Parlimen Hanya Dengar Titah Diraja Tiada Usul Undi Tak Percaya



Parlimen hanya dengar titah diraja, tiada usul undi tak percayaSidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung sehari sahaja pada 18 Mei ini, hanyalah semata-mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melibatkan sebarang urusan lain.

Ia sekaligus menutup pintu untuk sebarang usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memberitahu beliau menerima surat pemakluman daripada Muhyiddin selaku ketua Majlis Dewan Rakyat, bahawa kerajaan memutuskan tiada sidang selepas titah Diraja yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi, pada 18 Mei, Isnin ini.

Katanya, beliau dimaklumkan keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Perkara sama turut dizahirkan dalam satu notis pemberitahuan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat ditujukan buat ahli-ahli Parlimen dan dilihat Malaysiakini, bertarikh hari ini.

Ini berbeza daripada notis lebih awal oleh Riduan sebelum ini, yang menyatakan selain titah diraja, sidang pada 18 Mei ini akan turut membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja.

Notis awal yang dikeluarkan bulan lalu itu turut mengesahkan sidang Parlimen hanya akan bersidang selama sehari sahaja bagi tujuan yang disebutkan itu.

Perubahan agenda ini bermakna, tiada ruang terbuka untuk mana-mana usul, baik oleh kerajaan mahupun pembangkang.

Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini merupakan persidangan pertama sejak “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan Muhyiddin pada asalnya bercadang membentangkan empat usul dan dua rang undang-undang pada persidangan sehari itu.

Dengan perkembangan terbaru ini, rancangan tersebut pun nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.

PH sebelum ini mendesak agar persidangan itu dilanjutkan dengan bekas menteri Liew Vui Keong menghantar satu usul memintanya dilanjutkan sehingga lapan hari, tetapi PN membidasnya dengan membangkitkan tentang risiko jangkitan Covid-19.

Mahathir sebelum ini berjaya menghantar permohonan usul tidak percaya ke atas Muhyiddin yang diterima oleh Mohamad Ariff, tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan menegaskan hanya usul kerajaan akan diutamakan.

Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok, dalam respons segeranya berkata, perkembangan itu menunjukkan Muhyiddin terlalu takut untuk mengadakan sidang Parlimen.

“Dia takut nak berhadapan dengan PH di parlimen,” katanya. - Malaysiakini
rePublish Berita Terkini MalaysiaParlimen hanya dengar titah diraja, tiada usul undi tak percaya Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/parlimen-hanya-dengar-titah-diraja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 498 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Usul Undi Tak Percaya Pm Hanya Masalah Dalaman Bersatu

Usul Undi Tak Percaya Pm Hanya Masalah Dalaman Bersatu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 338 hits
Oleh Athirah Huda ZalheBANGI 16 Ramadan 1441H Sabtu Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menyifatkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah tindakan demi kepentingan peribadi serta keluarga dan ...
Implikasi Jika Usul Undi Tidak Percaya Efektif

Implikasi Jika Usul Undi Tidak Percaya Efektif

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 460 hits
Oleh Abd Malek Hussin Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020 Berbagai negara demokrasi berparlimen pernah mengalami usul undi tidak percaya Ada nega...
Usul Undi Percaya Tun M Anwar Tak Tahu

Usul Undi Percaya Tun M Anwar Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 363 hits
Kredit MSO Cadangan untuk dibawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir di parlimen yang dibawa oleh ahli Parlimen Semporna Mohd Shafei Afdal saya kira ia tidak ada dalam pengetahuan ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim Mungkin usul berke...
Usul Undi Percaya Dr M Tak Selari Perlembagaan Pertikai Agong

Usul Undi Percaya Dr M Tak Selari Perlembagaan Pertikai Agong

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 421 hits
BERITADiterbitkan Hari ini 4 14 pmSpeaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad Saya telah rneneliti usul y...
Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 472 hits
Dunia berperang COVID 19 ahli politik Malaysia pula sibuk catur kuasa BANGI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadapi ujian untuk mendapat keyakinan Ahli Parlimen negara ini sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan Tun ...
Usul Undi Percaya Tun M Bercanggah Perlembagaan Zainul Rijal

Usul Undi Percaya Tun M Bercanggah Perlembagaan Zainul Rijal

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 440 hits
Persatuan Peguam Peguam Muslim membidas kenyataan Naib Pengerusi DAP Perak Dr Aziz Bari yang mempertikaikan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ariff Md Yusof menolak usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Moha...
Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

The Unspoken Burden This Is What I Ve Learned From Being A Woman In Marriage

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Latihan Pusat Kalam Jamaaie Daerah Kuala Selangor 2025

Belajar Sampai Tua

Diam Bukan Lemah

Baru 8 Bulan Cerai Dah Kahwin Baru Pempengaruh Dikecam Lupa Diri Amp Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Isu Hutang Rm4 65 Juta Fazura Akhirnya Buka Mulut Saya Adalah Diri Saya Syarikat Itu Entiti Yang Lain

Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara