Drama Politik Yang Kelakar Into The Ring Mula Dengan Rating Sederhana
KBS kini menayangkan sebuah drama romantik berkaitan dengan politik bertajuk “Into The Ring” dan diterajui oleh Nana dan Park Sung-hoon.
Sinopsis “Into The Ring”
Koo Se-ra (Nana) lahir dalam keluarga yang serba miskin namun masih mampu mempunyai personaliti yang ceria. Dia menampung perbelanjaan dirinya dengan mengambil pelbagai pekerjaan separuh masa. Wanita ini juga terkenal di kejiranan tempat tinggalnya kerana sering menfailkan aduan di pejabat perbandaran tersebut.
Seo Kong-myung (Park Sung-hoon) pula bekerja sebagai kakitangan awam gred lima dan dia sangat tegas dengan prinsip hidupnya. Merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan tugasnya, dia turut tidak disukai ramai kerana perangainya yang tidak berkawan itu. Tanpa sengaja, hidup lelaki itu mula berubah selepas berkenalan dengan Koo Se-ra.
Episod awal menarik
Mempunyai banyak aduan mengenai kawasan kejiranan Guwon-gu, Se-ra akhirnya membuat keputusan untuk terjun ke dalam dunia politik dan bertanding menjadi ADUN kawasan tersebut. Pun begitu, wanita itu yang langsung tidak mempunyai latar belakang yang hebat menghadapi kesukaran untuk berlawan dengan calon lain yang lebih hebat.
Rata-rat penonton memuji watak Seo Kong-myung yang sebenarnya bukanlah dingin, cuma dia lebih realistik dalam menjalani kehidupan dan senang didekati. Watak Se-ra yang spontan dan gila-gila memang comel. Meskipun membawa tema politik tetapi “Into The Ring” menyajikannya dengan kelakar dan ringan supaya tidak membuatkan penonton bosan.
Episod pertama drama ini berjaya meraih rating sebanyak 3.0% dan 3.5% manakala terdapat sedikit peningkatan pada episod keduanya iaitu 2.8% dan 3.7%. Angka ini adalah satu catatan yang agak baik untuk drama yang baru ditayangkan.
Sama-sama kita saksikan episod “Into The Ring” seterusnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/drama-politik-yang-kelakar-into-the-ring-mula-dengan-rating-sederhana/