Duduk Semeja Dengan Hidangan Arak Adakah Dibolehkan Walau Tidak Meminumnya



Walaupun Ramadan telah berlalu, namun jiwa dan amalan pada bulan puasa yang telah menjadi kebiasaan masih lagi dilakukan. Antaranya ialah dengan meminum air nabidz sebagai minuman yang boleh membekalkan nutrisi terutamanya kepada mereka yang sudah mula berpuasa enam di bulan Syawal dan juga puasa ganti.
Minuman ini dikatakan memberi impak yang positif dalam kalangan peminum. Selain merupakan minuman sunnah, ia juga dikatakan dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Malah, Rasulullah dikatakan sentiasa mengamalkan air ini terutamanya untuk kekal segar sepanjang hari pada bulan Ramadan.
Ini ada disebut berdasarkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Masud, iaitu:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَاصِمٌ الْأَحْوَلُ حَدَّثَتْنَا بُنَانَةُ بِنْتُ يَزِيدَ الْعَبْشَمِيَّةُ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنَّا نَنْبِذُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سِقَاءٍ فَنَأْخُذُ قَبْضَةً مِنْ تَمْرٍ أَوْ قَبْضَةً مِنْ زَبِيبٍ فَنَطْرَحُهَا فِيهِ ثُمَّ نَصُبُّ عَلَيْهِ الْمَاءَ فَنَنْبِذُهُ غُدْوَةً فَيَشْرَبُهُ عَشِيَّةً وَنَنْبِذُهُ عَشِيَّةً فَيَشْرَبُهُ غُدْوَةً وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ نَهَارًا فَيَشْرَبُهُ لَيْلًا أَوْ لَيْلًا فَيَشْرَبُهُ نَهَارًا
“Kami membuat minuman untuk Rasulullah dalam bentuk rendaman, iaitu segenggam kismis atau kurma dan memasukkannya dalam minuman tersebut. Kami membuatnya pada waktu pagi, lalu beliau meminumnya pada waktu petang. Jika kami membuatnya pada waktu petang, baginda akan meminumnya pada waktu pagi. Abu Mu’awiyah pula berkata, (membuatnya) pada waktu siang dan meminumnya pada malam hari atau (membuatnya) pada malam hari dan meminumnya pada siang hari.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Malah, minuman ini dikatakan merupakan minuman kegemaran Rasulullah SAW. Ia ada diriwayatkan berdasarkan hadis yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA yang berbunyi:
كانَ أحبُّ الشرابِ إلى رسولِ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم الحُلْوَ البارِدَ
Maksud: “Sesungguhnya minuman yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis lagi dingin.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Para ulama’ berpendapat bahawa manis dan dingin di sini ialah minuman nabidz yang disediakan oleh mereka dan direndam semalaman.
Cara untuk menyediakan minuman ini mudah sahaja, iaitu perlu direndam semalaman atau seharian dengan kurma kering atau kismis dengan menggunakan air suam. Ia boleh disimpan dalam tempoh lebih kurang tiga hari sahaja. Jika diperam melebihi tiga hari, ia haram diminum kerana statusnya sudah bertukar menjadi khamar, iaitu arak kerana sifatnya yang boleh memabukkan.
Mengapa Arak Diharamkan
Arak merupakan sejenis minuman yang telah diharamkan kerana ia adalah minuman yang memabukkan. Hal ini ada disebutkan dalam beberapa hadis bahawa, segala jenis minuman yang memabukkan adalah diharamkan kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan.
Khamar berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meliputi atau menutup. Manakala, dari segi istilah ialah jus buahan seperti anggur yang telah direndam lebih daripada tiga hari yang mengeluarkan buih dan boleh menjadikannya mabuk.
Minuman ini merupakan minuman orang Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Rasulullah SAW dan ia sering diminum dalam majlis-majlis yang berbentuk hiburan atau perayaan dan sebagainya.
Selepas kedatangan Islam, arak mula diharamkan secara berperingkat. Kita dapat lihat peringkat pengharaman ini melalui beberapa ayat Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah SWT, iaitu:
#1 – Peringkat Pertama
Pada awalnya, arak dibolehkan sama ada untuk meminumnya atau meninggalkannya. Hamka, di dalam kitab tafsirnya, iaitu Al-Azhar menyebut bahawa Rasulullah telah menyampaikan keburukan dan kebaikan arak, maka baginda menyuruh umatnya menimbang tara sendiri pilihan mereka.
Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam kalamNya yang berbunyi:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Mafhum: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.” (surah Al-Baqara, 2:219)
#2 – Peringkat Kedua
Kemudian, disebabkan oleh beberapa peristiwa orang Arab Muslim yang meninggalkan solat atau hampir meninggalkannya disebabkan oleh mabuk arak, maka turunnya firman Allah melalui surah An-Nisa yang menyuruh umatNya agar menghindari arak sebelum solat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.” (Surah An-Nisa’, 4:43)
#3 – Peringkat Ketiga
Kemudian, untuk peringkat yang ketiga ialah dengan turunnya ayat yang mengharamkan terus aktiviti meminum arak atau segala yang berkaitan dengannya disebabkan oleh lebih banyak kemudaratan berbanding manfaatnya sendiri.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (surah Al-Ma’ida, 5:90)
Justeru, seorang mukmin yang sentiasa menitik-beratkan hukum halal dan haram dalam hidupnya perlulah sentiasa mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan urusan yang ada kena-mengena dengan arak.
Sebagai contoh, jika bekerja di tempat yang ada dihidangkan arak, maka seeloknya tinggalkan pekerjaan tersebut kerana hasil yang didapati adalah bercampur dengan sumber yang haram walaupun kita tidak bekerja di bahagian tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut pendapat sebahagian ulama’, jika kita tidak bekerja di bahagian tersebut, maka hasil pendapatannya tidaklah jatuh hukum haram sebaliknya makruh sahaja. Oleh itu, mereka berpendapat tidak mengapa jika bekerja di kedai-kedai yang menjual arak seperti 7e atau Aeon selagi muslim itu bukanlah yang menjaga bahagian tersebut atau menjaga kaunter untuk bayaran arak tersebut.
Jika hal itu berlaku, maka hukum perbuatan itu adalah haram kerana secara tidak langsung ia telah terlibat dalam proses jual beli arak.
Menurut pendapat mereka lagi, majikan yang prihatin perlulah peka mengenai hal ini dengan meletakkan orang yang bukan Islam untuk mengendalikan urusan jual beli dan pemprosesan arak. Ini bukan sahaja untuk menjaga keberkatan rezeki dan pekerja umat Islam, malah perniagaan yang dijalankan itu sendiri.
Hal ini kerana, golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan arak adalah haram hukumnya dan merupakan golongan yang dilaknat. Ini ada disebut melalui sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ
“Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminum, pembawa, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjual, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membeli dan orang yang meminta dibelikan untuknya.
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Berada Di Dalam Majlis Yang Dihidangkan Arak
Kemudian, timbul juga beberapa persoalan berkenaan umat Islam yang menghadiri majlis yang dihidangkan arak. Apakah statusnya, adakah perbuatannya elok atau diharamkan?
Menurut beberapa pendapat yang telah dilihat, mereka mengatakan bahawa duduk sekali dalam majlis yang terhidangnya arak sama ada semeja atau tidak, atau sama ada minum atau tidak adalah haram hukumnya.
Hal ini kerana untuk mengelakkan fitnah, menjaga keizzahan Islam, menjaga maruah dan kehormatan diri sendiri serta untuk mengelakkan daripada perbuatan yang boleh merosakkan akhlak dan peribadi seseorang muslim.
Hal ini adalah berdasarkan beberapa dalil yang telah disebutkan, iaitu:
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Mafhum: Dan mereka menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Surah Al-Mu’minun, 23:3)
Melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA juga, iaitu:
من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ
Maksud: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak.” (Hadis Riwayat Al-Haitami)
Arahan menjauhi arak lagi kuat dari meminumnya. Hal ini kerana, dengan mendekati arak, maka kita telah menjatuhkan diri sendiri ke lembah fitnah dan sebenarnya boleh menimbulkan banyak lagi kerosakan.
Menurut pandangan Syeikh Rahimahullah pula, larangan berada di dalam majlis arak adalah sama dengan larangan berada di dalam majlis yang penuh kelalaian lain. Hal ini juga kerana majlis yang terkandungya arak juga mengandungi unsur maksiat yang lain.
Oleh itu, jika duduk semeja dengan peminum arak, maka hukumnya adalah berdosa walaupun kita tidak meminumnya. Hal ini kerana, ia boleh mengundang fitnah dan boleh menimbulkan keburukan. Sebagai contoh, jika kita tersilap minum arak yang disangkakan air biasa seperti teh dan sebagainya, maka ia boleh mengundang diri kita ke arah keburukan. Hal ini seeloknya dielakkan daripada berada dalam majlis-majlis tersebut.
Kesimpulan
Arak – yang terlibat dalam prosesnya akan mendapat dosa, apatah lagi mereka yang meminumnya. Rasulullah malah melaknat mereka yang minum air arak dan terlibat dalam pemprosesannya. Oleh itu, sebagai muslim yang sentiasa menginginkan keberkatan dalam dirinya, maka perlulah mengelakkan diri sendiri daripada terjerumus ke lembah maksiat tersebut.
Rujukan: Mufti Wilayah
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Duduk Semeja Dengan Hidangan Arak – Adakah Dibolehkan Walau Tidak Meminumnya appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/duduk-semeja-dengan-hidangan-arak-adakah-dibolehkan-walau-tidak-meminumnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Perlu Diasingkan Mayat Orang Bunuh Diri Dari Mayat Umat Islam Lain

Adakah Perlu Diasingkan Mayat Orang Bunuh Diri Dari Mayat Umat Islam Lain

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 470 hits
Soalan Adakah mayat orang yang mati disebabkan membunuh diri perlu diasingkan dengan mayat umat Islam lain di tanah perkuburan Jawapan Perbuatan membunuh diri merupakan salah satu daripada dosa dosa besar yang dimurkai oleh Allah SWT Ini be...
Adakah Ungkapan Cina Hilang Ong Tulis Bahasa Kebangsaan

Adakah Ungkapan Cina Hilang Ong Tulis Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 264 hits
Tak mustahil setiausaha politik bapa ultra kiasu bertanding PRU15 Ridhuan Tee Abdullah menyelar gambar tular di media sosial menunjukkan ungkapan bahasa Cina ditampal pada dinding pejabat Menteri Kewangan Lim Guan Eng BANGI Benar kata kata ...
Adakah Minyak Akan Mencapai Paras Harga 30 Sekiranya Berlaku Konflik Perdagangan Yang Baru

Adakah Minyak Akan Mencapai Paras Harga 30 Sekiranya Berlaku Konflik Perdagangan Yang Baru

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 427 hits
Menurut pakar pakar dari Bank of America Merrill Lynch kos minyak mungkin jatuh ke paras kritikal 30 setong sekiranya rundingan yang tidak berjaya antara China dan Amerika Syarikat dan ketidakmampuan untuk mencari kompromi Dalam keadaan ini...
Adakah Ramalan Cuaca Termasuk Tilikan Yang Diharamkan

Adakah Ramalan Cuaca Termasuk Tilikan Yang Diharamkan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 262 hits
Soalan Adakah ramalan kaji cuaca termasuk di bawah tilikan amalan perbomohan yang diharamkan secara jelas dalam Islam Jawapan Tiada seorangpun yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah Azza wa Jalla Firman Nya di dalam al Quran al Azim ...
Adakah Penggunaan Tempered Glass Telefon Berbaloi Untuk Pengguna

Adakah Penggunaan Tempered Glass Telefon Berbaloi Untuk Pengguna

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 559 hits
Tempered Glass adalah teknologi baharu bagi menggantikan Screen Protector variasi plastik semenjak muncul peranti jenis sesentuh Aksesori telefon yang terbaru ini dikatakan dapat menjelaskan ke tahap full HD maka pengguna dapat melihatkan s...
Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau Memilih

Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau Memilih

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 447 hits
Ramai yang tertanya takdir jodoh menurut Islam adalah pilihan atau bukan Jawapannya jodoh merupakan salah satu rahsia Allah yang sering dipertanyakan dan dipersoalkan oleh manusia Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau memilih Credit Pic...
Siapakah Mysterio Adakah Dia Superhero Dalam Filem Spider Man Far From Home

Siapakah Mysterio Adakah Dia Superhero Dalam Filem Spider Man Far From Home

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 425 hits
Sejak filem pertama Spider Man arahan Sam Raimi dihasilkan pada tahun 2002 peminat peminat teringin melihat supervillain Mysterio berentap dengan Spider Man di dalam mana mana filem adiwira tersebut Marvel Studios kemudiannya menunaikan imp...
Adakah Menguap Boleh Sebabkan Gangguan Jin

Adakah Menguap Boleh Sebabkan Gangguan Jin

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 356 hits
Menguap adalah satu proses semulajadi yang berlaku kepada manusia Bagaimana proses menguap berlaku Kalau menurut pendapat kebanyakan daripada kita selalunya menguap ini dikaitkan dengan keletihan dan rasa mengantuk Tetapi menurut ahli sains...
Adakah Fed Akan Menurunkan Kadar Dalam Bulan Julai

Adakah Fed Akan Menurunkan Kadar Dalam Bulan Julai

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 320 hits
Peserta pasaran kewangan dalam kemerosotan dan mereka cuba melangkah lebih jauh dari statistik Kontrak derivatif masih yakin untuk mengurangkan dasar monetari Fed pada mesyuarat pada bulan Julai walaupun mereka mengurangkan kemungkinan peng...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri