Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau Memilih




Ramai yang tertanya, takdir jodoh menurut Islam adalah pilihan atau bukan. Jawapannya, jodoh merupakan salah satu rahsia Allah yang sering dipertanyakan dan dipersoalkan oleh manusia. 


Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau memilih?
Credit Pic : SUMBER
Banyak persepsi yang digambarkan apabila bercakap tentang jodoh. Ia sememangnya takdir yang telah ditetapkan Allah dan tidak mampu untuk ditukar oleh sesiapa.


Adakah Soal Jodoh Lebih Elok Dipilih Atau memilih?
Namun, segelintir individu kini merasakan bahawa mereka inginkan jodoh sempurna buat diri mereka dan menolak tepi beberapa perkara penting yang turut perlu dititikberatkan dalam proses mencari pasangan hidup


Jodoh : Dipilih atau Memilih?
Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. 

Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.

Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh dan  akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia. Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.

Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Allah mahu mempertemukan di mana dan bila, itu kerja Allah. 

Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik !!

Bukan setakat itu sahaja, pastikan anda mengambil berat tentang empat perkara ini: Allah, agama, keluarga dan kawan-kawan pasangan yang bakal dipilih.

Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.

Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.

"Jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, dengan apa jua cara sekalipun, dua insan itu akan dipertemukan..."


Antara nasihat saya untuk kalian :Buat kaum Adam, jika anda mahu mencari Hawa, lihatlah dahulu perkara-perkara ini. Jika lengkap pada dirinya, maka itulah jodoh yang sesuai buat dirimu.


1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada anggota lelaki lain tanpa berlapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.

2. Jangan hanya dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya yang berbisa atau kuat pada suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) kepada suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


Buat haum Hawa pula, jika anda mahu menerima kaum Adam, lihat juga perkara-perkara yang disenaraikan ini. Jika cukup, maka fikirlah dengan sebaik-baiknyanya jika anda ingin bersama mereka.

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.

Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.


SUMBER

Baca Juga : Maksud Sebenar Kecomelan Wanita Di Mata Lelaki



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dakcaii.blogspot.com/2019/06/adakah-soal-jodoh-lebih-elok-dipilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Zawawi Mahu Mujahid Atau Pemimpin Lebih Tinggi

Nik Zawawi Mahu Mujahid Atau Pemimpin Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 430 hits
Ketua Ulama PAS itu berkata beliau berasa aneh apabila pihak yang ribut dan menawarkan diri berdialog dengannya adalah golongan pertengahan
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 478 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Saya Tidak Serik Berlakon Aliff Syukri Lebih Memilih Watak Selepas Ini

Saya Tidak Serik Berlakon Aliff Syukri Lebih Memilih Watak Selepas Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 326 hits
Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akui tidak pernah serik untuk berlakon selepas filem lakonannya Badang The Movie menerima kecaman hebat daripada ramai pihak BACA Menurut Aliff dia menganggap bidang lakonan sebagai hobi...
Soal Jawab Oneplus Oneplus 7 Pro Akan Lebih Dioptimasikan Pada Masa Hadapan

Soal Jawab Oneplus Oneplus 7 Pro Akan Lebih Dioptimasikan Pada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 222 hits
Menurut Counterpoint OnePlus adalah peranti kelima paling premium di dunia Sejak laporan ini dikeluarkan harga peranti OnePlus mula melonjak dan menyebabkan harga jualan rasmi di Malaysia mencapai RM4 199 seunit Walaupun ia berharga melebih...
Pendirian Pas Pemimpin Beriman Tidak Berintegriti Lebih Baik Daripada Pemimpin Berintegriti Tidak Beriman

Pendirian Pas Pemimpin Beriman Tidak Berintegriti Lebih Baik Daripada Pemimpin Berintegriti Tidak Beriman

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 268 hits
Terpenting kita wajib membina syakhsiah dengan petunjuk Islam menunjukkan model integriti yang tinggi walaupun setiap manusia ada sifat kelemahan makhluk melakukan kesalahan dan dosa tetapi syarat Islam yang memimpin diwajibkan itu hendakla...
Ganti Kebiasaan Duduk Jadi Berdiri Untuk Buat Berat Badan Lebih Cepat Susut

Ganti Kebiasaan Duduk Jadi Berdiri Untuk Buat Berat Badan Lebih Cepat Susut

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 272 hits
Sebuah penelitian dilakukan oleh Dr Francisco Lopez Jimenez dari Mayo Clinic untuk mengetahui berapa banyak kalori yang dapat dibakar dari berdiri Diketahui bahwa berdiri ternyata membakar kalori lebih banyak dibanding duduk
Bkn Penerimaan Pppk Akan Dibuka Lebih Dulu Sebelum Cpns 2019

Bkn Penerimaan Pppk Akan Dibuka Lebih Dulu Sebelum Cpns 2019

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 220 hits
Badan Kepegawaian Negara menegaskan bahwa proses penerimaan Pegawai Pemerintah dengan Perjanjian Kerja akan dibuka terlebih dulu sebelum Calon Pegawai Negeri Sipil di 2019
Youth Mask Rawatan Segera Untuk Wajah Yang Lebih Licin Dan Bersih

Youth Mask Rawatan Segera Untuk Wajah Yang Lebih Licin Dan Bersih

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 678 hits
Kalau korang nak tahu Face Mask dari Shaklee ni dah lama di introduce di US tau Cuma kat Malaysia je Youth produk keluar one by The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun