Usul Untuk Mengesahkan Kedudukan Perdana Menteri Lebih Penting Daripada Lain2 Usul




Apa pun hujah serta alasan kerajaan, mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei.

Ini kerana, usul tidak percaya itu adalah sangat penting untuk mengesahkan kesahihan sokongan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Sejak mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, kedudukan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin terus menjadi pertikaian ramai dan ia diperkuatkan lagi apabila beliau membuat keputusan menangguhkan sidang Parlimen yang sepatutnya pada 9 Mac kepada 18 Mei.

Sudah tentu, jika sahih Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti yang benar-benar mantap, tidak ada sebab untuk beliau menangguhkan sidang Parlimen yang telah dijadualkan pada 9 Mac lalu.

Menangguhkan sidang Parlimen itu bermakna beliau tidak yakin dengan apa yang dimilikinya dan dengan itu memerlukan lebih banyak masa untuk menambahkan lagi sokongan.

Untuk itu, meskipun difahami bahawa meluluskan usul dan rang undang-undang kerajaan adalah keutamaan pada 18 Mei nanti, tetapi mengesahkan bahawa Muhyiddin betul-betul mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga adalah perkara penting untuk dimuktamadkan.

Malah, ia boleh dianggap sangat penting untuk mengelakkan Muhyiddin terus dipertikaikan, bahkan kadangkala dijadikan bahan persendaan.

Selepas kedudukannya disahkan dan tidak lagi dipertikaikan, apa usul dan rang undang-undang pun mudah diluluskan kemudiannya.

Dengan yang demikian, usul undi tidak percaya oleh Tun Mahathir Mohamad yang telah diterima oleh Speaker itu mesti diberi ruang untuk dibahas dan diundi pada 18 Mei nanti demi menjaga kewibawaan serta nama baik Perdana Menteri.

Jika sidang selama sehari itu tidak mencukupi, tempohnya wajar disemak atau ditambah kepada beberapa hari.

Bersekali dengan hal ini, Ahli-Ahli Parlimen turut wajar memberi sokongan kepada usul Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong yang juga diterima Speaker yang mana beliau telah mengemukakan usul menuntut sidang Dewan Rakyat 8 Mei nanti dilanjutkan selama 8 hari.

Setidak-tidaknya dengan Parlmen bersidang lebih daripada sehari atau sehingga 8 hari saja yang membolehkan lebih banyak rang undang-undang dan usul kerajaan, tidak terkecuali usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dapat diselesaikan.

Alasan Covid-19 untuk mewajarkan perlunya sidang Parlimen hanya diadakan selama sehari sudah tidak terpakai lagi sebenarnya berikutan keputusan kerajaan sekarang telah melonggarkan PKP dengan membenarkan banyak sektor ekonomi beroperasi sejak 4 Mei lalu.

Lagi pula, Ahli Parlimen hanya berjumlah 222 orang saja dan jumlah itu lebih sedikit daripada mereka yang bekerja di kilang-kilang, tapak pembinaan, pusat membeli belah atau di dalam gerabak keretapi atau LRT.

Ini bermakna, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang seolah-olah enggan memberi ruang kepada usul Tun Mahathir dibahaskan dan mengatakan sidang sehari itu hanya untuk usul-usul kerajaan saja adalah tidak relevan sama sekali.

Beliau berkata, urusan lain yang tertunggak seperti usul anggota Parlimen yang tidak sempat dibahas kali ini akan dibawa ke sidang seterusnya pada 13 Julai akan datang.

Dalam hal ini, harus difahami jika usul undi tidak percaya ini ditangguhkan lagi kepada Julai, kedudukan Muhyiddin akan terus menjadi pertikaian ramai dan akhirnya akan menyusahkan beliau sendiri dalam menjalankan tugasnya.

Malah, harus juga diingat bahawa sesuatu usul itu apabila diluluskan adalah berdasarkan tiga faktor iaitu perkara tertentu, untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Maka, jika sesuatu usul yang telah diterima oleh Speaker untuk dibahaskan, tetapi ditangguhkan lagi sehingga dua bulan, bermakna ia tidak lagi menepati syarat ia dilulus untuk dibahaskan.

Kepada Takiyuddin yang suka-suka mengatakan usul yang tidak sempat dibentangkan pada 18 Mei ini akan dibawa kepada sidang Parlimen Julai akan datang, beliau mesti sedar bahawa usul undi tidak percaya ini bukan macam usul RUU355 yang sekadar usul geli-geli saja. 

(ShahbudinHusin 08/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/usul-untuk-mengesahkan-kedudukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Mengesahkan Kedudukan Pm Lebih Penting Daripada Usul Lerajaan Tidak Patut Ditangguh Tangguh Macam Ruu 355

Usul Mengesahkan Kedudukan Pm Lebih Penting Daripada Usul Lerajaan Tidak Patut Ditangguh Tangguh Macam Ruu 355

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 211 hits
Apa pun hujah serta alasan kerajaan mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei Ini kerana usul tidak percaya itu...
Shafie Kemuka Usul Percaya Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri

Shafie Kemuka Usul Percaya Dr Mahathir Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 336 hits
Khamis 07 Mei 2020 03 12 PM MYTOLEH YISWAREE PALANSAMYTun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri pada Februari lepas Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 7 Mei Speaker Dewan Rakyat hari ini mengesahkan pejabatnya menerima s...
Perdana Menteri Akan Membuat Perutusan Khas Esok

Perdana Menteri Akan Membuat Perutusan Khas Esok

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 432 hits
Rakyat Malaysia ketika ini pastinya ternanti nanti sama ada PKPB akan diteruskan ataupun ditamatkan pada 12 Mei nanti Persoalan tersebut mungkin terjawab pada petang esok di mana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat satu pe...
Pisau Untuk Pancung Perdana Menteri Pn Sudah Ditangan

Pisau Untuk Pancung Perdana Menteri Pn Sudah Ditangan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 503 hits
REAKSITiga sosok ini Mahathir Mohamad Arif danMuhyiddin jadi perhatian jelang sidang parlimen WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang orang politik dan juga pemeriksa politik Keha...
Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

Jika Mukhriz Menang Presiden Bersatu Anwar Melepas Lagi Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 351 hits
SEMALAM Presiden Warisan Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh ...
Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri 10 Mei 2020

Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri 10 Mei 2020

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 367 hits
PM PKPB disambung sehingga 9 JunMuhyiddin berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat kata sepakat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara
Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 397 hits
Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun Menyedari akan ada beberapa perayaan yang bakal tiba Misalnya Hari Gawai Pesta Keamatan dan Hari Raya Tan Sri Muhyiddin telah meng...
Video Pasangan Sugu Pavithra Terharu Terima Kejutan Hadiah Dari Perdana Menteri

Video Pasangan Sugu Pavithra Terharu Terima Kejutan Hadiah Dari Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 368 hits
Kisah mengenai Sugu Pavithra telah viral setelah wanita berbangsa India berjaya menarik perhatian orang ramai Pelbagai resepi dan tips membersihkan dapur dikongsikan Bermula dengan membuat video masakan secara suka suka dan memuat naik di Y...
Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

Mukhriz Timbalan Perdana Menteri Selesai Masalah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 553 hits
Cadangan sahaja Kehebatan Mukhriz sebagai pemimpin pusat memang belum ketara tetapi bukan tidak ada Anwar sendiri boleh ambil peluang tawarkan Mukhriz sebagai TPM bagi tambah kekuatan dan jalinan untuk prose s undi tidak percaya Muhyiddin d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities