6 Cara Mudah Menabung Untuk Gandakan Simpanan Dan Pelaburan


6 Cara Mudah Menabung Untuk Gandakan Simpanan dan Pelaburan | Sama ada kita sedar atau pun tidak, bahang kemelesetam atau kejatuhan ekonomi sudah pon mula dirasai sedikit demi sedikit. Tidak dinafikan antara punca penyebab berlakunya krisis ekonomi ini adalah susulan dari pandemik COVID-19 yang berlarutan selama dua tahun menyaksikan aktiviti ekonomi, urusniaga serta pertumbuhan perdagangan terjejas teruk. Ianya bukan sahaja terkesan di Malaysia malahan terkesan di seluruh dunia.  

Bila krisis ekonomi mula melanda dunia, nilai mata wang mulai jatuh dan dapat kita saksikan kadar inflasi meningkat. Walaupon Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah berbanding dengan negara-negara lain, tetapi ianya tetap memberi impak yang sangat besar apabila harga barangan, bahan mentah dan juga perkhidmatan turut mengalami kenaikan secara tidak langsung meningkatkan lagi kos sara hidup. Sudah semestinya mereka yang paling terkesan dengan situasi ini adalah dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Bukan itu sahaja, mereka yang membuat pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan kenderaan terpaksa menanggung kenaikan kadar pinjaman bila Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan bukan sekali tetapi tiga kali berturut-turut secara berperingkat bagi tahun 2022 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan OPR dijangka naik lagi menjelang Januari tahun hadapan. Keadaan ini menjadikan bebanan hutang sedia ada semakin bertambah dan yang membimbangkan bila nilai kadar faedah naik, masyarakat gagal membayar hutang.
Apakah jalan penyelesaian dan perkara yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini? Memandangkan krisis ekonomi dijangka akan melanda seluruh dunia pada tahun 2023 malah akan menjadi lebih sukar lagi. Bagi saya, menabung dan menggandakan lagi simpanan kewangan dan pelaburan sedia ada adalah sangat penting dalam mengatasi masalah kegawatan ekonomi sekarang ini dan masa akan datang untuk kegunaan jika berlaku kecemasan.
Faedah MenabungMenabung bermaksud menyimpan wang kertas dan syiling dalam tabung. Menabung banyak memberi manfaat kerana hasil dari tabungan tersebut boleh kita gunakan untuk simpanan masa hadapan, persediaan melanjutkan pelajaran, dapat mengurangkan beban ibu bapa dan juga kegunaan sewaktu kecemasan. Amalan menabung ini sangat baik dan perlu diterapkan pada setiap individu. Selain menyimpan wang didalam tabung, ada juga cara lain yang boleh di aplikasikan bagi menambah simpanan kewangan. Disini saya kongsikan 6 cara mudah menabung:
6 Cara Mudah Menabung Untuk Gandakan Simpanan1) Asingkan Duit Kertas Berwarna
Duit kertas berwarna yang saya maksudkan adalah duit Biru (RM1), duit Hijau (RM5), duit Merah (RM10, duit Oren (RM20), duit Hijau Muda (RM50) dan duit Ungu (RM100). Dengan teknik ini saya berjaya mengumpul duit sehingga mencecah empat angka tau. Saya memang fokuskan pada duit biru dan duit hijau. Cuma duit ungu tu susah sikit lah… hehe…

Duit biru memang saya asingkan setiap hari seringgit untuk setiap bulan. Duit hijau pula, kalau dapat saya masuk terus dalam sampul sebab duit hijau bukan hari-hari ada. Nak senang anda boleh follow jadual ni. Kalau konsisten dan berdisiplin tinggi, memang boleh dapat banyak. 
2) Kumpul Duit SyilingBiasa nya duit syiling ni kita tak ambil kisah sangat. Kadang-kadang terbiar merata. Apa kata lepas ni kumpul duit syiling pula. Duit syiling pon bernilai walau jumlah nya kecil. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Pernah dengar tak ada orang kumpul duit syiling mampu beli kereta secara tunai? Bukti nya lelaki ini berjaya membeli kereta idamannya secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun. Hebat kan. Mari lah kita kumpul duit syiling.
3) Tolak 10% Daripada Duit Gaji Khas untuk SimpananUntuk yang berpendapatan rendah atau cukup-cukup makan, memang susah nak konsisten menyimpan setiap bulan. Mungkin ada boleh gunakan Formula 90/10 untuk urus gaji dimana duit gaji dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10% untuk simpanan dan 90% untuk perbelanjaan.
Source: Google pic

Memandangkan situasi ekonomi sekarang, kita memerlukan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan gaji untuk menampung perbelanjaan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jadi… Kena usaha kan juga untuk menyimpan. 
4) Simpan Duit Dalam ASB atau Tabung HajiSelain tolak 10% dari gaji setiap bulan, anda boleh laburkan duit gaji dengan menyimpan di dalam ASB atau pun Tabung Haji. Kelebihan yang boleh anda perolehi bila menyimpan di platform ini ialah mendapat bonus tahunan dan pulangan dividen yang boleh dikatakan tinggi juga setiap hujung tahun. Secara tidak langsung ianya boleh menggandakan lagi wang simpanan.
5) Buat Kerja Sampingan Untuk Tambah PendapatanApa kena mengena kerja sampingan dengan menabung? Mudah sahaja, duit dari pendapatan sampingan tersebut kita jadikan akaun simpanan tambahan. Kalau boleh jangan usik gaji tambahan ini. Banyak kerja sampingan yang boleh kita buat seperti penghantar makanan / barang (FoodPanda dan Grab). Dari media sosial pon kita boleh jana pendapatan melalui platform Blog, IG, FB, Tiktok, dropship dan anda juga boleh daftarkan diri dalam program Affiliate seperti Lazada, Shopee dan lain-lain lagi.
Sebenarnya ada sahaja kerja tambahan yang boleh kita cari dan buat. Cuma kena pandai cari kerja yang bersesuaian dengan diri supaya tidak mengganggu kerja hakiki yang sedia ada ini. 
6) Rancang Perbelanjaan HarianMaksudnya disini, rancang perbelanjaan mengikut keperluan dan bukan nya kehendak. Ramai yang berbelanja mengikut kehendak sedangkan gaji yang diterima setiap bulan tidak mencukupi pun atau cukup-cukup makan sahaja untuk menampung keperluan harian. Pantang nampak diskaun sana sini, mula lah tak tentu arah. Pada hal barang tersebut lebih kepada kehendak.
Jadi… Sebelum membeli, senaraikan atau tulis setiap barang-barang yang hendak dibeli. Bila perbelanjaan terancang, secara tidak langsung kita boleh mengelak dari berbelanja lebih serta dapat menigkatkan lagi disiplin dalam berbelanja.
7) Konsisten Menabung Setiap BulanBagi saya, konsep asas dalam menabung ini ialah bila kita konsisten menyimpan duit setiap bulan dan duit tersebut tidak diusik / dikeluarkan. Saya sendiri akui bukan mudah sebenarnya untuk konsisten lebih-lebih lagi bila pendapatan kita hanya cukup-cukup makan. Tapi bagi saya, tak dapat jumlah yang banyak, sedikit pun tidak mengapa asalkan ada menyimpan.
Set kan dalam minda yang anda mampu menyimpan setiap bulan. Kalau nak track hasil tabungan, anda boleh pakai savings calculator untuk mengetahui dengan cepat jumlah wang yang akan anda simpan dalam tempoh savings yang ditetapkan.
Amalkan Menabung Dari SekarangSempat lagi ke nak menabung memandangkan tahun 2023 akan tiba kurang dua bulan dari sekarang? Tiada istilah cepat atau lambat. Yang penting kita usaha untuk menambah tabungan dan gandakan simpanan kecemasan yang ada kerana kita perlu membuat persediaan untuk kemungkinan tahun kewangan yang sukar pada 2023 ini nanti. Amalkan menabung dari sekarang. Kalau anda nak tahu, kebanyakan pakar ekonomi dan juga Bank Dunia sudah mengeluarkan amaran tentang ramalan krisis ekonomi global akan melanda seluruh dunia.
Jika tiada langsung simpanan, anda boleh mula menyimpan dengan jumlah simpanan yang kecil dahulu kerana ianya akan meningkat sedikit demi sedikit. Tak kan nak tunggu sehingga berlaku krisis kemelesetan ekonomi baru mula nak sedar kan. Jadi… Kita kena bertindak dari sekarang untuk belajar urus kewangan dengan lebih baik lagi. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizarahman.com/2022/11/6-cara-mudah-menabung-untuk-gandakan-simpanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Sotong Sumbat Masak Merah Mudah Sedap

Cara Buat Sotong Sumbat Masak Merah Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 175 hits
Jika ada sotong di rumah boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni Nampak sedap dan menyelerakan Boleh cuba resipi perkongsian saudari Uya Masbah ini Semoga bermanfaat dan selamat mencuba SOTONG SUMBAT MASAK MERAHBAHAN BAHAN 4 ekor...
Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Guna 3 Bahan Ni Terus Nampak Baru

Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Guna 3 Bahan Ni Terus Nampak Baru

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 211 hits
Mencuci botol susu anak dengan cara yang betul penting untuk mengelakkan bakteria membiak Botol susu yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan risiko penyakit seperti sakit perut muntah atau cirit birit Biasanya botol susu yang digu...
Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 283 hits
Balik kampung tak sah kalau tak jamu selera dengan masakan lauk pauk kampung yang sedap Walaupun bukan dari hasil tangan mak tapi masak sendiri gunakan bahan dan cara tradisional memang luar biasa sedapnya Sejak abah sakit mak dah bercuti m...
Cara Mudah Mengukur Saiz Cincin Menggunakan Iphone

Cara Mudah Mengukur Saiz Cincin Menggunakan Iphone

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 238 hits
Kepada anda yang ingin mengetahui saiz cincin pada jari anda berikut kami kongsikan cara mudah untuk mengukurnya menggunakan peranti iPhone Pertama sekali pasang aplikasi Ring Sizer pada Appstore Seterusnya buka aplikasi tersebut dan Tap pa...
Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Di Jari Dengan Mudah Dan Cepat

Cara Hilangkan Dakwat Mengundi Di Jari Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 207 hits
19 November 2022 Maka media sosial akan dibanjiri dengan gambar gambar jari berdakwat kekal selepas memangkah iaitu mengundi Undi is done Ramai yang tak sabar nak mengundi ke tu Dakwat kekal mengundi di jari ni sikit punya lama nak hilang B...
Ini Cara Lebih Mudah Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di Whatsapp

Ini Cara Lebih Mudah Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 200 hits
Menghantar mesej kepada diri sendiri melalui aplikasi WhatsApp bukanlah ciri baharu Namun WhatsApp kini telah menambah baik ciri itu dengan membolehkannya diakses lebih mudah suggest Sudah mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp versi awam...
Cara Mudah Bersihkan Kipas Secara Diy

Cara Mudah Bersihkan Kipas Secara Diy

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 257 hits
CARA MUDAH BERSIHKAN KIPAS SECARA DIY Nak kualiti angin yang bersih di dalam rumah kipas pun kita kena titik beratkan jugak Kalau dah bersawang dekat kipas lepas tu kita bukak pulak kipas tu berterbanganlah segala habuk yang melekat dekat k...
Apa Itu Bigpay Cara Daftar Bigpay Dengan Mudah

Apa Itu Bigpay Cara Daftar Bigpay Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 218 hits
APA ITU BIGPAY BIGPAY CARA DAFTAR BIGPAY Apa itu Big Pay Bigpay adalah e wallet yang membolehkan kita semua membuat transaksi dengan mengunakan kad dan juga apps di telifon pintar kita sahaja Kad big pay ini juga merupakan kad bersifat prep...
Duit Simpanan Habis Sepanjang Pandemik Covid 19 10 Langkah Jimat Cermat Dan Kembali Menabung

Duit Simpanan Habis Sepanjang Pandemik Covid 19 10 Langkah Jimat Cermat Dan Kembali Menabung

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 248 hits
Duit Simpanan Habis Sepanjang Pandemik Covid 19 Bagaimana Cara Berjimat Cermat Dan Kembali Menabung Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Pandemik covid 19 yang terjadi lebih kurang dalam tempoh dua tahun telah mengubah banyak perkara d...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya