Dua Ahli Pkr Pahang Dipecat Dipercayai Terlibat Rasuah


THE MALAYSIAN TIMES 

PETALING JAYA: Dua ahli PKR dari Pahang dipecat berkuat kuasa serta-merta semalam setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu, pada tahun lepas.

Pemecatan Ketua Cabang PKR Bera Zakaria Abdul Hamid iaitu seorang daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli PKR negeri Pahang Ismail Dulhadi diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim selepas mesyuarat bulanan PKR, di ibu pejabat PKR semalam.

Menurut Ahmad, Lembaga Disiplin PKR sebelum ini menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 23 Okt berkenaan salah laku berkenaan.

“Setelah berlaku perbincangan (dalam mesyuarat bulanan hari ini) yang panjang dan mendapati terdapat perakuan daripada SPRM, supaya parti mengambil tindakan kepada mereka kerana wujud kesalahan dalam salah laku rasuah,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Ahmad berkata sebagai sebuah parti yang konsisten berjuang untuk membasmi salah laku rasuah dalam kerajaan dan semua peringkat, tindakan itu perlu dilakukan untuk memberikan mesej yang jelas kepada seluruh anggota serta masyarakat bahawa parti tidak akan berkompromi perlakuan itu.

“Oleh itu, MPP hari ini membuat keputusan untuk memecat keanggotaan (Zakaria dan Ismail) yang telah disyorkan oleh Lembaga Disiplin PKR,” katanya.

Tambahnya, mengikut prosedur parti, mereka berhak untuk mengemukakan rayuan kepada keputusan pemecatan itu, bagaimanapun beliau enggan memperincikan tentang kes melibatkan Zakaria dan Ismail kerana ia masih dalam siasatan SPRM serta sulit.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata seramai 2,615 perwakilan daripada 221 cabang parti itu layak menghadiri Kongres Nasional PKR yang akan diadakan di Melaka pada 5 Dis ini.

Bagaimanapun beliau berkata, cabang Tanjung Manis, Sarawak yang sepatutnya bermesyuarat pada tiga minggu lepas, telah dikenakan injunksi mahkamah berikutan permohonan ahli, untuk menghalang pemilihan parti daripada diadakan.

“Sehubungan itu PKR telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan perintah itu dan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Sarawak menetapkan 28 Nov ini sebagai tarikh pendengaran.

“Asas permohonan kita mengetepi perintah mahkamah tersebut ialah berasaskan Akta Pertubuhan 18C dan perlembagaan PKR iaitu anggota parti tidak boleh membawa perkara parti ke mahkamah.

“Jika sekiranya keputusan berpihak kepada PKR, maka mesyuarat Tanjung Manis diteruskan dan sasaran kita untuk mencapai 222 cabang berdaftar akan tercapai,” katanya.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/dua-ahli-pkr-pahang-dipecat-dipercayai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Akui Ada Kekhilafan Hingga Dua Anggota Pkr Dipecat

Sprm Akui Ada Kekhilafan Hingga Dua Anggota Pkr Dipecat

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 529 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengakui terdapat kekilafan yang dilakukan oleh pihaknya yang mencadangkan tindakan tatatertib ke atas dua anggota PKR termasuk ke atas ketua cabang Bera Zakaria Abdul Hamid atas dakwaa...
Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 513 hits
Diterbitkan Hari ini 12 56 tengahariBERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata tindakan dua Adun parti itu sehingga menyaksikan usul yang dibawa oleh kerajaan negeri Melaka tewas di dewan undangan negeri semalam tidak dapat diterima Saya seda...
Tunggulah Parti Akan Musnah Beri Kesan Kepada Pkr Negeri Pecat Ahli Lantang Kritik Pemimpin

Tunggulah Parti Akan Musnah Beri Kesan Kepada Pkr Negeri Pecat Ahli Lantang Kritik Pemimpin

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 464 hits
Pemecatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Zakaria Abdul Hamid yang didakwa berniat jahat ekoran kelantangan pemimpin itu mengkritik segelintir pemimpin akan memberi kesan kepada parti khususnya PKR negeri Zakaria yang merupakan antara pemimp...
Zuraida Kecam Pkr Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

Zuraida Kecam Pkr Pilih Bulu Pecat 2 Ahli

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 390 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengecam tindakan berani partinya memecat Ahli Majlis Pimpinan Pusat Zakaria Abdul Hamid dan seorang lagi ahli di Pahang yang disifatkannya pilih bulu Saya katakan berani kerana tindakan ini benar benar ...
Dewan Rakyat Tegang Rayer Persoal Bila Pemimpin Bn Terlibat Rasuah Akan Dipenjara

Dewan Rakyat Tegang Rayer Persoal Bila Pemimpin Bn Terlibat Rasuah Akan Dipenjara

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 413 hits
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer KUALA LUMPUR Dewan Rakyat tegang seketika susulan perang mulut antara wakil pembangkang dan kerajaan berhubung isu hukuman penjara terhadap pemimpin kerajaan terdahulu yang terpalit dengan rasuah Kekecohan b...
Terlibat Narkoba Dan Desersi 2 Personel Polisi Aceh Utara Dipecat

Terlibat Narkoba Dan Desersi 2 Personel Polisi Aceh Utara Dipecat

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 232 hits
PTDH yang dilakukan telah melalui proses yang panjang dengan berbagai pertimbangan serta pilihan terakhir hingga terbitlah keputusan PTDH kata Kapolres Aceh Utara AKBP Ian Rizkian Milyardin
Pkr Youth No 2 In Open Rebellion Against Chief Backs Azmin

Pkr Youth No 2 In Open Rebellion Against Chief Backs Azmin

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 490 hits
PKR Youth s No 2 Muhammad Hilman Idham is mounting a mutiny and lashing out against top party leaders for breaking tradition Deputy PKR Youth Chief and Gombak Setia state assemblyman has openly defied his chief and said the PKR Youth Nation...
Azmin Zuraida Tak Hadir Mesyuarat Biro Politik Pkr Lagi

Azmin Zuraida Tak Hadir Mesyuarat Biro Politik Pkr Lagi

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 473 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik parti itu yang membincangkan pertemuan mereka dengan lebih 20 ahli Parlimen Barisan Nasional pada malam Isnin lalu Ia selep...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan