan kos sara hidup zaman sekarang sangat memberi kesan kepada corak perbelanjaan Sha sekeluarga. Sha juga yakin ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.
Walaupun Sha dan suami bekerja sebagai penjawat awam yang mana punya gaji setiap bulan berbanding dengan insan-insan yang bekerja sendiri, kami tetap terkesan. Mana tidaknya dengan kenaikan harga barang dan kadar faedah bulanan pinjaman juga naik dari masa ke masa.
Gaji pun cukup-cukup makan bila ditolak dengan perbelanjaan wajib bulanan seperti pengangkutan sekolah anak yang juga mengalami peningkatan. Selain itu kos transit anak ke rumah pengasuh memandangkan Sha dan suami bekerja jauh dari kediaman kami.
Pendek kata jika hanya bergantung kepada gaji bulanan sebagai pegawai bawahan memang sekadar mencukupi. Jadi apakah jalan penyelesaian sebagai langkah penjimatan untuk mempunyai simpanan terutamanya simpanan kecemasan.


Cara Berjimat Cermat Dan MenabungKadang-kadang buntu tertanya sendiri ke mana hilangnya duit dalam akaun dan juga wang tunai di tangan. Sedar tak sedar makin hari makin berkurangan. Dengan situasi ekonomi negara yang tidak menentu ini adalah lebih baik kita mula berjimat dan tidak kerap berbelanja.
Mungkin ramai yang berada dalam situasi Sha yang kadang-kadang tidak sedar berbelanja terutamanya bila kerap menggunakan transaksi secara dalam talian. Tetapi kini Sha sudah pun mula berjimat cermat sejak mempunyai komitmen lain yang bertambah. Jom lihat apa yang kita boleh buat untuk berjimat cermat.
#1 Latih Menahan Nafsu BerbelanjaSebenarnya Sha bukanlah kaki shopping tetapi kadang-kadang banyak berhabis untuk anak-anak. Tapi sekarang Sha dah mula belajar memilih barang mengikut kategori keperluan atau kemahuan. Sebelum membeli perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu sama ada barang itu penting atau tidak.
#2 Had Belanja MakanOleh kerana bekerja setiap hari (kecuali sabtu dan ahad) maka keraplah keluar makan bila tiba waktu rehat. Mungkin selepas ini Sha perlu lebih rajin untuk memasak dan menyediakan makanan sendiri berbanding makan diluar.
Kalau kita tidak berubah, siapa lagi yang boleh tolong ubah diri kita sendiri bukan? Nasib baik ada suami yang selalu ingatkan supaya berjimat dan selalu bertolak ansur walaupun bila balik kerja kami makan malam dengan lauk yang ringkas sahaja. Yang penting masak sendiri jimat dan sihat.
#3 Elak Membeli Barang Tidak PerluSha rasa sebagai perempuan memang tidak boleh lari daripada keinginan untuk membeli barangan rumah, barang kosmetik dan perhiasan lain. Tetapi Sha kini belajar untuk tidak membeli barangan tidak perlu lagi. Selalu kena tanam dalam minda barang tidak perlu beli jangan beli, tambah pula lebih mudah uruskan rumah tanpa perhiasan atau perabot yang banyak.
Barangan aksesori seperti beg tangan juga termasuk dalam barangan yang tidak sepatutnya beli jika masih punya yang elok dan cantik.
#4 Buat Bajet Perbelanjaan BulananOleh kerana Sha mempunyai gaji tetap setiap bulan mungkin lebih mudah untuk Sha membuat bajet bulanan. Antara kos wajib perlu dimasukkan dalam kos bulanan adalah seperti kos minyak ke tempat kerja, kos makan, kos belanja anak-anak di sekolah dan komitmen bulanan lain untuk rumah.
Untuk buat bajet bulanan ini mudah sahaja, Sha gunakan kalkulator online sahaja. Dengan kalkulator yang ada kita boleh hadkan perbelanjaan bulanan supaya kita dapat menyimpan setiap bulan.
#5 Elak Window ShoppingOleh kerana Sha sedar Sha bukanlah kaya raya, jadi Sha memang selalu mengelak daripada window shopping sama ada dalam talian atau kedai fizikal. Kadang-kadang orang selalu cakap window shopping itu satu terapi, tetapi tidak bagi Sha.
Biasanya kalau Window Shopping Sha wajib beli satu barang. Jadi kita elak buat aktiviti yang boleh membuat kita terpengaruh dengan tawaran yang ada.
#6 Membeli Secara BorongSalah satu cara yang Sha amalkan sejak berkahwin adalah membeli barangan dapur secara borong atau sekali gus pada tarikh tertentu secara tetap setiap bulan. Sebenarnya cara ini Sha sudah terbiasa daripada kecil.
Arwah ayah akan bawa Sha sekeluarga setiap kali selepas hari gaji ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan dapur bulanan. Kami memang elak membeli barang secara runcit bagi mengelakkan pembelian yang tidak sepatutnya kecuali barang basah.
#7 Jangan Menambah HutangKita sedar untuk memulakan hidup terutamanya yang baru membina keluarga memerlukan kos lebih dari biasa. Mungkin ada keadaan mendesak yang membuat kita terdorong membuat pinjaman atau hutang. Jadi tetapkan itu sahaja dan tidak akan mengulang membuat pinjaman dengan alasan yang sama
#8 Penjimatan Penggunaan EletrikMemandangkan segala bil-bil utama di rumah suami yang selesaikan, suami selalu mengingatkan untuk mengambil langkah penjimatan yang paling mudah untuk dilakukan iaitu jimat elektrik. Pastikan perkakasan elektrik yang tidak perlu wajib ditutup suisnya.
Walaupun perkara ini nampak mudah, tetapi ianya perlu mendapat kerjasama supaya sama-sama menjaga. Anak-anak juga harus dilatih untuk mengamalkan penjimatan penggunaan eletrik harian supaya tanggungan tidaklah terlalu tinggi.
#9 Simpan Dalam Akaun PelaburanZaman kini banyak pelaburan yang kita boleh lakukan. Tetapi masih perlu ingat supaya berhati-hati supaya tidak ditipu mana-mana pihak. paling asas mungkin korang boleh mempbuat pelaburan di platform yang diyakini di Malaysia seperti Tabung Haji dan Amanah Saham Berhad.
Anggap sahaja itu suatu tabungan sambil melabur. Korang boleh nikmati hasil pada awal tahun bergantung kepada jumlah pelaburan korang nanti.
#10 Jana Pendapatan SampinganZaman sekarang Sha rasa majoriti rakyat Malaysia mempunyai kerja lebih daripada satu pekerjaan. Tidak kiralah sekecil-kecil perniagaan walaupun hanya sebagai dropship. Dengan pendapatan sampingan itulah kita dapat menampung lompong-lompong yang tidak dapat disokong oleh gaji bulanan yang ada.
Jika gaji yang ada hanya cukup makan macam mana nak ada tabungan bukan? Jadi dengan pendapatan sampingan itulah kita dapat membuat simpanan. Bukan apa, simpanan amat penting untuk waktu-waktu kecemasan dan kita tidak perlu terlalu risau di kemudian hari.
Kepentingan Langkah Jimat Cermat Dan Kembali MenabungBerjimat cermat amat penting untuk memastikan kemudahan kita sendiri pada masa hadapan. Kita tidak tahu bila masa yang kita akan amat-amat memerlukan wang. Bagi mengelakkan kita meminjam pada orang sekeliling apa kita mulakan langkah berjimat sebelum ujian mendatangi kita.
Pepatah melayu juga ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Begitulah maksudnya supaya kita sentiasa beringat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/11/10-langkah-berjimat-cermat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasus Covid 19 Kembali Meningkat Komisi Ix Minta Evaluasi Kegiatan Pengumpulan Massa

Kasus Covid 19 Kembali Meningkat Komisi Ix Minta Evaluasi Kegiatan Pengumpulan Massa

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 108 hits
Menurut Charles pada prinsipnya segala langkah kebijakan antisipasi terhadap potensi ledakan Omicron XBB harus dikaji secara matang dan memerhatikan banyak faktor secara komprehensif
6 Cara Mudah Menabung Untuk Gandakan Simpanan Dan Pelaburan

6 Cara Mudah Menabung Untuk Gandakan Simpanan Dan Pelaburan

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 399 hits
6 Cara Mudah Menabung Untuk Gandakan Simpanan dan Pelaburan Sama ada kita sedar atau pun tidak bahang kemelesetam atau kejatuhan ekonomi sudah pon mula dirasai sedikit demi sedikit Tidak dinafikan antara punca penyebab berlakunya krisis eko...
Kabupaten Cianjur Kembali Diguncang Gempa Berpusat Di Darat

Kabupaten Cianjur Kembali Diguncang Gempa Berpusat Di Darat

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 111 hits
Gempa magnitudo 2 4 mengguncang Kabupaten Cianjur Jawa Barat Rabu pukul 11 01 WIB Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mencatat gempa berpusat di darat berjarak 2 kilometer arah barat daya Cianjur
Kembali Kepada Politik Kebersamaan Bukan Perpecahan Media Variasi 23 11 2022

Kembali Kepada Politik Kebersamaan Bukan Perpecahan Media Variasi 23 11 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Semua pemimpin Melayu Islam disaran untuk terus memelihara semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan mereka tidak kira apa jua jajaran politik dicapai Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihakny...
Dengan Berjimat Cermat Wanita Ini Miliki 2 Butik Pakaian Serta Kedai Hardware

Dengan Berjimat Cermat Wanita Ini Miliki 2 Butik Pakaian Serta Kedai Hardware

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 130 hits
Menceburkan diri dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah seperti yang disangka Namun sekiranya kesiap siagaan mental dan kesungguhan seseorang dalam menguruskan perniagaan pasti akan membuahkan hasil Itulah yang prinsip ...
Jelajah Ehsan Rakyat Tawar Harga Jimat Kaw Kaw Untuk Rakyat Selangor

Jelajah Ehsan Rakyat Tawar Harga Jimat Kaw Kaw Untuk Rakyat Selangor

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 303 hits
JELAJAH EHSAN RAKYAT TAWAR HARGA JIMAT KAW KAW UNTUK RAKYAT SELANGOR Assalammualaikum semua Hari Ahad yang lalu kawasan perumahan Ruby mendapat kunjungan pasukan Jelajah Ehsan Rakyat Dah lama Ruby perhatikan kemaskini media sosial lokasi ju...
Kembali Setelah Sekian Lama Lee Youngae Tampil Dalam Drama Adaptasi Perancis Maestra

Kembali Setelah Sekian Lama Lee Youngae Tampil Dalam Drama Adaptasi Perancis Maestra

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 147 hits
Yay Lee Young ae bakal kembali dengan drama terbaru ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini agensi Lee Young ae mengesahkan bahawa pelakon itu sedang dalam perbincangan untuk tampil dalam drama terbaru Maestra Terbaru Lee Young ae mengesahkan watakny...
Malaysia Akan Berdiri Kembali

Malaysia Akan Berdiri Kembali

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 146 hits
Keupayaan PN mengejutkan Analisa Pertama ULASAN PILIHAN raya ke 15 telah selesai kira kira jam 4 30 pagi tadi apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan dengan rasmi hasil pilihan raya itu Muktamad P...
Komtek 27 08 Energi Surya Kembali Raih Penghargaan Htca Tahun 2022

Komtek 27 08 Energi Surya Kembali Raih Penghargaan Htca Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 223 hits
BSN berkomitmen untuk bersinergi dan berkolaborasi dengan seluruh pemangku kepentingan termasuk membuka ruang partisipasi yang semakin luas dalam program pengembangan SNI
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching