Adakah Ramalan Cuaca Termasuk Tilikan Yang Diharamkan



Soalan:
Adakah ramalan kaji cuaca termasuk di bawah tilikan amalan perbomohan yang diharamkan secara jelas dalam Islam?

Jawapan:
Tiada seorangpun yang mengetahui perkara ghaib, melainkan Allah ‘Azza wa Jalla. Firman-Nya di dalam al-Quran al-Azim:

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ
“Sesungguhnya Allah, hanya miliknya bilakah berlakunya kiamat, dan Dia Mengetahui apa yang ada di dalam rahim-rahim. Tiada seorangpun yang tahu apa yang dia akan lakukan pada hari esok, dan tiada seorangpun tahu di mana dia akan menemui kematian.” [Surah Luqman (34)]

Firman Allah SWT lagi:

قُلْ لا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
“Katakanlah, tidak ada satupun di langit dan dibumi yang mengetahui hal ghaib, kecuali Allah.” [Surah al-Naml (65)]

Diriwayatkan oleh Safiyyah R.Anha, daripada para isteri Nabi SAW, bahawa Baginda pernah bersabda:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Sesiapa yang mendatangi bomoh dan bertanya kepadanya tentang suatu hal, tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” [Sahih Muslim (2230)]

Jelas daripada dalil-dalil di atas, bahawa amalan perbomohan yang melibatkan perkara-perkara ghaib dan tukang tilik adalah dilarang keras dalam Islam.

Adakah boleh diqiyaskan ramalan kaji cuaca dengan amalan tilik? Dalam isu ini, para ulama telah memberikan pandangan mereka, antaranya ialah:

Majlis Fatwa Jordan

Para ahli meteorologi dan iklim mengetahui bahawa hujan mempunyai tanda-tanda yang boleh dikesan berdasarkan pergerakan angin dan awan, yang merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan sejak dahulu lagi. Namun ramalan-ramalan tersebut mestilah bersifat telahan berdasarkan kajian, bukan bersifat pasti (jazam) yang tepat seratus peratus.

Sebagai seorang Muslim, kita meyakini bahawa Allah SWT berhak melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, dan kepada-Nya jualah kembali setiap perkara. Waktu berlakunya hujan tidak diketahui melainkan oleh Allah SWT, dan kerana itulah kita perhatikan kerap kali ramalan-ramalan cuaca ini meleset sama sekali. (Rujuk Fatawa Syeikh Nuh ‘Ali Salman bab ‘aqidah, nombor 13)

Al-Lajnah al-Da’imah (Arab Saudi)

Waktu berlakunya gerhana matahari, bulan dan fenomena-fenomena alam yang lain dapat diketahui melalui ilmu matematik, dan ianya bukannya termasuk di bawah perkara-perkara ghaib. Bahkan, ia mungkin dianggap ‘ghaib’ bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam perkara tersebut.

Pengetahuan tentang pergerakan awan atau ramalan cuaca dan waktu turunnya hujan adalah tertakluk kepada pengetahuan tentang sunnatullah al-kauniyyah, dan ia bersifat ilmu zhanni yang dicapai melalui teori ilmiah dan eksperimen yang tidak mencapai tahap qath’i yang seratus peratus benar. Kerana itulah kadangkala ia benar, dan kadangkala ia tersilap. (Rujuk Fatawa al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth wa al-Iftaa’, fatwa bernombor 4667)

Pandangan dan penghujahan yang serupa juga diberikan oleh Almarhum Syeikh Soleh ibn ‘Uthaimin, dimana beliau menafikan ramalan kaji cuaca ini merupakan perkara ghaib. (Rujuk Al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab al-Tauhid, 1/531-532)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah sewaktu menulis berkenaan pengiraan fenomena-fenomena alam seperti gerhana bulan dan gerhana matahari, atau penentuan musim-musim sejuk dan panas, menyatakan bahawa kiraan-kiraan ini tidak dikira sebagai ilmu ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, bahkan ia termasuk dibawah ilmu matematik. (Rujuk Al-Fatawa al-Kubra, 4/424)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami simpulkan bahawa ramalan kaji cuaca (meteorologi) tidak boleh disamakan dengan amalan perbomohan, tukang tilik dan ramalan zodiak (astrologi) yang membawa kepada syirik dan kekufuran.

Ramalan kaji cuaca antara lainnya adalah bagi memudahkan manusia merancang perjalanan dan aktiviti harian. Ia tidak memaksa kita semua mempercayai segala informasi dan maklumat dan diberikan, dan kita mengetahui bahawa ia sekadar ramalan berdasarkan kaedah-kaedah matematik dan tidak mempercayainya seratus peratus.

Hal ini pastinya berbeza dengan amalan perbomohan yang membawa kepada kekufuran, tidak berasaskan sebarang kaedah yang diperakui kebenarannya, lantaran kepercayaan tanpa berbelah-bahagi kepada bomoh, meminta bantuan kepada makhluk-makhluk ghaib dan jampi serapah yang memuja syaitan.

Namun, adalah dicadangkan juga agar istilah ‘ramalan’ tidak lagi digunakan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi, dan menggunakan istilah kaji cuaca sahaja. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/adakah-ramalan-cuaca-termasuk-tilikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Qazaf Termasuk Hukuman Liwat

Adakah Qazaf Termasuk Hukuman Liwat

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 220 hits
Takrif QazafMenurut kitab al Fiqh al Manhaji qazaf dari sudut bahasa membawa erti lontaran tuduhan Dalam Mukhtar al Sihah qazaf dengan menggunakan batu adalah melontar menggunakannya Manakala dari sudut istilah qazaf adalah tuduhan berzina ...
Cuaca Buruk 2 Penerbangan Tujuan Samarinda Dialihkan Ke Balikpapan

Cuaca Buruk 2 Penerbangan Tujuan Samarinda Dialihkan Ke Balikpapan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 247 hits
Kota Samarinda dilanda cuaca buruk sejak dini hari Dua penerbangan Garuda Indonesia dan Batik Air dari Jakarta tujuan Samarinda terpaksa dialihkan ke Balikpapan akibat jarak pandang di bawah 1 kilometer Hujan intensitas sedang hingga deras ...
Cuaca Terlalu Panas Menyebabkan Kereta Mencair Di Kuwait

Cuaca Terlalu Panas Menyebabkan Kereta Mencair Di Kuwait

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1106 hits
Akibat cuaca terlalu panas dan mencecah 62 c di Kuwait telah menyebabkan kereta dan plastik mencair di sana Menurut laporan akhbar di sana kejadian seumpama ini merupakan kali pertama terjadi Fenomena yang sama pernah berlaku di India denga...
Pengisytiharan Aset Ahli Parlimen Kakitangan Kerajaan Polis Termasuk Ahli Perniagaan

Pengisytiharan Aset Ahli Parlimen Kakitangan Kerajaan Polis Termasuk Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 296 hits
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan supaya pengisytiharan aset tidak terhad kepada Ahli Parlimen kerajaan kanan dan pegawai polis peringkat tertinggi tetapi juga termasuk ahli perniagaan Ahli Parlimen Gua Musang berkata la...
Amaran Cuaca Buruk Di Kelantan Dan Terengganu Sehingga Esok

Amaran Cuaca Buruk Di Kelantan Dan Terengganu Sehingga Esok

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 544 hits
Kepada Penduduk di sekitar Kelantan dan Terengganu terutama di kawasan yang selalu dinaiki air supaya berhati hati dan sentiasa berjaga jaga CETAK Artikel ini
Kuwait Kereta Mencair Sebab Cuaca Terlalu Panas

Kuwait Kereta Mencair Sebab Cuaca Terlalu Panas

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 670 hits
Akibat cuaca terlalu panas dan mencecah 62 c di Kuwait telah menyebabkan kereta dan plastik mencair di sana Menurut laporan akhbar di sana kejadian seumpama ini merupakan kali pertama terjadi Fenomena yang sama pernah berlaku di India denga...
5 Trik Agar Kulitmu Tetap Glowing Meski Cuaca Lagi Panas Panasnya Pokoknya Anti Kusam

5 Trik Agar Kulitmu Tetap Glowing Meski Cuaca Lagi Panas Panasnya Pokoknya Anti Kusam

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 243 hits
Teruntuk kamu yang kulitnya kering dan kusam karena terpapar matahari yang panasnya nggak nahan
Ramalan Terkini 06 19 2019 Eurusd

Ramalan Terkini 06 19 2019 Eurusd

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 320 hits
Pada hari Selasa 18 Jun ECB melakukan campur tangan lisan terhadap euro Ketua Presiden ECB Mario Draghi membuat kenyataan bahawa ECB boleh memohon langkah insentif baru pada bulan Julai untuk mendorong permulaan peningkatan kadar lebih jauh...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai