Adakah Perlu Diasingkan Mayat Orang Bunuh Diri Dari Mayat Umat Islam Lain



Soalan:
Adakah mayat orang yang mati disebabkan membunuh diri perlu diasingkan dengan mayat umat Islam lain di tanah perkuburan?

Jawapan:
Perbuatan membunuh diri merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang dimurkai oleh Allah SWT. Ini berdasarkan nas-nas daripada al-Quran dan as-Sunnah, antaranya ialah:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” [Surah al-Isra’: 33]

Ayat ini menunjukkan haram untuk membunuh manusia tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Keumuman larangan ini termasuklah larangan terhadap membunuh diri sendiri.

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَة
“Sesiapa yang membunuh diri dengan cara tertentu, pada hari Kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu juga.” [Riwayat al-Bukhari (6047) dan Sahih Muslim (110)]

Hukum Mengebumikan Jenazah yang Mati Disebabkan Bunuh Diri

Ulama bersepakat bahawa orang yang mati disebabkan membunuh diri tidak terkeluar daripada Islam walaupun telah melakukan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ulama juga bersepakat bahawa jenazah orang yang membunuh diri wajib dikafankan dan dikebumikan di perkuburan umat Islam dan ia adalah satu fardhu kifayah seperti mana kewajipan memandikannya dan mengerjakan solat jenazah ke atasnya. [Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (6/295)]

Imam ibn Battal Rahimahullah telah berkata: “Ijma’ fuqaha dan ahli sunnah bahawa sesiapa yang membunuh diri tidak mengeluarkannya daripada Islam, disolatkan ke atasnya dan dosa ke atasnya (atas perbuatan membunuh diri) seperti mana yang dikatakan oleh Imam Malik, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam.” [Rujuk Syarh Sahih al-Bukhari (3/349)]

Imam Syihabuddin ar-Ramli Rahimahullah telah berkata: “Dan memandikan jenazah, mengkafankannya, mengerjakan solat ke atasnya, membawanya ke kubur dan mengebumikannya merupakan fardhu kifayah secara ijma’ berdasarkan suruhan-suruhan daripada al-Quran dan as-Sunnah, sama ada ke atas jenazah yang membunuh diri atau selain daripadanya.” [Rujuk Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (2/441)]

Kesimpulan

Orang Islam yang meninggal dunia disebabkan perbuatan membunuh diri tidak mengeluarkannya daripada agama Islam disebabkan perbuatannya itu, bahkan menjadi fadhu kifayah kepada umat Islam lain untuk memandikanya, mengkafankannya, mengerjakan solat ke atasnya serta mengebumikannya di tanah perkuburan umat Islam.

Oleh itu, kami berpandangan mayat orang yang mati disebabkan perbuatan membunuh diri tidak perlu diasingkan dengan mayat-mayat lain di tanah perkuburan Islam. Mayatnya diuruskan seperti mayat-mayat umat Islam yang lain termasuk tempat diletakkan mayat tersebut di tanah perkuburan.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/adakah-perlu-diasingkan-mayat-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Abg Bunuh Teman Demi Motor Mayat Dikarungi Lalu Dibuang Ke Sungai

4 Abg Bunuh Teman Demi Motor Mayat Dikarungi Lalu Dibuang Ke Sungai

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 294 hits
Empat pemuda di Musi Rawas Sumatera Selatan nekat membunuh temannya sendiri untuk mendapatkan sepeda motor Mayat korban dimasukkan dalam karung lalu dibuang ke sungai
Benarkah Islam Mengiktiraf Agama Lain Berdasarkan Ayat Ke 6 Surah Al Kafirun

Benarkah Islam Mengiktiraf Agama Lain Berdasarkan Ayat Ke 6 Surah Al Kafirun

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 568 hits
Soalan Terdapat satu kelompok dalam masyarakat yang mendakwa bahawa agama Islam juga mengiktiraf ajaran agama agama lain Mereka berhujah berdasarkan ayat al Quran dalam surah al Kafirun Mohon penjelasan berkenaan perkara ini Jawapan Al Qura...
Lagi Aktivis Ditemukan Tewas Bunuh Diri Waspada 5 Tanda Depresi Yang Jarang Disadari Ini

Lagi Aktivis Ditemukan Tewas Bunuh Diri Waspada 5 Tanda Depresi Yang Jarang Disadari Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 247 hits
Aktivis anti bunuh diri aja bisa depresi dan mengakhiri hidupnya jangan sampai kamu juga mengalami hal sama
Anggota Polis Bunuh Diri Di Ipd Bintulu

Anggota Polis Bunuh Diri Di Ipd Bintulu

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 2324 hits
Seorang anggota polis ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu lapor Harian Metro Anggota berpangkat Lans Koperal itu berusia 48 tahun dan dipercayai telah menembak dirinya sendiri kerana tidak dapat mengawal tekanan selepas berteng...
Gara Gara Cinta Terhalang Selfie Sebelum Bunuh Diri

Gara Gara Cinta Terhalang Selfie Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 284 hits
Seorang lelaki dan teman wanitanya yang sudah berkahwin didakwa bergambar dengan pistol diacukan di kepala sebelum membunuh diri BACA Berang Dimarah Suami Wanita Rakam Video TikTok Bunuh Diri Minum RacunPasangan kekasih malang itu dikenal p...
Mahasiswa Binus Ditemukan Tewas Diduga Bunuh Diri Melompat Dari Atas Gedung Kampus

Mahasiswa Binus Ditemukan Tewas Diduga Bunuh Diri Melompat Dari Atas Gedung Kampus

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 306 hits
Korban meninggal dunia diduga karena bunuh diri akibat terjatuh dari lantai atas kata Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono
Diduga Bunuh Diri Eko Nekat Melompat Ke Kali Depan Season City

Diduga Bunuh Diri Eko Nekat Melompat Ke Kali Depan Season City

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 258 hits
Halimah mengaku sempat melihat korban berdiri di atas jembatan jalan Prof Dr Latumeten itu
Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1363 hits
Kisah seram hostel ini bermula masa Sha mula mula masuk semester 1 Sha dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan Bilik yang Sha dapat ni bukan la berhantu Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui ...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today