Drama Korea My Strange Hero
Korean Drama Review - My Strange Hero
Macam biasa hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk My Strange Hero. Korean drama My Strange Hero ini mula bersiaran di channel SBS bermula 10 Disember 2018 dan tamat episodnya pada 4 Februari 2019 yang lalu. Drama 32 episod ini disiarkan bagi menggantikan drama The Hymn Of Death dan kemudian akan digantikan dengan drama Haechi lakonan Jung Il Wo dan Go Ara. Antara pelakon drama Korea My Strange Hero ini adalah Yoo Seung Ho, Jo Bo Ah, Kwak Dong Yeon, Kim Dong Young, Park Ah In, Kim Mi Kyung, Kim Yeo Jin, Yeon Jun Suk, Jang Dong Joo dan ramai lagi. Episod pertama drama ini dah menarik minat aku untuk menonton episod seterusnya, siap ada lagu Michael Jackson lagi tu. Aku suka tengok pekerjaan yang dilakukan oleh Kang Bok Su (lakonan Yoo Seung Ho) dengan kawan - kawannya iaitu Gyeong Hyeon dan Yang Min Ji (Park Ah In). Kerja diorang pelik sikit sebab diorang bekerja sendiri dan akan menyelesaikan segala masalah client diorang walaupun permintaan client diorang tu pelik dan giler. Contohnya seperti membawa lari pengantin perempuan dari majlis perkahwinan, menyamar sebagai boyfriend seseorang, menjadi pengganti untuk pergi memutuskan hubungan dan sebagainya.
Jalan cerita drama ini di episod - episod awal memang best untuk ditonton, plus aku suka bila diorang highlightkan masalah yang dihadapi oleh guru di sekolah, terutamanya guru sandaran atau guru kontrak yang sukar untuk dapat jawatan tetap sebagai guru di sekolah. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Son Soo Jeong lakonan Jo Bo Ah yang menghadapi masalah untuk menjadi guru tetap di sekolah sehingga terpaksa mencari jalan lain untuk dapatkan jawatan guru tetap itu. Masa di awal - awal episod juga korang akan tertanya - tanya kenapa Kang Bok Su kena buang sekolah, apa sebenarnya yang berlaku?. Kwak Dong Yeon yang melakonkan watak Oh Se Ho itu memang sesuai sangat membawakan watak jahat yang psiko, tapi wataknya dalam drama ni jahat juga tapi tak adalah jahat sangat. Rasa kesian pun ada juga kat Oh Se Ho ni sebab kurang kasih sayang dari maknya. Cara mak Oh Se Ho iaitu Im Se Kyung lakonan Kim Yeo Jin mendidik Oh Se Ho dengan cara yang keras dan kejam tu memang menyakitkan hati. Patutlah mental Oh Se Ho tu tak berapa stabil bila dapat mak macam tu. Berbeza dengan mak Kang Bok Su yang sporting dan gila - gila sampai Oh Se Ho pun rasa jealous tengok keluarga Kang Bok Su yang sempurna tu, walaupun mereka tak kaya, tapi penuh dengan kasih sayang gitu.
Agak tak logik bila Kang Bok Su yang dah berusia 28 tahun dibenarkan untuk sambung belajar balik di sekolah lamanya tu. Memang huru - haralah kan, plus Kang Bok Su kembali jadi budak sekolah tu pun sebab ada motifnya yang tersendiri iaitu dia ingin membalas dendam pada rakan sekelasnya dulu iaitu Son Soo Jeong dan Oh Se Ho yang menjadi punca dia dibuang sekolah dah tak dapat nak melanjutkan pelajarannya di mana - mana lagi. Lebih haru bila Son Soo Jeong jadi guru kelas Kang Bok Su, bayangkan betapa awkwardnya, plus diorang juga pernah bercinta masa zaman sekolah dulu. Manakala Oh Se Ho pula jadi pengetua sekolah tersebut, dia baru saja ambil alih jawatan tu dari maknya. Seronok juga tengok reaksi budak - budak sekolah tu bila Kang Bok Su masuk sekolah tu balik, plus Kang Bok Su memang sangat popular di sekolah tu. Lebih kelakar bila anak saudaranya sendiri satu kelas dengannya hahaha, bukan main susah diorang kena berlakon macam tak kenal antara satu sama lain hehe. Walaubagaimanapun setelah segala masalah dan salah faham berjaya diselesaikan antara Kang Bok Su dan Son Soo Jeong tu, jalan cerita drama ni mula jadi boring dan kurang best.
Bila Kang Bok Su dan Son Soo Jeong dah berbaik, diorang mula start bersweet - sweet bagai dan bercinta kembali. Tapi memang tak sesuailah kan sebab Kang Bok Su masih lagi pelajar sekolah dan Son Soo Jeong pula adalah guru kan. Aku berharap juga akan ada bromance antara watak Kang Bok Su dan Oh Se Ho tu, tapi diorang tetap renggang sampai ke sudah. Antara scene yang aku suka adalah scene flashback masa diorang bertiga masih bersekolah dan menjadi kawan baik, ketiga - tiga diorang masa ni memang baik dan kelakar gitu. Semua mula berubah bila Oh Se Ho start cemburu bila dapat tahu Kang Bok Su dan Son Soo Jeong bercinta. Disebabkan Oh Se Ho inilah hubungan cinta antara K.Bok Su dan S.Soo Jeong terputus dan mereka mula menjadi musuh. Lepas hubungan Kang Bok Su dan Son Soo Jeong pulih, jalan cerita memang jadi draggy sampai aku rasa malas nak menonton episod seterusnya. beberapa episod terakhir drama Korea My Strange Hero ini juga sangat membosankan terutamanya bila dendam Kang Bok Su berubah daripada S.S Jeong dan Oh Se Ho kepada pihak pentadbiran sekolah yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Kalau korang nak tahu apa yang Oh Se Ho dan Son Soo Jeong lakukan sampai Kang Bok Su kena buang sekolah tu, bolehlah tengok drama ini nanti hehe. Ending drama Korea My Strange Hero ni memang happy endinglah kan. Scene - scene kelakar dalam drama ni memang best dan lawak. Tapi secara keseluruhanya drama ni biasa - biasa saja. Aku bagi 5.8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Kill It
(Blog Miss Banu Story)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2019/07/review-drama-korea-my-strange-hero.html