Dua Perdana Menteri Malaysia Pernah Hadapi Undi Usul Percaya



Oleh: Fahmi Fadzil
Di Malaysia, pernah berlaku dua kali sebelum ini di mana seorang Perdana Menteri yang dilantik bukan sejurus selepas PRU:
1) Datuk Hussein Onn, pada 15 Januari 1976, bagi menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia; dan
2) Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 31 Oktober 2003, bagi menggantikan Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan.
Dalam dua insiden ini, kedua-duanya menyaksikan sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat terhadap lantikan tersebut diuji melalui satu usul sokongan atau kepercayaan yang dibawa oleh seorang Ahli Dewan Rakyat.
Bagi Datuk Hussein Onn, usul telah dibentang dan diluluskan pada 27 Januari 1976 (12 hari selepas dilantik).
Bagi Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, usul telah dibentang dan diluluskan pada 3 November 2003 (3 hari selepas dilantik).
Usul sokongan ini dilihat penting kerana kejadian tersebut berbeza dari ketika seorang Perdana Menteri dilantik sejurus selepas PRU, di mana pada ketika itu beliau memang merupakan ketua parti yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai.
Dua duluan (precedent) di atas ini menjadi landasan dan kayu ukur bagi perkara-perkara serupa yang berlaku di masa depan di Parlimen.
Malangnya, dalam kejadian ketiga peralihan kuasa dalam sejarah 61 tahun Parlimen Malaysia, seorang Ketua Majlis (Perdana Menteri) yang dipercayai mungkin mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat masih belum diuji dan disahkan sokongan tersebut.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik pada 1 Mac 2020, namun sehingga hari ini iaitu 82 hari kemudian sokongan tersebut masih belum dapat disahkan.
Ditambah pdengan dua insiden yang menimbulkan keraguan terhadap sokongan yang dikatakan beliau miliki: (1) Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat, mengatakan beliau tidak menyokong Kerajaan dan bersama Pembangkang; dan (2) GPS menafikan kenyataan bersama yang meletakkan nama mereka sebagai sebahagian dari blok Perikatan Nasional yang menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Inilah antara sebab mengapa ramai yang persoalkan keabsahan kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekarang.
Mungkin peluang berikutnya untuk menguji sokongan beliau akan tiba 134 hari selepas beliau dilantik, iaitu pada 13 Julai bila Parlimen bersidang semula.
Atau mungkin lebih awal dari itu?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27791

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Tak Percaya Pm Hanya Masalah Dalaman Bersatu

Usul Undi Tak Percaya Pm Hanya Masalah Dalaman Bersatu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 322 hits
Oleh Athirah Huda ZalheBANGI 16 Ramadan 1441H Sabtu Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menyifatkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah tindakan demi kepentingan peribadi serta keluarga dan ...
Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 421 hits
PETALING JAYA Kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional akan mengundi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di Parlimen kata Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata ketetapan berkenaa...
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 438 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 360 hits
Pemerhati politik menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak terlalu obses terhadap kuasa semata mata sehingga sanggup membelakangkan keutamaan yang perlu diberi tumpuan pada waktu ini iaitu menangai wabak Covid 19 Pensyarah Kanan Univ...
Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 456 hits
Dunia berperang COVID 19 ahli politik Malaysia pula sibuk catur kuasa BANGI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadapi ujian untuk mendapat keyakinan Ahli Parlimen negara ini sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan Tun ...
Parlimen Hanya Dengar Titah Diraja Tiada Usul Undi Tak Percaya

Parlimen Hanya Dengar Titah Diraja Tiada Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 310 hits
Parlimen hanya dengar titah diraja tiada usul undi tak percayaSidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung sehari sahaja pada 18 Mei ini hanyalah semata mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di Pertuan Agong tanpa melibatkan sebara...
Usul Undi Tidak Percaya Mampu Ubah Majoriti Jatuhkan Pn

Usul Undi Tidak Percaya Mampu Ubah Majoriti Jatuhkan Pn

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 329 hits
Usul undi tidak percaya mampu ubah majoriti jatuhkan PNPUTRAJAYA Usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang mahu dibawa oleh Pakatan Harapan di Dewan Rakyat diyakini mampu mengubah sokongan majoriti yang diperoleh kerajaan kepada pemban...
Usul Untuk Mengesahkan Kedudukan Perdana Menteri Lebih Penting Daripada Lain2 Usul

Usul Untuk Mengesahkan Kedudukan Perdana Menteri Lebih Penting Daripada Lain2 Usul

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 338 hits
Apa pun hujah serta alasan kerajaan mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei Ini kerana usul tidak percaya itu...
Rakyat Malaysia Banjiri Ucapan Hari Jadi Perdana Menteri Yang Ke 73 Tahun

Rakyat Malaysia Banjiri Ucapan Hari Jadi Perdana Menteri Yang Ke 73 Tahun

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 402 hits
Selamat hari jadi kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke 73 tahun Alhamdulillah terima kasih atas pengorbanan Tan Sri yang dibuat untuk rakyat Malaysia semasa pandemik ini Menurut tinjauan Ohmedia di Facebook rakya...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ptti Umum Insentif Rm500 Untuk Straight A Raikan 13 469 Pelajar Cemerlang Spm

13 With Tan Sri S Dato Seri S And Lge Cronies In Mbi Round Up

100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi

Ilham Centre Bn Tiada Masalah Besar Kekal Kerusi Dun Ayer Kuning

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank