Malaysia Akan Berdiri Kembali


 
Keupayaan PN mengejutkan [Analisa Pertama]

ULASAN

PILIHAN raya ke-15 telah selesai kira-kira jam 4:30 pagi tadi (semalam) apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan dengan rasmi hasil pilihan raya itu. Muktamad PH memperolehi 83 kerusi yang menjadi parti yang mengungguli pilihan raya kali ini.

Manakala PN mengikuti rapat dengan mendapat 73 kerusi hanya sembilan kerusi membezankan kekuatan, sementara Umno hanya dapat mempertahankan 30 kerusi cukup untuk menyelamatkan parti itu agar tidak hilang dari radar politik. 

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat 22 kerusi menjadi parti dominan di Borneo sementara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat enam (6) kerusi.

Parti Warisan Sabah hanya mendapat dua kerusi, manakala lain-lain parti PBM satu kerusi dan Bebas dua kerusi.

Dugaan awal.

Seperti diduga awal-awal oleh pemerhati dan pengamat politik tidak ada parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk kerajaan secara bersendirian dalam pilihan raya ini. Tampaknya ia  benar-benar berlaku dan sungguh mengawatkan keadaan hingga ke saat ini.

Keadaan ini pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia yang telah diadakan sebanyak 15 kali sejak pertama kali 1955. Pilihan raya ke-15 ini benar-benar mengsuspen dan mengganggu bidak catur strategis dan penganalisa politik serta para mater mind parti-parti politik. 

Pilihan raya yang ditetapkan berlaku dalam keadaan dipertikaikan banyak pihak ini, tetapi dighairahi oleh UBN kerana kemenangan di Melaka dan Johor memberi keputusan di luar jangka yang mengejutkan. BN yakin kesegeraan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan, akan berpihak kepada mereka. Namun nampaknya ia telah menjadi istidraj.

Apa yang berlaku memberi ibrah terbaik kepada semua pihak khususnya kepada parti UBN yang sangat yakin dengan pilihan raya kali ini.  Strategi dan tektik mereka telah memakan diri sendiri. Sekali terkena hendaklah beringat di masa depan. Jangan sesekali bersikap menduga di air tenang tiada buaya.  

Sesungguhnya kekalahan dialami UBN itu sesuatu yang sangat memalukan. Ia lebih buruk daripada apa yang berlaku semasa dalam pilihan raya ke-14 lalu. Kekalahan kali ini sebagai kesenimbungan kehanyutan Umno di masa akan datang. Makanya sangat wajar kalau Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti mengambil tanggungjawab untuk berbuat sesuatu kepada UBN termasuk melepaskan jawatan. 

Sebelum pamit kepada parti Zahid boleh berbuat sesuatu sebagai kenangan, seperti memastikan Umno masih ada maruah sebelum meninggalkannya. Salah satu ialah dengan memiliki 30 kerusi itu memainkan peranan untuk menghuraikan kemelut ketidakcukupan kerusi untuk membentuk kerajaan kini.  Zahid harus berfikir ke arah itu dengan bijaksana. Umno perlu muncul sebagai pengenap jumlah kerusi demi membentuk kerajaan. 

Pihak sebenar menang.

Walaupun PH mendapat jumlah kerusi lebih, tetapi kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini, bagi saya ialah kepada PN khususnya Pas. Kekalahan beberapa tokoh PH daripada Keadilan seperti Naib Presiden Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh), Setiausaha Agung Saifuddin Nasution (Kulim - Bandar Baru), Fuziah Salleh (Kuantan), Shamsul Iskandar Md Akim (Bagan Datuk) dan-lain menyebabkan parti itu menerima tamparan hebat. 

Kandatipun ada tokoh baru yang menang seperti ketua angkatan muda, (AMK) Adam Adli (Hang Tuah Jaya), ketua wanita Fadzlina Siddik (Nibong Tebal), tetapi ia tidak menunjukkan kehebatan Keadilan, sebalik hanya sebagai penawar merawatkan kesakitan ditinggalkan mereka yang kalah. Jumlah muka baru yang menang jauh lebih rendah dengan mereka yang tewas.  

Sebaliknya kejayaan PN, (Bersatu) merampas kerusi Umno manakala Pas pula bukan sahaja merampas kerusi Amanah tetapi kerusi Umno dan PKR juga sesuatu yang mengkagumkan. Dua kerusi Amanah di rampas oleh Pas di Parit Buntar (Mujahid Yusuf Rawa) dan Pokok Sena (Mahfuz Omar), kedua-dua mereka adalah naib presiden Amanah.

Selain itu kejayaan paling manis ialah merampas kerusi Kota Setar antara kawasan bukan Melayu, daripada Keadilan.

Kemenangan bergaya PN itu menunjukkan strategi mereka berjaya terutamanya daripada Pas. Apabila Pas sanggup meninggalkan Umno dan "bermukah" dengan Bersatu disaat Umno merindui dan memerlukannya, ia membawa kejayaan besar. Tindakan Pas itu boleh disifatkan sebagai bijak dan staregi ampuh.  Inilah kekasyafan pemimpin Pas. 

Kita yakin Pas juga terkejut dan tidak percaya dengan keupayaan parti agama itu kali ini. Pas menang 49 kerusi hampir mencapi jumlah yang disasarankan untuk menang 60 kerusi. Peningkatan kerusi Pas sebanyak 31 berbanding kerusi dimenangi pilihan raya lalu 18 kerusi. Pas menyapus bersih kerusi di Kelantan dan Terengganu. Paling bermakna buat Pas ialah ia pertama kali menguasai Dun Perlis dan bakal memiliki menteri besar di negeri Indra Kayangan itu. 

Bukan itu sahaja, kejayaan di Pahang juga memberangsakan. Pas benar-benar menjadikan UBN Pahang hilang akal. 

Belum pernah berlaku dalam sejarah Pas mendapat kerusi sebanyak itu. Paling banyak Pas raih kerusi ialah 29 kerusi sewaktu Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat, Keadilan dan DAP. 

Begitu juga dengan Bersatu yang mendapat 24 kerusi berbanding dengan 13 kerusi dimenangi sebelum ini. Kejayaan kali ini adalah kejayaan mutlak kepada Bersatu selepas ia berdiri di atas kaki sendiri bergabung dengan Pas. 

Kejayaan Pas dan Bersatu ini boleh menjadi cabaran bukan sahaja kepada BN tetapi kepada PH. Ia merupakan satu isyarat menakutkan. Justeru PN tidak boleh dilihat sebagai gabungan kecil dan remeh lagi. 

Sekiranya dalam pembentukan kerjaan nanti Anwar Ibrahim ditakdirkan ternafi untuk jadi perdana menteri dan menyusun kabinet, ia boleh memberi peluang kepada PN untuk terus melonjakkan gabungan itu dalam mata rakyat, apa lagi kalau PN mengetuai kerajaan baru nanti. Bersambung, apakah faktor kemenangan PN? [wm.kl.5:52 pm 20/11/2022]

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/malaysia-akan-berdiri-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Anwar Untuk Bawa Malaysia Menjadi Harimau Asia Kembali

Sokong Anwar Untuk Bawa Malaysia Menjadi Harimau Asia Kembali

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 171 hits
Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia diharap dapat mengembalikan negara ini sebagai Harimau Asia dengan fokus diberikan untuk mengurangkan kos sara hidup Beliau kini dikelilingi oleh rakan seperjuangan belia...
Kejohanan Golf Amal Rmhc Malaysia Kutip Dana Untuk Program Kembali Ke Sekolah Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan

Kejohanan Golf Amal Rmhc Malaysia Kutip Dana Untuk Program Kembali Ke Sekolah Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 354 hits
hai assalalammualaikumKejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Kutip Dana Untuk Program Kembali ke Sekolah Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan RMHC Malaysia yang telah ditubuhkan sejak Februari 1990 sentiasa komited dalam membantu meringankan b...
Will Malaysia See A Hung Parliament And Unity Government

Will Malaysia See A Hung Parliament And Unity Government

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 437 hits
It is likely that none of the major groups will get a majority so they will need to form pacts Wong Chun Wai The Star WITH barely a week to go before Malaysians hit the polls the preliminary assessment is that the results will likely not be...
Hiburan 5 Selebriti Malaysia Ini Pilih Untuk Berhijrah Ke Agama Islam

Hiburan 5 Selebriti Malaysia Ini Pilih Untuk Berhijrah Ke Agama Islam

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 156 hits
Kita sebagai umat Islam pasti gembira apabila dapat mendengar khabar berita agama luar ingin memeluk agama Islam dan berhijrah Kalau korang nak tahu ramai sebenarnya selebriti di Malaysia ini sudah memeluk agama Islam Disebabkan terlalu gem...
Zico Bakal Temui Peminat Di Malaysia Pada Januari 2023 Menerusi Escapism Music Festival

Zico Bakal Temui Peminat Di Malaysia Pada Januari 2023 Menerusi Escapism Music Festival

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 173 hits
Nampaknya akan ada ramai artis Korea yang akan membuat persembahan di Malaysia pada 2023 nanti ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penyanyi rap yang popular dengan lagu Any Song dan New Thing iaitu Zico telah diumumkan bakal membuat persembahan di Ma...
Dia Sanggup Duduk Bangun Fan Service Baik Song Jihyo Buat Peminat Malaysia Dipuji

Dia Sanggup Duduk Bangun Fan Service Baik Song Jihyo Buat Peminat Malaysia Dipuji

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 276 hits
Rasanya seperti mimpi apabila peminat di Malaysia dapat bertemu muka dengan Song Ji hyo dua hari ini ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan ahli Running Man itu hadir di Tropicana Gardens Mall bagi pelancaran jenama kecantikan Glutanex di pasa...
Nga If Pn Wins Malaysia Will Become Another Afghanistan

Nga If Pn Wins Malaysia Will Become Another Afghanistan

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 130 hits
GE15 DAP leader Nga Kor Ming has issued an Afghanistan warning ahead of the national polls in his bid to ensure non Muslim voters do not cast their ballots for Perikatan Nasional which includes the predominantly Chinese Gerakan In a Mandari...
Beria Sambut Korea Nabi Takde Pun Petugas Keselamatan Marah Peminat K Pop Malaysia Tular

Beria Sambut Korea Nabi Takde Pun Petugas Keselamatan Marah Peminat K Pop Malaysia Tular

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 196 hits
Sejak sempadan seluruh dunia mula dibuka selepas serangan wabak COVID 19 semakin ramai artis Korea yang datang ke Malaysia untuk menyapa peminat mereka setelah sekian lama ARTIKEL BERKAITAN Terbaru sebuah acara bagi memperkenalkan budaya Ko...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Always Evolving Explore The Latest Offerings At Bandarbetvip

Menang Dipuji Kalah Dicaci Begitulah Nasib Salah Di Liverpool

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Rm1 500 Pay And No Retirement Plan Why Teachers In Pas Linked Kindergarten Pasti Are Disgruntled

A Tale Of Two Leaders

Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord