Drive Thru Buang Saka
'DRIVE THRU' BUANG SAKA. Assalammualaikum.. salam satu malaysia dari kak ton ton bak. Makyung dedek. Tu dia mukadimah ala ala founder produk gitu. Manatau aura founder melekat kat den..jadi founder kaya raya & berjaya dunia akhirat macam ustaz ebit liew tu kan... Doa baik baik.. Moga jadi baik.ye dak??
Apa cerita ni buang saka drive thru ja.amboi ingat restoran fast food, swab test je ada drive thru. Nak buang saka pun boleh drive thru jugak je. Kat mana tu gamaknya tempat buang saka drive thru
Sejak semalam dok viral satu video yang menunjukan seorang wanita di dalam sebuah kereta berhenti tepi jalan atas jambatan sebuah sungai besar membuang sesuatu ke dalam sungai tu. Cara dia tu cuma keluarkan separuh badan melalui tingkap kereta kemudian membaling satu bungkusan yang pada mulanya netizen ingat sampah
Lepas jadi viral tuan punya badan tampil memohon maaf di atas perbuatan dia. Katanya dia baru balik dari membuat rawatan tradisional dan yang di buang tu katanya saka
Amboi buang saka cara pandu laju yer makcik. Kelass you makcik mencipta satu revolusi baru membuang saka. Lepas ni maybe sungai sungai tepi jalan raya macam tu akan menjadi port drive thru untuk buang saka pulak
Tu dia saka kau.. jangan nanti ada yang jumpa saka terbuang pi kutip pulak. Kalau ikut amalan orang dulu dulu memang cara macam tu la depa buang saka. Tapi tak la drive thru. Depa pi sungai ka laut ka.. depa peranyut (buang) saka. Sebab tu kalau jumpa apa apa benda pelik jangan kutip bawa balik. Kalau hangpa pernah tonton filem jangan pandang belakang.. begitu la akibat bila kutip barang yang jumpa tepi laut atau sungai. Last last saka buangan tu mengganggu. Tapi makcik ni tak tau la betul ke tak.. Tapi kalau betul ada saka buang la guna rawatan Islam. Islam ada cara yang lebih baik dari main campak campak je ikut suka hati. Kita tak boleh menidakan kewujudan saka ni sebab orang dulu banyak berdamping dengan saka untuk tujuan menjaga harta, keturunan & untuk memudahkan aktiviti mereka mencari rezeki macam masuk hutan belantara bagai. Tapi orang dulu jahil.. didikan agama pun kurang. Kita jangan la ikut pulak kalu tahu benda tu khurafat & berdosa
Apapun nak buang saka pun tak payah la buat macam tu. Kan dah jadi viral. Silap haribulan kena saman sebab di anggap buang sampai ke sungai. Mencemarkan air. Kami orang selangor dah la selalu kena gangguan air.. maybe punca orang dok buang saka dalam sungai la kot. Kekekeke.
Moral of the story.. benda yang berlaku ni jadikan pengajaran. Tak kira la nak buang saka ke sampah ke ingat zaman teknologi ni camera semua atas tapak tangan. Banyak mata memerhati melalui lensa camera. Bahaya sebab rakaman tu boleh tersebar. So nak buang apapun buang la secara berhemah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2021/01/drive-thru-buang-saka.html