Drama Lelaki Itu Untukku Lakonan Risteena Munim Dan Azam Pitt
Drama Lelaki Itu Untukku Lakonan Risteena Munim dan Azam Pitt
Drama Lelaki Itu Untukku gandingan lakonan Risteena Munim dan Azam Pitt. Bersiaran 02 Julai 2019.
Jumlah episod penuh 13 episod.
JUDUL : LELAKI ITU UNTUKKUEPISOD : 13 episodTARIKH TAYANGAN : 2 Julai 2019WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malamSIARAN TV : Selektra Prima TV2 (RTM)PENGARAH : HaizulPRODUKSI : Times United Industries Sdn BhdPELAKON : Risteena Munim, Azam Pitt, Zamarul Hisham, Marisa Yasmin, Taib Zamannuri, Nina Smith, Hairie Othman, Balqish Nordin
TONTON DRAMA LELAKI ITU UNTUKKU EPISOD 1 - EPISOD 13 (EPISOD AKHIR)
Lelaki Itu Untukku Episod 1
Lelaki Itu Untukku Episod 2
Lelaki Itu Untukku Episod 3
Lelaki Itu Untukku Episod 4
Lelaki Itu Untukku Episod 5
Lelaki Itu Untukku Episod 6
Sinopsis Drama Lelaki Itu UntukkuGandingan dua pelakon, Azam Pitt dan Risteena Munim dipertemukan dalam drama bersiri konflik anak dengan bapa kandungnya dalam tajuk “Lelaki Itu Untukku” yang sedang bersiaran sejak 2 Julai lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.Menggalas watak sebagai Idlan, abang tiri kepada watak Orked lakonan Risteena Munim, Azam Pitt bertanggungjawab dalam membentuk kembali sikap Orked yang sebenarnya mendambakan perhatian daripada ayahnya, Hamdan (Zamarul Hisham). Turut membintangi drama 13 episod ini menghidupkan watak Maria, ibu Orked iaitu Marissa Yasmin.Ikuti kisah Orked anak gadis Hamdan dan Maria telah ditangkap polis di sebuah pusat hiburan. Maria, ibu Orked menghantar Idlan untuk membayar wang jaminan dan membawa Orked pulang namun selepas dibebaskan, Orked masih dengan perangai lamanya. Idlan menemani Orked ke mana sahaja kerana dia telah berjanji dengan Maria untuk sabar dengan kerenah Orked.Perkahwinan Hamdan dan Maria tidak dipersetujui Orked. Maria sedar dia tidak layak menggantikan arwah ibu Orked namun dia cuba untuk menjernihkan hubungan Hamdan dengan anaknya itu. Idlan membawa Orked berehat di Bukit Tinggi. Di sana Pak Man dan Mak Tun menyambut dengan penuh kasih sayang. Idlan berharap Orked menemui ketenangan dan perhatian sepenuhnya. Hamdan pula langsung tidak ambil tahu tentang anaknya yang baru keluar dari penjara. Bagaikan ada satu dendam hingga Orked dibesarkan jauh dari kasih seorang ayah.Idlan cuba untuk membahagiakan Orked. Kehidupan di sana terlalu janggal buat Orked apatah lagi Pak Man dan Mak Tun seolah cuba mengongkong kehidupannya. Dia kerap memberontak. Dia memiliki sebuah kotak yang menyimpan semua nota kerinduannya pada arwah ibu yang dalam diam mengundang curiga Idlan.Suatu malam mereka bertengkar dan Idlan merampas kotak itu. Orked sedih kerana ruang peribadinya tidak dihormati. Idlan membaca nota satu persatu dan dia mula menyesal dengan tindakan itu. Dia cuba memujuk kembali Orked namun tidak semudah itu. Maria pula cuba memujuk keduanya berbaik namun sikap panas baran Hamdan menggagalkan usahanya.Nadia pulang ke tanahair mencari jawapan dari Idlan tentang hubungan mereka yang terpisah. Idlan memperkenalkan Orked sebagai kekasih barunya dan ini membingungkan lagi hati Orked. Dalam diam, dia sebenarnya telah jatuh hati pada Idlan. Orked menumpang kasih Pak Man dan Mak Tun dianggap seperti keluarganya namun cukup seminggu Orked mahu pulang ke rumahnya.Dia sebenarnya risau kerana Idlan telah pulang lebih awal. Idlan sebenarnya menghidapi penyakit kanser. Dia merahsiakan penyakit itu terutama keluarganya dan Nadia. Dua keluarga akrab itu berantakan kerana rahsia Idlan itu. Kepulangan Orked tidak disambut bapanya. Orked cuba untuk berubah namun sikap bapanya tidak pernah berubah. Hanya pada tuhan tempat Orked mengadu. Lain pula dengan Nadia, sejak putus cinta dia semakin hilang pedoman dan hidup dalam kemurungan hingga sanggup bertindak untuk membunuh diri.Idlan berjaya membentuk Orked dan mengubah sikapnya. Ternyata Orked semakin senang apabila Idlan dan Maria mengambil berat tentang dirinya biarpun Hamdan masih membenci anak sendiri. Hamdan terlalu menyayangi Idlan dan mahu Idlan mewarisi perniagaannya. Dia hilang harapan terhadap Orked yang tidak seperti Idlan apatah lagi Maria pula yang semakin memanjakan dan membela Orked.Perubahan besar Orked dirasai oleh Maria serta Idlan dan dia kini kembali ke kolej dan fokus kepada pendidikannya. Nadia semakin pulih dari kemurungan. Dia mula berbicara bersama ibu bapanya dan menerima takdir yang tersurat dan berusaha membuang bayangan Idlan.Rakan karib Idlan bernama Tengku Emry muncul kembali. Dia menyimpan banyak rahsia Idlan dan kini telah jatuh hati pandang pertama dengan Orked. Satu hari, ketika Idlan membawa Orked untuk bertemu Emry, kelibat mesra mereka dilihat Nadia dari jauh lalu dia rebah dan kekecewaan kembali menghantui dirinya.Kehadiran Tengku Emry rakan karib Idlan membawa konflik cinta tiga segi. Dia tidak sedar bahawa Idlan juga menaruh kasih terhadap Orked. Idlan buntu, antara perasaan cinta atau tanggung jawabnya sebagai abang tiri kepada Orked. Keadaan Nadia semakin berlarutan. Dia cuba membunuh diri dan tindakan itu menyedarkan Idlan. Nadia ditinggalkan tanpa alasan kerana dia tidak mahu penyakit yang menimpa dirinya mengundang simpati dan ihsan.Semenjak kehadiran Emry, cinta Orked terhadap Idlan semakin berkembang. Dia yakin cintanya tidak berbalas namun menyimpan harapan. Sesekali rasa cemburu menjelma, Orked curiga bahawa Idlan dan Nadia masih berhubungan. Idlan rimas dengan keadaan itu dan kadang kala berlaku pertengkaran. Orked tertekan apatah lagi Emry juga tidak putus asa mendekati dirinya. Lalu apakah kesudahannya?
Sinopsis Novel Lelaki Itu Untukku :
ORKED Harlina, anak tunggal ayahnya, tetapi tidak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin
kerana itu, dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tetapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelosok hati. Apabila si ayah berkahwin
dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati.
Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan Idlan Riyaz, anak emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Maka
bertemulah buku dengan ruas. Idlan Riyaz yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar berasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya. Takkan sekali!
Tetapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Apabila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel, bukan dari syurga tetapi dari Kota London, siapa yang tidak mahu? Apabila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod baru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan Riyaz, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima.
Dan kerana Idlan Riyaz juga dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a BFF Idlan Riyaz yang ada karakter yang Masya-ALLAH, kereknya mamat ini. Baginya, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma satu sahaja dia harus akui, dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.
“Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni!” - Orked Harlina
“Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat nilah yang abang risaukan. Abang risau. Abang takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab tu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry.” - Idlan Riyaz
“ I’m not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can make you smile at least once, causes you think twice about me... then I’m perfect for you.” - Tengku Emery Iskandar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2019/07/drama-lelaki-itu-untukku-lakonan.html