Encounter - Korean Drama Review
Gandingan Park Bo Gum dan Song Hye Kyo sebagai hero dan heroin drama Encounter ni juga nampak serasi dan sweet. Aku masa tengok drama ni memang tersengih - sengih jela tengok percintaan mereka di peringkat awal yang sweet tu. Tapi kesian juga dekat Park Bo Gum, lepas dia berlakon dalam drama ni dengan Song Hye Kyo tu, dia dituduh sebagai punca pada penceraian Song Hye Kyo dan Song Jong Ki pula. Berbalik pada drama ni, watak - watak paling annoying sekali mestilah watak bekas mak mertua Cha Soo Hyun, mak kandung Cha Soo Hyun serta last sekali mak Kim Ji Hyuk. Diorang ini lah yang menjadi penghalang terbesar cinta Cha Soo Hyun dan Kim Ji Hyuk ni. Manakala bapa Cha Soo Hyun dan Kim Ji Hyuk pula sporting habis dan merestui perhubungan mereka. Apa pun kagum dengan Kim Ji Hyuk sebab dia membuktikan dia anak yang baik, walaupun dia kecewa dan sedih dengan sikap mak dia tu, tapi dia tetap melayan maknya dengan baik sekali, sampai mak dia pula yang rasa bersalah sangat. Salah satu watak yang agak kesian juga adalah bekas suami Cha Soo Hyun iaitu Jung Woo Seok lakonan Jang Seung Jo.
Bekas suami Cha Soo Hyun sengaja menceraikan Cha Soo Hyun dengan berpura - pura ada affair dengan perempuan lain, sedangkan dia sengaja buat macam tu sebab tak tahan tengok Cha Soo Hyun menderita melayan kerenah maknya yang mengawal hidup Cha Soo Hyun tu. Bila dah bercerai, boleh pula dia nak rujuk semula dengan Cha Soo Hyun tu, memang taklah Cha Soo Hyun nak terima dia balik. Tambahan lagi masa Cha Soo Hyun masih jadi isteri Jung Woo Seok tu, tak ada sebarang inisiatif yang diambil oleh Jung Woo Seok tu untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Sebaliknya Jung Woo Seok hanya memerhati dan membiarkan dia terseksa tinggal serumah dengan mak Jung Woo Seok yang psiko tu. Sinematografi drama Korea Encounter ni juga sangat cantik okey, tambah - tambah bila diorang shooting kat luar negara gitu iaitu di Cuba. Manakala OST Encounter ni pula biasa - biasa saja bagi aku dan ending drama Korea Encounter ini pula mestilah happy ending gitu. Aku memang enjoy menonton Korean Drama Encounter ni, walaupun jalan ceritanya agak simple tapi sweet, plus para pelakon drama ini turut menjadi tarikan utama untuk aku menonton drama ini. Aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini.
Sinopsis Drama Korea Encounter Lakonan Song Hye Kyo dan Park Bo Gum
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |