Walaupun Dilabel Sop Bebal 76 Rakyat Malaysia Menyokongnya




Biarpun SOP untuk PKP semasa perayaan Tahun Baharu Cina diselar sebagai cela, bodoh dan seumpamanya oleh Pemimpin politik, baik Kerajaan mahupun Pembangkang.. namun 76% daripada rakyat Malaysia menyokong SOP tersebut menurut satu kaji selidik.
Dalam kaji selidik yang melibatkan 651 orang responden dari seluruh Malaysia itu, responden ditanyakan tentang keperluan pelaksanaan SOP baru sambutan Tahun Baru Cina.
Hasilnya kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendedahkan..
“Rata-rata responden bersetuju bahawa pelaksanaan SOP itu perlu untuk sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang.
“Ini bagi memastikan pergerakan orang ramai terkawal memandangkan orang ramai tidak mungkin patuh 3W & 3C semasa musim perayaan,” kata UCSI dalam satu kenyataan hari ini.
"Peningkatan kes Covid-19 mungkin menjadi alasan responden kurang percaya terhadap kepatuhan orang ramai terhadap 3W&3C terutama di musim perayaan.
“Responden masih keliru dengan keberkesanan kawalan pergerakan apabila aktiviti ekonomi dibenarkan ditambah pula dengan SOP yang tidak konsisten. 
 “Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk mengeluarkan SOP yang konsisten dan kurang mengelirukan orang awam,”.. laporan penuh sila baca di SINI

Bagaimanapun.. aku kurang pasti samada kaji selidik ini dilakukan sebelum atau selepas Kerajaan menambah baik SOP asal perayaan Tahun Baru Cina itu..
Dan.. Felow Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Profesor Negara Proffesor Datuk Dr. Teo Kok Seong menulis dalam Utusan Malaysia..
Prosedur operasi standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa perayaan Tahun Baharu Cina diselar sebagai cela, bodoh dan seumpamanya. Ini kerana jamuan himpunan ahli keluarga besar hanya boleh diadakan untuk isi keluarga sendiri, biarpun ahli lain tinggal berhampiran. Selanjutnya, SOP ini ikut dibidas sebagai larangan, tidak peka kepada sensitiviti etnik Cina selain disoal tentang penguatkuasaannya.
Kesemua kecaman itu datang daripada kepimpinan politik, baik kerajaan mahupun pembangkang yang mendendangkan irama sama, iaitu tidak adil dan membandingkannya dengan kebenaran membuka beberapa sektor perniagaan termasuklah pasar malam, operasi kilang dan pengangkutan awam. Sehubungan itu, pemimpin terbabit gagal melihat rasionalnya dalam konteks penularan pandemik Covid-19 yang dahsyat untuk mengimbangi persoalan dan nafkah hidup.
Larangan untuk berkumpul dengan ahli keluarga yang tidak serumah semasa majlis makan pada ambang Tahun Baharu Cina kali ini adalah soal hidup. Ia perlu untuk membendung jangkitan virus yang berleluasa dalam komuniti. Kebenaran kegiatan ekonomi tertentu pula adalah soal nafkah hidup agar tidak ada yang menganggur. Dalam hal ini, kawalan SOP boleh lebih dipastikan pematuhannya di pasar malam daripada di rumah.
PEKA
Oleh itu, perhimpunan dilarang dalam ranah domestik di rumah yang tertutup sifatnya. Sebaliknya ia boleh dikawal dalam ranah awam di pasar malam walaupun membabitkan khalayak yang ramai.
Sebenarnya, penjarakan fizikal adalah SOP terpenting yang boleh mengawal atau menyebabkan jangkitan virus Covid-19. Oleh itu, ia wajib dipastikan dipatuhi sepenuhnya dalam usaha kita memerangi pandemik berbahaya ini. Justeru, pengumuman SOP begini semasa makan malam itu yang melarang perhimpunan dari isi rumah berlainan.
Dalam mengkritik SOP Tahun Baharu Cina, perbandingan ikut dibuat antara SOP hari raya tahun lalu yang dikatakan tidak begitu ketat larangannya. Ini harus difahami, pada masa itu jangkitannya tidaklah berada pada tahap begitu tinggi seperti kini. Pemimpin politik sepatutnya peka kepada keadaan dahulu dan sekarang untuk tidak melabelkan SOP untuk Tahun Baharu Cina sebagai dwistandard, iaitu peraturan berbeza untuk dua kelompok berlainan.
Walaupun majlis makan besar itu merupakan tradisi penting, ia tidak pun ditulis dalam bentuk kitab sehingga tidak boleh langsung diubah. Demi keselamatan etnik Cina sendiri, mereka hendaklah dengan rela hati meredakan ketiadaan kemeriahan berkumpul beramai-ramai pada kali ini. Untuk tahun ini, ia berupa makan malam ahli keluarga sendiri sahaja. Dalam pada itu, Tahun Baharu Cina sebagai perayaan ceria akan muncul lagi untuk diraya sakan mengikut normanya.
Ini berlainan sekali dengan upacara kematian sewaktu PKP yang juga perlu mematuhi SOP ketat. Sehubungan itu, ia yang hanya sekali itu sahaja untuk menghormati si mati, yakni tiada lagi kesempatan lain untuk diziarahi, antaranya anak kandung sendiri yang terlarang oleh penutupan sempadan, boleh pula diterima tanpa bantahan walaupun ia peristiwa hiba yang tiada lagi ulangannya. Sebaliknya, Tahun Baharu Cina satu perisitiwa riang yang pasti etnik Cina boleh lebih bersedia bertolak ansur dalam semangat berkorban untuk membantu keadaan supaya tidak menjadi lebih teruk. Untuk itu, tunjukkanlah sisi hati budi etnik Cina yang luhur!
Sebetulnya, pengorbanan keramaian makan malam yang berupa adat budaya adalah tidak serumit pengubahsuaiannya berbanding kompromi untuk ritual agama, lebih-lebih lagi yang fardu sifatnya. Oleh itu, etnik Cina diminta bertimbang rasa seperti diperlihatkan etnik lain yang kurang sekali kerenah dan songehnya. Lebih penting, pemimpin politik Cina digesa tidak sengaja memberi rentak negatif kepada SOP asal itu.
Sebenarnya etnik Cina rata-ratanya dikenali sebagai kelompok pragmatik, iaitu waras menimbang keadaan khususnya untuk kebaikan mereka sendiri.
BEBAL
Namun dalam kes ini, mereka kehilangan arah untuk menjadi siuman bagi melindungi diri sendiri dan keluarga mereka. Sebaliknya mereka menjadi bebal sehingga gagal melihat antara logik mengunjungi pasar malam dan mengadakan makan malam. Ini kerana tindakan pemimpin mereka berpolitik bengap yang cepat pula diterima mereka tanpa menaakul sejenak jua tentang perbandingan bangang itu.
Perbezaan ruang pasar malam yang luas dan makan malam yang sempit sepatutnya bukan sahaja pantas difahami, tetapi disokong kuat pemimpin Cina pihak kerajaan. Malangnya ia ikut jahil dicerca seperti yang dijangka daripada pihak pembangkang. Sebagai kerajaan, SOP Tahun Baharu Cini ini wajib diterima seluruh kepimpinannya. Apabila dipertikai menterinya sendiri, ia bukan sahaja mengelirukan rakyat, ia kelihatan tidak baik pada kerajaan semasa.
Sebenarnya SOP asal itu adalah peraturan adil selain tepat apabila mengambil kira keadaan jangkitan pandemik Covid-19 pada masa ini. Oleh itu, ia tidak patut dibantah langsung kerana dilakukan semata-mata atas pertimbangan sosiokesihatan untuk mencegah dahulu lebih baik daripada merawat kemudian. Sudah tentu ia sempurna setelah memperoleh maklumat daripada puluhan entiti Cina, malah bijaksana dalam konteks normal baharu dengan langkah yang mengambil kira kesihatan awam dan keselamatan negara dalam krisis yang sudah pun diisytiharkan darurat.

Complicated nya bahasa Proffesor ni... ha.. ha... 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/walaupun-dilabel-sop-bodoh-76-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi Sop Agong

Rakyat Diharap Terus Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi Sop Agong

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 192 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri ...
16 Nama Nama Rekabentuk Emas Popular Yang Begitu Dekat Dengan Rakyat Malaysia

16 Nama Nama Rekabentuk Emas Popular Yang Begitu Dekat Dengan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 364 hits
Emas menjadi suatu pelaburan jangka masa panjang kebanyakan orang hari ini Semenjak PKP harga emas dikatakan melambung tinggi sampaikan kedai kedai emas di serata negeri dikerumum dan sentiasa dipenuhi orang yang berpusu membeli emas Tapi t...
Kepatuhan Rakyat Terhadap Sop Kunci Bendung Covid 19

Kepatuhan Rakyat Terhadap Sop Kunci Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 193 hits
Sekiranya tiada urusan penting duduk di rumah KP Kesihatan KOTA BHARU Kepatuhan semua rakyat terhadap prosedur operasi standard adalah kunci utama dalam membendung penularan COVID 19 di negara ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr No...
Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 324 hits
Kematian seorang kanak kanak berusia 7 tahun yang mayatnya ditemui di dalam tong air dan mempunyai kesan kecederaan di badannya benar benar menyentap perasaan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini Anak kecil yang tak berdosa itu ...
Rakyat Terus Disaman Menteri Kayangan Bangga Langgar Sop

Rakyat Terus Disaman Menteri Kayangan Bangga Langgar Sop

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 210 hits
Ketika Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan SOP baru dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih daripada enam orang Gambar berl...
Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja Frontliner Makan

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja Frontliner Makan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 253 hits
Masyarakat kita sememangnya terkenal dengan sikap pemurah terutamanya buat mereka yang memerlukan dan juga kepada orang yang mereka terhutang budi Walaupun ada ketikanya bantuan itu tidak diminta namun orang kita pasti saja akan mencari jal...
9 Sebab Kenapa Jenama Perodua Disukai Rakyat Malaysia

9 Sebab Kenapa Jenama Perodua Disukai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 189 hits
Kenapa Rakyat Malaysia Suka Perodua Kita mula berbangga apabila akhir 80 an Malaysia mula mengeluarkan kereta jenama sendiri Menjadi kebanggaan apabila sebuah negara membangun mampu memiliki kereta jenama sendiri Perodua Jenama Kegemaran Ma...
Rakyat Malaysia Tunjuk Inspirasi Luar Biasa Sanggup Berjuang Habis Habisan Demi Masyarakat Terima Kasih Wira Bersama

Rakyat Malaysia Tunjuk Inspirasi Luar Biasa Sanggup Berjuang Habis Habisan Demi Masyarakat Terima Kasih Wira Bersama

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 287 hits
Rakyat Malaysia tunjuk inspirasi luar biasa Sanggup berjuang habis habisan demi masyarakat terima kasih Wira BERSAMA Sabtu 06 Februari 2021 10 30 AM Foo dan Dr Anand antara 30 individu yang terpilih sebagai wira menerusi kempen BERSAMA 2 0 ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu